...

Pages

Friday, March 26, 2010

BN Terpaksa akur, Berdepan Pilihanraya kecil


KUALA LUMPUR : Barisan Nasional terpaksa juga akur dan perlu berdepan dengan pilihanraya kecil walau telah berulang kali mengelakkan dari pilihanraya kecil sebelum ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, BN hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin.

"Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis.

"Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami barah otak sejak sekian lama," kata Badrul dalam blognya.

Menurut Badrul, berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno.

"Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain," jelas Badrul dalam blognya.

Untuk rekod, pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

"kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca yang paling layak bertanding.

"Meletakan calon bagi BN, amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno BN. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya," kata Badrul lagi.

Badrul berkata, begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit.

"Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud," jelas beliau.

Terdahulu, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.


Yb Tuan Hj Abdul Mallik Kassim serta warga kerja N37Batumaung mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... AL-FATIHAH

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT