Oleh Shazwan Mustafa Kamal
Zahrain, salah seorang daripada empat Ahli Parlimen PKR di
“Sebagai rakan satu parti dan kawan, saya kecewa kerana beliau tidak pernah membawa perkara ini ke peringkat parti, kecuali perselisihan peribadinya dengan
Ketua pembangkang itu berada di Mahkamah Rayuan berhubung permohonannya merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan agar kes liwatnya diketepikan.
Dalam komennya Anwar mempertahankan pendiriannya bahawa kecaman pedas Zahrain terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang adalah tidak patut dan tidak munasabah sama sekali.
“Saya kecewa kerana janji yang kita buat kepada penduduk kawasan Bayan Baru... mereka memberikan kita mandat, mereka berkorban untuk memilih beliau (Zahrain) sebagai jurucakap Pakatan Rakyat, bukannya wakil bebas ataupun jurucakap mesra Barisan (Nasional),” katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat enggan mengulas lanjut sambil menambah berita ini adalah sesuatu yang baru baginya dan perlu berunding dengan rakan-rakannya.
Malah Anwar juga tidak memberikan respons apabila pemberita bertanya kepada beliau dan peguamnya
Kedua-dua mereka adalah wakil rakyat dari Pulau Pinang iaitu Anwar di Permatang Pauh manakala Karpal mewakili kerusi Bukit Gelugor.
Anwar kekal diam tetapi ia dijawab oleh Karpal.
“Tidak akan ada kesan balas. Pemergian Zahrain (bertindak keluar) bukan satu kerugian kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang,” kata Karpal yang juga Penasihat Kebangsaan DAP.
Kata Karpal, Pulau Pinang masih merupakan kubu kuat Pakatan Rakyat.
Zahrain bukan tokoh politik berpengaruh, ujar Karpal.
No comments:
Post a Comment