...

Pages

Sunday, March 14, 2010

5 Janji Anwar yg tidak akan dapat dilaksanakan oleh mana-mana PM


1.Saya akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsp perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemulian insan, kebebasan dan haknya.

2. Saya akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Makaysia muncul kembali menjadi setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan; menjamin keadilan sosial supaya tidak ada kelompok atau kaum yang terpinggir dan mundur.

3. Saya akan menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan MENCEGAH JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lainnya supaya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

4. Saya akan MENGURANGKAN BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak; tol dan lain-lain tariff; membekal barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minima sebanyak RM 1500.

5. Saya akan mencipta HARAPAN BARU UNTUK MASA DEPANMalaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan menjadikan mutu sekolah, kolej dan universiti di Malaysia yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

1 comment:

Qaseh Bonda said...

Jika benar apa dikata
hamba berdoa PR berjaya
Sedih dihati tidak terperi
Anak2 buah ramai tak sekolah
Tak bayar yuran asyik kena marah

Yang di IPTA mengikat perut
Demi melangsungkan pelajaran
puasa sunat jadi teman
Hamba hanya mampu berdoa
Demi Allah yang Maha Penyantun
Terkubur hendaknya pemimpin khianat

Kembali mengenang zaman pilihanraya
Hamba bernazar puasa untuk 5 negeri,alih2 6 negeri dapat ditawan.

Maha suci Tuhan yang memakbulkan doa2 hamba2 yang sedang teraniaya,tertindas dek kezaliman pemimpin durjana,

Bukankah doa orang2 yang dizalimi ini tiada hijabnya dengan Allah.
Setiapkali berkunjung kerumah anak2 buah yang susah...

Kecewa pada layanan sekolah pada anak2 orang susah.

Siapalah mereka untuk bersuara sekadar seekor semut kecil yang sedang melata.

Saya doakan Anwar Ibrahim Perdana Menteri untuk anak cucu kita.



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT