...

Pages

Friday, February 26, 2010

Dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini sudah terjawab.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertemakan “Memantapkan Ukhuwah Memperkasa Ummah” yang dianjurkan Kerajaan Pulau Pinang nyata menangkis tuduhan pihak tertentu kononnya kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng membatalkan perarakan itu.

Malah menurut EXCO Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abdul Kassim (gambar), kerajaan negeri juga menjana pelbagai program dalam usaha melahirkan umat Islam yang celik agama melalui beberapa ceramah dan forum agama.

"Masa-masa akan datang kita akan lebih menitikberatkan untuk pengisian Maulidur Rasul bukan hanya budaya atau cara yang selalu dilakukan, tetapi kita akan fikir usaha di mana kita akan buat pembaharuan supaya rakyat dan umat Islam dapat dapat manfaat dalam pembentukan akhlak", katanya.

Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. Gambar: Harakahdaily

Beliau berkata demikian pada sidang medianya selepas majlis sambutan berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...

mana juak-juak UMNO tak nampak muka pun.

Anonymous said...

Kena apa orang orang yang membuat tuduhan bahawa sambutan ini telah di batalkan oleh YAB LGE tidak di tahan dibawa ISA. Nasib baik rayaat Pulau Pinang tidak diterankat dengan tuduhan tuduhan sia sia yang telah di buat oleh pemipin peminpin kita.Ramalx

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT