"Kami tidak akan menangis hanya kerana ada dua orang anggota mahu keluar parti," katanya kepada pemberita di sini hari ini, ketika mengulas laporan media bahawa terdapat segelintir anggota PKR khususnya di negeri itu berhasrat keluar parti berikutan krisis kepimpinan.
Mengenai gesaan anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng agar PKR mendesak Ketua Menteri ditukar, Mansor berkata saranan itu bukan pendirian parti.
"Keretakan yang berlaku sekarang berpunca daripada seorang dua anggota baru yang hanya menyertai parti pada tahun-tahun kebelakangan ini," katanya.
Sementara itu Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi menafikan wujud keretakan pada kalangan anggota Exco.
"Memang ada berlainan pandangan dan kami bebas bercakap, tetapi tidak ada di antara kami yang berkecil hati selepas keputusan dibuat," katanya.
Sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia hari ini memetik Tham sebagai berkata bahawa terdapat keretakan antara Lim dan beberapa anggota Exco seperti Phee Boon Poh, Law Hen Kiang dan Ooi sendiri, dan masalah itu semakin buruk.
- Bernama
No comments:
Post a Comment