...

Pages

Monday, March 8, 2010

Pencabulan Hak Asasi Manusia Oleh BN

1. Pihak polis dipergunakan untuk menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Semua taktik kotor ini mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

2. Rakyat berhak berhimpun secara aman. Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara. Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu.

3. Di Malaysia hari ini pihak Polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini. Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah. Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara.

4. Oleh itu Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut. Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga kepada European Union Human Rights Council. Wakil-wakil Pakatan Rakyat akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini.

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden
PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT