...

Pages

Saturday, February 28, 2015

Forum perdana & pidato Islam 2015 "Islam Rahmatan Lil Alamin"



Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau pinang  menganjurkan Forum perdana & Pidato Umum pada ketetapan berikut. Pidato Umum bertajuk "Islam Rahmatan Lil Alamin" ini menampilkan  ahli panel iaitu Dr. Syed Khairudin Aljunied dan Ustaz Zakaria Ahmad. Moderator terdiri dari Tuan Hj. Kamarudin B. Abdullah

Manakala Forum Perdana bertajuk "Islam Rahmatan Lil Alamin" diadakan pada waktu  9.00 mlm - 12.00 mlm. Ahli panel terdiri dari Dr. Syed Khairudin Aljunied dan Dr. Asri Zainal Abidin manakala moderator adalah Tuan Hj. Kamarudin B. Abdullah
Diharapakan  semua dapat hadir dalam majlis ilmu ini seterusnya dapat meningkatkan lagi pengetahuan yang amat berguna ini dalam membanggunakan umah yang berilmu.

Wednesday, February 18, 2015

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2015


YB. Dato' Haji Abdul Malik Kassim ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh ADUN Batu Maung pada 1 Mac 2015 (Ahad) jam 5.00 petang hingga 7.00 malam di Hadapan SJK(C) Wen Khai, Jalan Batu Maung, Pulau Pinang.

Majlis ini akan turut sama dimeriahkan lagi dengan kehadiran Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Berbahagia Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Eksekutif Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Ahli Majlis MPPP dan MPSP.

Semua rakyat tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat dan sebagainya adalah dijemput untuk menghadiri serta menikmati jamuan hidangan yang akan disediakan pada majlis ini.

Diharap pengajuran acara Rumah Terbuka ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara rakyat jelata yang berbilang kaum dan agama seterusnya dapat membentuk perpaduan.

Para hadirin diminta supaya meletakkan kenderaan masing-masing di tapak-tapak letak kenderaan yang telah disediakan.



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT