...

Pages

Sunday, March 28, 2010

Najib Razak didesak beri cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: "Rosmah Mansor dah bersetuju cuti bersalin 90 ini, tapi saya dengar Menteri Buruh dan Tenaga Kerja bantah, sebab itu kami adakan kempen cuti bersalin 90 kali ini," kata seorang penggerak kempen tersebut yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ali.

Beliau berkata, kempen yang digerakkan oleh National Union of Bank Employees (Nube) itu kini sedang berusaha mencapai jumlah kutipan sejuta tandatangan untuk mendesak parlimen meminda Akta Kerja 1955.

"Sejuta tandatangan rakyat ini kami perlukan untuk menyokong usul 90 hari cuti bersalin untuk kaum ibu. Kami akan serahkan kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi menunjukkan sokongan rakyat terhadap syor kami ini.

"Kami akan serah sejuta tandatangan ini kepada Najib selepas 6 Jun depan agar syor 90 hari cuti bersalin dengan bergaji itu akan diluluskan," kata Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Untuk rekod, Akta Kerja 1955 sebelum ini memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 60 hari.

Kempen 90 hari cuti bersalin anjuran dengan bergaji anjuran kesatuan sekerja Nube itu turut disokong oleh pihak-pihak lain.

Antaranya, women Aid Organization (Wao), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), World Alliance on Breastfeeding Action (Waba), Asian Pacific Resource & Research Centre for Women (Arrow), All Women's Action Society (Awam), Tenaganita Sdn Bhd, Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wanita Keadilan dan Malaysian Trade Union Congress.

Antara gerakan kesatuan sekerja yang turut menyokong perjuangan usul Nube ini adalah Union Network International - MLC.

"Kami sokong kempen Nube untuk mendesak kerajaan ke arah meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada minima 90 hari untuk memulihkan kesihatan kaum ibu serta pertalian erat bayi menerusi penyusuan ibu.

"Kita mesti memastikan wujudnya hubungan sihat antara ibu dan anak cuti ini akan lebih membantu pembesaran anak sekali gus ia menepati ketetapan konvensyen organisasi pekerja antarabangsa 183," kata Ahmad.

2 comments:

Pendekar Jalanan said...

Jika difikir2 kan balik, memang bagus kalau diletakkan 90 hari kepada wanita yang bersalin. tapi secara logik akalnya, kalau dah semua bersalin, siapa yang nak buat kerja? dah tu kebanyakan penjawat awam ni semuanya dari golongan hawa. laki dah lah sikit, 60 hari pun dah cukup lah tu..

Anonymous said...

Hello everyone, wonderul board I have found It extremely helpful & its helped me loads
I hope to give something back and assist other people like this message board has helped me

_________________
[url=http://iphoneusers.com]redsn0w[/url]



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT