GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan pemimpin BN bahawa skim bantuan RM100 yang diberikan kerajaan negeri itu kepada warga emas bertujuan membeli undi.
Dengan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai usaha memburukkan kerajaan negeri, Lim berkata Program Penghargaan Warga Emas itu merupakan bantuan tahunan, bukan dibuat pada waktu pilihan raya sahaja.
"Kita tidak mengira bangsa, agama dan anutan politik," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya baru-baru ini.
"Malah Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dato' Dr Teng Hock Nan dan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Dato' Azhar Ibrahim layak untuk menerima bantuan tersebut jika mereka memohon," sambungnya.
Pentadbiran Lim dikecam hebat oleh Gerakan, MCA dan Umno yang mempersoalkan kejujuran kerajaan negeri dalam memberikan bantuan tersebut.
Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Teong Keong malah berkata, beliau mahu perkara tersebut disiasat SPRM kerana ia dilihat mengandungi unsur rasuah.
Mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang berdaftar dengan kerajaan negeri dijangka menerima bantuan tersebut bulan depan.
Dalam perkara lain Lim berkata, semua 283 kontrak yang dianugerahkan bagi projek JKR di Pulau Pinang dalam tahun 2008 dan 2009 diberikan kepada bumiputra.
Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Timbalan Menteri Kewangan Dato' Ahmad Husni Mohd Hanadzlah bahawa orang Melayu Pulau Pinang disisihkan.
1 comment:
Assalamualaikum YB...
Sebagai anak negeri P.P. yang berteduh dibawah negeri PR juga,saya tumpang gembira dengan Guan Eng yang satu ketika dulu amat membenci mereka dua beranak...saya minta ampun banyak2.
Pengalaman mendewasakan lalu saya percaya hati mereka lebih mulia dari Azhar Ibrahim...wakil rakyat kawasan saya...
Yang pelik tu awat yang hampa sokong sangat Tsu Koon dulu...awat tak mau angkat UMNO perintah Penang dulu...laa ni sembang seropa hero.
Beli undi dengan sebulan 100 tak pa jugaklah...pilihanraya lambat lagi kalau dibandingkan beli pengundi dengan harga kain batik selai bila dah dekat sangat nak mengundi.
Iktibar bagi orang2 melayu yang sibuk sangat nak rampas Kelantan padahal dah terang2 negeri tu sedang aman.
Cina pun takut kat Tuhan depa...sayangnya orang kita sampai tak berasa gerun dengan balasan Allah.
Hidup kita pun diperhati macam cctv..ada malaikat yang ditugaskan tanpa henti.
Post a Comment