...

Pages

Saturday, March 7, 2015

Program Penghargaan warga emas 2015

 
Majlis Penghargan Warga Emas Dun Batu Maung akan diadakan di Maybank Jalan Tengah, oleh itu"WARGA EMAS" khususnya DUN Batu Maung  diminta untuk menghadirkan diri ke lokasi tersebut ini adalah sebagai PENGHARGAAN oleh Kerajaan Negeri kepada "WARGA EMAS", Tahniah kepada WARGA EMAS yang telah mendaftar.

Bermula dari 7 Mac 2015 hingga 8 MAC 2015, Anda yang telah mendaftar dengan Program Warga Emas akan menerima BAUCER Khas dan boleh menukarnya di Maybank berkenaan.

Majlis ini turut dihadiri oleh pengerusi JKKK DUN Batu Maung, kepada wakil warga emas anda digalakan datang pada jam 1.00 tengahari - 3.00 petang.

Friday, March 6, 2015

Pelajar Cemerlang SPM 2015


Selaku Adun Batu Maung, Saya merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Kejayaan pelajar-pelajar ini diharap menjadi pendorong untuk pelajar-pelajar lain menggiatkan usaha agar berupaya mencapai kecemerlangan. Ingatlah bahawa “Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.”
Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada pihak sekolah, yang saling bekerjasama menyalurkan usaha serta sumbangan untuk memastikan kejayaan pelajar-pelajar ini tercapai. Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang bekerjasama dalam memantau anak-anak untuk memastikan kejayaan mereka.
Semoga kejayaan dalam SPM 2014 ini, manjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM 2015 untuk meneruskan usaha tanpa mengenal jemu dan putus asa, tanpa mengenal cabaran yang bertimpa, demi mengaut kejayaan yang berganda, seumpama tiada lagi hari esok.


Sekian, terima kasih.

YB Dato' Haji Abdul Malik Kassim 

JAMUAN SEMPERNA TAHUN BARU CINA 2015




Pejabat Exco Agama Islam Pulau Pinang, Hidayah Center Pulau Pinang & Malaysian Chinese Assocation (MACMA) ingin menjemput semua rakyat yang berbilang kaum untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina pada 8 Mac 2015 (Ahad) jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang  di Masjid Cina Titi Papan.
Semua dijemput hadir tanpa mengira kaum, termasuk tokoh-tokoh pertubuhan-pertubuhan awam, tokoh-tokoh korporat dan sebagainya adalah dijemput untuk menghadiri serta menikmati jamuan hidangan yang akan disediakan pada majlis ini.

Diharap pengajuran acara ini dapat mewujudkan suasana harmoni antara rakyat jelata yang berbilang kaum dan agama seterusnya dapat membentuk perpaduan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jamuan Tahun Baru Cina akan turut didakan oleh Parti Keadilan Rayat di Pejabat Ranting Tanjong ( 181 Jalan Arglly (berhadapan Sek Men Perempuan Al-Mansor), dengan anjuran bersama Ranting KOMTAR, Pengkalan Kota, padang kota & Jalan Arglly. Jamuan ini akan berlangsung pada 8 Mac 2015 (Ahad) jam 5.00 petang hingga 7.00 Malam.

Semua dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini dan seterusnya dapat mengiratkan perpaduan dikalangan ahli dan rakyat (khusunya).



Selamat Hari Wanita Sedunia


 YB Dato' Haji Abdul Malik dan isteri ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita Sedunia" yang disambut pada 8 Mac 2015 ini merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka diraikan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia (International Woman’s Day).

Buat semua wanita, Sesungguhnya mereka amat istimewa kerana setiap dari mereka mempunyai kelebihan yang tersendiri. Justeru itu  haruslah kita hargailah segala pengorbanan mereka, kerana mereka "Wanita Pendokong Aspirasi Negeri".

Monday, March 2, 2015

PROGRAM SARINGAN MAMMOGRAM PERCUMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG








Kerjasama:
  1. Kerajaan Negeri Pulau Pinang
  2. Pink Penang
  3. Penang Sihat
  4. Penang Women Development Corporation (PWDC)
  5. BP Healthcare Group
Program ini dijalankan sepanjang tahun 2015 dengan penglibatan semua 40 Kadun iaitu 4 kali untuk setiap Kadun. Wanita-wanita di setiap Kadun akan diberikan peluang untuk menjalankan mammogram secara percuma. Program ini akan dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad sahaja. Setiap satu hari akan melibatkan 40 peserta wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas sahaja. Satu hari akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi tengahari. 20 peserta akan dikumpulkan di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 7.30 pagi (Trip Pertama) dan akan dibawa ke BP Diagnostic Centre iaitu di Jalan Sultan Ahmad Shah, Georgetown. Kemudian, lagi 20 peserta yang lain akan dikumpulkan juga di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 9.30 pagi (Trip Kedua) dan dibawa ke BP Diagnostic Centre. Sarapan pagi akan disediakan. Taklimat berkenaan mammogram, barah payudara, osteoporosis, dan lain-lain yang berkenaan akan dijalankan pada jam 10.30 pagi di BP Diagnostic Centre. Selepas taklimat tamat, makan tengahari akan disediakan pada jam 11.30 pagi. Peserta untuk Trip Pertama akan pulang ke Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 12.00 tengahari. Sementara peserta Trip Kedua akan memulakan pemeriksaan mammogram dan dijangka akan berakhir pada jam 3.00 petang. Peserta tidak perlu membuat sebarang bayaran sepanjang program ini berlangsung. Makanan dan pengangkutan adalah percuma. Setiap peserta dikehendaki membawa kad pengenalan.

APA ITU MAMMOGRAM?
Mammogram ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara. Doctor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan mammografi ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (lump), kesakitan payudara (breast pain), nipple discharge dan lain-lain.

PERSIAPAN SEBELUM MAMMOGRAM
Masa yang paling sesuai untuk melakukan pemeriksaan mammogram adalah seminggu selepas haid (selepas mandi hadas) jika mammogram dilakukan seminggu sebelum haid, dikhuatiri bakal menyebabkan kesakitan ketika pemeriksaan. Pada hari mammogram pesakit seharusnya TIDAK hamil dan TIDAK memakai:
  1. Bedak
  2. Deodorant (pewangi ketiak)
  3. Minyak wangi, terutama sekali pada bahagian payudara dan ketiak

JADUAL MAMMO PENANG UNTUK KADUN BATU MAUNG
Tarikh
Hari
Masa
1 Mac
Ahad
- 7.30 pagi
- 9.30 pagi
30 Mei
Sabtu
- 7.30 pagi
- 9.30 pagi
23 Ogos
Ahad
- 7.30 pagi
- 9.30 pagi
1 November
Ahad
- 7.30 pagi
- 9.30 pagi

PENDAFTARAN
Wanita-wanita Batu Maung yang ingin menyertai program ini boleh memberikan nama kepada JKKK untuk kawasan masing-masing ATAU terus hubungi Pusat Khidmat Batu Maung di talian 04-6261968.


Karnival Pengguna 2015






KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT