...

Pages

Sunday, April 4, 2010

Berkat Kutipan Zakat Pulau Pinang Meningkat Dibawah PR

Kutipan Zakat sentiasa naik dibawah YAB. Lim Guan Eng (PR) berbanding Tan Sri Koh Tsu Koon (BN). Berkat Kutipan Zakat Pulau Pinang Meningkat Dibawah PR.

Pusat Urus Zakat (PUZ)Pulau Pinang mencatatkan peningkatan dari segi jumlah kutipan zakat pada 2009 kepada sebanyak RM47.95 juta melibatkan seramai 605,825 pembayar berbanding RM41.76 juta tahun sebelumnya yang melibatkan hanya 589,252 pembayar.

Pengurus Besar PUZ Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Dr Azman Abdul Samat berkata, peningkatan jumlah itu berdasarkan tahap kesedaran umat Islam untuk menunaikan rukun Islam keempat melalui dakwah yang disebarkan untuk menggalakkan mereka menunaikan zakat perniagaan, selain strategi yang diguna pakai PUZ dengan memberi fokus kepada pembangunan modal insan dan pembebasan kemiskinan jiwa.

Menurutnya, ia membuktikan bahawa umat Islam semakin yakin dengan pendekatan yang diguna pakai PUZ dan berharap agar jumlah itu akan bertambah menjelang penghujung tahun ini.

“Daripada jumlah itu, seramai 49,932 penerima menerima wang zakat yang keseluruhannya berjumlah RM51.82 juta pada 2009 berbanding hanya 28,118 penerima menerima zakat berjumlah RM45.6 juta pada 2008.

“Dan, kita yakin dengan strategi yang digunakan kini dapat memberi kesedaran umat Islam untuk menunaikan tanggungjawab mereka dalam membantu insan yang memerlukan,” katanya.

Seramai 300 penerima dari daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) menerima bantuan pada hari itu melibatkan jumlah sebanyak RM200,000.

Setiap penerima menerima purata sekitar RM400 hingga RM600 bergantung kepada jenis bantuan yang diterima. Antara jenis bantuan yang diberikan adalah pendidikan sekolah rendah dan kebangsaan, pendidikan Institut Pengajian Tinggi (IPT), sara hidup untuk warga kurang upaya, kesihatan dan baik pulih rumah.

Azman berkata, bantuan itu adalah permulaan pada tahun ini dan akan berterusan sepanjang tahun.

Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mansor Othman berkata, PUZ tahun ini akan memberi fokus kepada pendidikan memandangkan negara memerlukan modal insan yang berkualiti bagi membangunkan negara pada masa hadapan.

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT