...

Pages

Wednesday, April 7, 2010

Pelancaran Projek Lampu Isyarat Lintasan Pejalan Kaki untuk kegunaan Pelajar dan Penduduk Kawasan Permatang Damar Laut

















Pada hari Jumaat 2 hb April 2010 jam 5.00pm Pasukan Petugas Pusat Khidmat YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim telah bersama dengan Wakil dari Pejabat Tanah dan Daerah Barat Daya, Wakil dari Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Barat daya , Wakil Pengurusan Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut , Wakil PIBG Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut dan Jawatankuasa JKKK Permatang Damar Laut telah bersama dalam pelancaran Projek Lampu Isyarat Lintasan Pejalan Kaki untuk kegunaan Pelajar dan Penduduk Kawasan Permatang Damar Laut.Lintasan pejalan kaki tersebut dijangka akan siap menjelang bulan Jun 2010 selepas semua proses berkaitan selesai.


YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim selaku ADUN Batu Maung hadir bagi merasmikan pelancaran projek tersebut. Menurut Pengerusi PIBG Sekolah Kebangsaan Permatang Damar Laut, lintasan pejalan kaki ini penting bagi menjamin keselamatan terutama anak-anak penduduk yang saban hari menggunakan laluan jalan utama untuk ke sekolah. Beliau juga memaklumkan yang saban tahun semenjak tahun 90-an mesyuarat PIBG membawa isu berkaitan lintasan pejalan kaki tetapi sehinggan kini tiada jalan penyelesaian dicapai. Beliau berasa gembira kerana isu tersebut akhirnya menemui jalan penyelesaian.

Pasukan Pusat Khidmat ADUN Baru Maung berharap dengan terbinanya lintasan pejalan kaki ini akan dapat membantu meningkatkan tahap keselamatan anak-anak yang ke sekolah dan menutup isu yang kononya tiada perubahan di Permatang Damar Laut selepas diperintah PR.

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT