GEORGETOWN - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim dikatakan ‘menyanyi dengan irama Barisan Nasional (BN)’ meskipun beliau adalah wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR). Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim berkata, sebagai wakil PKR, Zahrain tidak seharusnya mengecam Ketua Umum partinya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tohmahan kononnya Anwar tergamak mengenepikan perjuangan PKR semata-mata untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, jika kenyataan itu sebenarnya dikeluarkan oleh Zahrain, beliau sangat tidak setuju dan marah kepada bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu. “Kata-kata beliau (Zahrain) keterlaluan. Ini secara tidak langsung menunjukkan beliau menyanyi lagu irama Barisan Nasional,” katanya. “Sebagai pemimpin lama dan pernah memegang jawatan tertinggi parti di peringkat negeri, beliau tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang keras seperti itu. Ini menunjukkan Zahrain sudah mula buka langkah yang mirip untuk membantah perjuangan Pakatan Rakyat (PR),” katanya pada sidang media di Dewan Delima, Komtar, semalam. Abdul Malik yang juga Exco Kerajaan Negeri, turut membidas kecaman Zahrain terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dengan berkata: “Saya perlu membetulkan keadaan dengan memberikan gambaran yang betul, iaitu kita mesti kata putih itu putih’ dan ‘hitam itu hitam’ sehubungan dengan kenyataan Zahrain.” “Dalam pekerjaan harian, sebahagian besar hanya melibatkan kami (pengerusi jawatankuasa) dalam pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri bersama Ketua Menteri, bukannya orang luar seperti Zahrain ataupun rakan-rakan lain. “Saya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan ‘diktator’, ‘cauvinis’ dan ‘berfikiran komunis’ seprti yang tuduhan Zahrain terhadap Ketua Menteri. Pada pendapat saya, tuduhan seperti itu sangat berat (serius),” katanya. “Zahrain tidak sepatutnya mengeluarkan pendirian sedemikian kerana, pada pendapat saya, Ketua Menteri tidak langsung mempunyai ciri-ciri tersebut sepanjang saya bertugas bersama beliau,”katanya. Abdul Malik bagaimanapun tidak menafikan Guan Eng seorang ketua yang tegas dalam pentabiran dan menitikberatkan semua fakta yang dicadangkan secara terperinci dalam pentadbirannnya. “Kepimpinan yang seperti ini perlu dinilai secara positif, bukan menuduh sebarangan,” katanya. |
Monday, February 1, 2010
Zahrain menyanyi irama Barisan Nasional
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment