...

Pages

Monday, September 7, 2009

Kerajaan negeri Pulau Pinang perkenal anugerah hafal Al Quran . -malaysiakini


Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penganugerahan kepada penghafal Al Quran seluruh Pulau Pinang. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Menurut Abdul Malik satu anugerah khas sebagai tanda menghargai sumbangan penghafaz Al Quran dan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan diwujudkan dalam tempoh terdekat tahun ini juga.

Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri komited dan mengiktiraf para penghafaz Al Quran dalam memacu perkembangan syiar Islam di negeri ini.

Tidak setakat ini sahaja penganugerahan yang kita berikan, malah anugerah kepada Hafiz Termuda akan diberikan kepada penghafaz Al Quran termuda dalam Pulau Pinang.

"Ini termasuk juga satu penganugerahan kepada guru mereka yang akan dianugerahkan dengan Anugerah Guru Al-Hafiz sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh guru-guru ini bagi melahirkan ramai hafiz di Pulau Pinang," kata Malik.

Abdul Malik juga berkata selain daripada anugerah tersebut ijtimak hafiz akan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini mengenai keperluan melahirkan seorang hafiz dalam sebuah keluarga.

"Usaha kita ini akan menjadikan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sebagai salah satu tindakan yang membesarkan penghafaz Al Quran. "Masyarakat dapat membuat perbezaan semasa pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dengan mereka yang pernah memimpin sebelum ini terhadap pengiktirafan terhadap para hafiz di Pulau Pinang," katanya.

8 comments:

orangkampung said...

Anugerah tu cuma nak kelabukan mata orang melayu penang..Jangan dok percaya dengan puak-puak ni..Depa nak bagi kamu lalai untuk bagi cina kuatkan cengkaman kat penang......

Anonymous said...

Bagus, teruskan niat murni kerajaan Pakatan. kalau nak harap melayu umno P.Pinang saja, depa dok ajaq orang kampung macam mana nak hafal RM saja.

Lim Guan Eng lagi bagus dari Tsu Koon, sebab Tsu Koon Racist kuat sebab kami orang penang pernah berurusan dengannya, nampak lembut tapi racist setaraf umno.

tukang settle said...

Saya rasa orang kampung ni termakan fitnah dari org yang tak sukakan Hj malik,Kenapa terlalu politik sangat.Apa masalah orangkampung dengan Yb,boleh jelaskan mungkin YB boleh ubah,cara hentam tu mcm org politik je.Biarlah dia nak buat perubahan.saya rasa orang kampung ni
tak berfikiran waras.

baru nak ngaji said...

janganlah gagalkan perancangan kerajaan negeri tu,siap menghasut lagi,orangkampung tak ingat tuhan kah.atau orang kampung tuhan,tahu niat orang lain.
nak juga rasa islam kat penang ni....

meluat said...

kalau nak tahu orangkampung ni,cikgu idrus adik anwar ibrahim,pelik punya orang,
perosak parti betoi.tapi parti takan ambil tindakan

aidil bgr said...

lepaih ni kita buat anugerah minum arak terbanyak.itu yang depa mau

aidil bgr said...

lepaih ni kita buat anugerah minum arak terbanyak.itu yang depa mau

Gajah Menta said...

tahniah atas perubahan sikap ini, memang setiap yang baru akan dipertikaikan, cari jalan bagaimana untuk terus di mertabatkan para alim ulama.

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT