...

Pages

Wednesday, April 7, 2010

Program penghargaan Warga Emas di KADUN Batu Maung


Pasukan Petugas dari pejabat ADUN dan Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang


YB Hj Abdul Malek sedang membantu seorang warga emas



YB Hj Abd Malik kassim sedang beramah mesra bersama penerima wang penghargaan.


YB Hj Abd Malik mengucapkan penghargaan kepada
warga kerja Maybank



Sedang menyampaiakan sendiri sumbangan

Sebahagian dari yang hadir



Roti bun dan air mineral diberikan kepada warga emas yang hadir


Pasukan pertugas yang terdiri dari kalangan Jawatankuasa
JKKK dalam kawasan DUN Batu Maung membantu melicinkan proses.



Di hadapan Maybank Bukit Jambul


Walaupun wang program penghargaan Warga Emas di Pulau Pinang cuma RM 100.00 tetapi ia memberi makna mendalam kepada penerima wang penghargaan ini.Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa memilih kedudukan ,bangsa , agama mahupun status sosial ekonomi telah menghulurkan wang penghargaan atas ingatan kepada jasa dan pengorbanan warga emas.

Program ini telah merekodkan seramai lebih dari 80,000 orang penerima di seluruh negeri Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama dari semua cawangan Maybank di seluruh negeri Pulau Pinang telah menyampaikan sumbangan pada hari Sabtu dan Ahad lepas iaitu pada 3 dan 4 hb April 2010. Kaunter khas telah dibuka bagi memudahkan proses penyerahan wang penghargaan ini.
Pasukan petugas dari Pejabat ADUN PR juga telah dari awal pagi berada di cawangan Maybank untuk membantu melicinkan proses ini. Walaubagaimanapun kaunter biasa tetap menerima tuntutan baucer penghargaan sehinggan 16 hb April 2010 bagi mereka yang tak berkesempatan ke kaunter Maybank pada hari Sabtu dan Ahad lepas.

Pejabat ADUN Batu Maung telah menugaskan semua pegawai pejabat ADUN untuk membantu program ini di Maybank Bukit Jambul. Begitu juga dengan Penyelaras ADUN Bayan Lepas Cikgu Hasnah Hashim turut sama hadir bersama pasukan JKKK Beliau. Maybank Bukit Jambul merekodkan pengeluaran dilakukan oleh lebih 2800 orang warga emas yang datang dari kawasan DUN Batu Maung dan Bayan Lepas.

Penyampaian Penghargaan Kepada Warga Emas Peringkat DUN Batu Maung 2 April 2010


Makcik dari Kawasan DUN Batu Maung gembira
dengan penghargaan yang diberikan


OKU tak ketinggalan menerima penghargaan



Pengerusi-pengerusi JKKK Kawasan DUN Batu Maung


Makcik dari kawasan DUN Batu Maung


Warga emas ini begitu gembira hingga mencium
YAB Ketua Menteri

Jamuan makan disediakan
Petugas dari Pejabat Daerah Barat Daya yang membantu
melakukan urusan pendaftaran

YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang
sedang memberikan ucapan

Antara penerima sumbangan


Penerima sumbangan

Program penghargaan warga emas peringkat DUN Batu Maung telah diadakan pada hari Jumaat 2 hb Apr 2010 di hadapan Pusat Khidmat ADUN Batu Maung. Program ini mengsasarkan sumbangan kepada 100 orang warga emas. Program bermula sejak jam 5.00pm dengan pendaftaran warga emas yang hadir. Pasukan petugas dari Pejabat Daerah Barat Daya telah hadir untuk membantu proses tersebut.

Warga emas yang hadir turut dijamu dengan makanan dan minuman. YAB Lim Guan Eng turut hadir bersama YB Hj Abd Malik Kassim menyampaikan penghargaan kepada Warga Emas yang hadir. Program berakhir pada jam 7.00pm dengan jamuan kepada yang hadir

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT