...

Pages

Tuesday, April 27, 2010

Gotong-royong di padang permainan kanak-kanak halaman mayang bukit gedong


YB Haji Abdul Malik Kassim sedang memberi ucapan kepada penduduk
Turut bersama bergotong-royong
Banyak juga sampah sarap yang di bersihkan
YB Haji Abdul Malik Kassim turut memberi sumbangan jersi bola dan dua biji bola kepada anak-anak muda bukit gedong


Pej Pusat Khidmat Adun Batu Maung bersama JKKK Bulit Gedung telah menganjurkan program gotong royong di Halaman Mahsuri Bukit Gedung pada 18 april 2010 bermula jam 8 pagi hingga 1 ptg

YB Haji Abdul Malik Kassim Adun Bt Maung dan Pengerusi JKKK bukit gedong sdr Zaini bin Ahmad turut hadir bagi memeriahkan majlis

Seramai 50 orang penduduk telah menghadiri program tersebut .YB Haji Abdul Malik Kassim turut memberi sumbangan jersi bola dan dua biji bola kepada anak-anak muda bukit gedong.

Dalam program tersebut juga YB telah membelanjakan peruntukan beliau untuk memperbaiki pagar di sekeliling padang serta membeli tanah sebanyak dua lori untuk meratakan padang dan membersihkan kawasan sekeliling padang.

Kawasan padang bola tersebut telah terbiar lama dan ditumbuhi semak hampir 15 tahun sebelum tubuhnya JKKK Bukit Gedong di kawasan tersebut,

Ini adalah program yang kedua telah dianjurkan oleh JKKK Bukit Gegung sejak penubuhannya

Pihak JKKK bukit gedong amat prihatin dengan kanak-kanak yang tiada tempat untuk melakukan aktiviti sukan,kami penduduk bukit gedong dan JKKK bukit gedong amat berterima kasih dengan YB Haji Abdul Malik Kassim kerana mengambil berat dengan masalah kami..

1 comment:

Mozas said...

Pas dah serik berkempen untuk PKR! Baca sini:

http://satulimatiga.blogspot.com/2010/04/pas-serik-berkempen-untuk-pkr.html

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT