...

Pages

Sunday, March 28, 2010

Najib Razak didesak beri cuti bersalin 90 hari

KUALA LUMPUR: "Rosmah Mansor dah bersetuju cuti bersalin 90 ini, tapi saya dengar Menteri Buruh dan Tenaga Kerja bantah, sebab itu kami adakan kempen cuti bersalin 90 kali ini," kata seorang penggerak kempen tersebut yang mahu dikenali sebagai Ahmad Ali.

Beliau berkata, kempen yang digerakkan oleh National Union of Bank Employees (Nube) itu kini sedang berusaha mencapai jumlah kutipan sejuta tandatangan untuk mendesak parlimen meminda Akta Kerja 1955.

"Sejuta tandatangan rakyat ini kami perlukan untuk menyokong usul 90 hari cuti bersalin untuk kaum ibu. Kami akan serahkan kepada Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak bagi menunjukkan sokongan rakyat terhadap syor kami ini.

"Kami akan serah sejuta tandatangan ini kepada Najib selepas 6 Jun depan agar syor 90 hari cuti bersalin dengan bergaji itu akan diluluskan," kata Ahmad kepada erapakatan.com di sini, hari ini.

Untuk rekod, Akta Kerja 1955 sebelum ini memperuntukkan tempoh cuti bersalin selama 60 hari.

Kempen 90 hari cuti bersalin anjuran dengan bergaji anjuran kesatuan sekerja Nube itu turut disokong oleh pihak-pihak lain.

Antaranya, women Aid Organization (Wao), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), World Alliance on Breastfeeding Action (Waba), Asian Pacific Resource & Research Centre for Women (Arrow), All Women's Action Society (Awam), Tenaganita Sdn Bhd, Wanita Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Wanita Keadilan dan Malaysian Trade Union Congress.

Antara gerakan kesatuan sekerja yang turut menyokong perjuangan usul Nube ini adalah Union Network International - MLC.

"Kami sokong kempen Nube untuk mendesak kerajaan ke arah meningkatkan cuti bersalin daripada 60 hari kepada minima 90 hari untuk memulihkan kesihatan kaum ibu serta pertalian erat bayi menerusi penyusuan ibu.

"Kita mesti memastikan wujudnya hubungan sihat antara ibu dan anak cuti ini akan lebih membantu pembesaran anak sekali gus ia menepati ketetapan konvensyen organisasi pekerja antarabangsa 183," kata Ahmad.

Friday, March 26, 2010

BN Terpaksa akur, Berdepan Pilihanraya kecil


KUALA LUMPUR : Barisan Nasional terpaksa juga akur dan perlu berdepan dengan pilihanraya kecil walau telah berulang kali mengelakkan dari pilihanraya kecil sebelum ini.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Badrul Hisham Shaharin, BN hanya gah di media arus perdana, buktinya banyak pilihanraya kecil yang Bn harus hadapi tetapi dielakkan sebaik mungkin.

"Contohnya Pilihanraya di Perak, Pilihanraya Kecil Kota Seputih, Kedah dan terbaru Pilihanraya Titi Tinggi di Perlis.

"Namun kali ini tidak dapat dielakkan ekoran Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia selepas mengalami barah otak sejak sekian lama," kata Badrul dalam blognya.

Menurut Badrul, berdasarkan logik akal permainan sentimen Ketuanan Melayu sudah hampir pasti kerusi Hulu Selangor ini akan ditandingi oleh Umno.

"Itupun jika Umno tidak hipokrit dengan sentimen ketuanan Melayunya. Ini kerana mana mungkin atas nama ketuanan Melayu Umno kerusi tersebut yang majoriti pecahan pengundinya Melayu diserahkan oleh 'geng ketuanan Melayu' kepada kaum lain," jelas Badrul dalam blognya.

Untuk rekod, pecahan peratusan pengundi Hulu Selangor ialah 53.9 peratus Melayu, 26.7 peratus Cina, 19 peratus India dan 0.4 peratus lain-lain kaum.

"kalau ikut pecahan kaum jika tidak meletakkan Umno maka Mca yang paling layak bertanding.

"Meletakan calon bagi BN, amat rumit kerana ini akan membuktikan 'belang hipokrit' sebenar Umno BN. Nak jaga undi India di seluruh negara maka kena letak calon India tetapi berdepan dengan kekalahan dan maka terbukti juga perjuangan ketuanan Melayu hanya retorik kerana menghantar calon bukan Melayu di kerusi majoriti Melayu pengundinya," kata Badrul lagi.

Badrul berkata, begitulah konflik bakal berlaku kerana mereka bermain dalam trek perkauman sempit.

"Namun bagi Pakatan Rakyat tidak susah meletakkan calon ini kerana kerusi itu bukan milik kuota mana - mana kaum tetapi calon bakal dipilih berdasarkan 'kopitensi' individu memberikan khidmat kepada rakyat dan faktor kemenangan yang wujud," jelas beliau.

Terdahulu, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.


Yb Tuan Hj Abdul Mallik Kassim serta warga kerja N37Batumaung mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Dr Zainal Abidin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... AL-FATIHAH

Tuesday, March 23, 2010

Menyenaraihitamkan Ahli Parlimen Seksis - WANITA PAKATAN RAKYAT

Wanita Malaysia tidak akan memilih calon-calon Ahli Parlimen yang seksis dalam pilihan raya akan datang.


Anutan seksisme (sexism) membawa pemikiran bahawa satu gender adalah lebih inferior atau lemah dari yang lainnya.


Ia juga bermaksud mendiskriminasi gender dan tidak mempeduli soal memelihara maruah dan martabat gender, lelaki atau wanita.


Seksisme adalah berlawanan dengan Perlembagaan Malaysia dan pengakuan Malaysia dalam mendukung tuntutan untuk menghapuskan sebarang bentuk diskriminasi terhadap wanita (CEDAW).


Seksisme dalam Parlimen sering berulang kerana tiada pengharaman terhadap pengujaran dan kelakuan seksis dalam Peraturan Mesyuarat.


Ahli-Ahli Parlimen yang seksis yang sepatutnya dihukum, bebas lepas begitu saja (scott free).


Seksisme adalah penghalang besar terhadap pencapaian keadilan dan kesetaraan gender.


Seluruh rakyat Malaysia wajar berasa sangat bimbang jika Ahli-Ahli Parlimen menganggap isu seksisme ini sesuatu yang remeh dan tiada nilai sedikitpun.-


Ahli-Ahli Parlimen yang seksis tidak akan mampu membawa keadilan untuk semua – lebih-lebih kepada wanita yang sentiasa menjadi golongan yang didiskriminasi dan dipinggir.


Menurut satu kajian, lebih 60% rakyat miskin adalah terdiri dari wanita.


Wanita masih ketinggalan dalam sektor ekonomi, pekerjaan dan keimpinan pentadbiran dan politik.


Wanita belum berasa selamat dan aman dari penganiayaan dan keganasan yang masih berterusan berlaku.


Ahli-Ahli Parlimen yang seksis dikhuatiri tidak akan dapat menghayati situasi bahawa wanita perlu diberdaya (empowered) dalam menghasilkan sumbangan terbaik untuk negara dalam kesemua ruang lingkup kehidupan masyarakat dan negara.


Dengan itu, segala keputusan utama untuk kepentingan umum dikhuatiri akan meminggirkan keperluan khusus wanita juga.


Wanita Pakatan Rakyat akan menyenaraihitamkan para pemimpin yang bersikap seksis kerana individu seksis tidak mampu memberi pertimbangan yang adil dan saksama terhadap wanita.


Di antara KPI calon-calon Ahli Parlimen akan datang ialah mereka mestilah bebas dari sebarang bentuk amalan seksis sepanjang keahlian mereka dalam Dewan Rakyat ke-12 ini.


WANITA PAKATAN RAKYAT

Monday, March 22, 2010

BN dah bankrap politik

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan Barisan Nasional (BN) bankrap politik apabila meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemberian wang sagu hati RM100 dalam Program Penghargaan Warga Emas yang dikatakan sebagai rasuah.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun mendapat maklum balas yang baik daripada SPRM apabila Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim hadir sama pada Majlis Penghargaan Warga Emas Pulau Pinang Peringkat Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.

“Pengarah SPRM (Latifah) sendiri hadir semalam (kelmarin), namun tiada tindakan yang diambil, apatah lagi menangkap saya. Beliau (Latifah) sempat meluangkan masa minum teh bersama saya,” katanya.

Ini, kata Guan Eng, membuktikan langkah Kerajaan Negeri melancarkan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sagu hati RM100 bukan rasuah seperti yang didakwa oleh BN,” katanya.

Guan Eng berkata, tindakan BN meminta SPRM menyiasat Kerajaan Negeri ekoran pemberian wang sagu hati itu kerana sudah bankrap politik akibat ketandusan idea dalam mencari salah Pakatan Rakyat (PR).

“Hari ini kita dapat buktikan, ia bukan tipu dan bukan usaha menarik ahli atau sebagainya. Kita semua boleh layangkan wang RM100 di depan penyokong BN sebagai bukti,” katanya.

Menurutnya, BN sentiasa mencari peluang untuk mensabotaj program Kerajaan Negeri dengan meracuni pemikiran rakyat menerusi pelbagai fitnah dan tohmahan.

“Salah satu sebab mengapa lebih 20,000 warga emas tidak mendaftar adalah kerana kempen jahat pembangkang BN yang cuba mensabotaj program dengan menabur fitnah bahawa ia adalah tipu dan sesiapa yang berdaftar akan jadi ahli PR,” katanya.

Semalam, seramai 300 warga emas hadir bagi menerima sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Program Penghargaan Warga Emas di Kompleks Masyarakat Penyayang yang disampaikan Ketua Menteri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 ke alamat penerimanya bagi memudahkan urusan penerimaan wang itu.

“Ini memudahkan pengagihan agar warga emas tidak perlu bersusah-payah berkunjung ke Pusat Khidmat ADU
N untuk mendapat sumbangan dan ia akan dikirimkan bersama satu salinan surat daripada saya,” katanya.

Friday, March 19, 2010

Tinggal Parti Kerana Hutang RM1.8 Juta ????

SALAH seorang dari tujuh ahli parlimen yang telah mencuri simbol parti kemudian mengistyharkan dirinya sebagai bebas profesioanl khabarnya sedang pening untuk menyelesaikan hutang sebanyak RM1.8 juta. Hutang berkenaan berhubung dengan perniagaanya yang tidak menjadi di luar negara, Australia.

Ali parlimen berkenaan telah berkongsi dengan seorang kawannya bernama Datuk I. Mulanya perniagaan mereka di Australia itu berjalan dengan lancar. Entah bagaimana separuh jalan - beberapa tahun ke belakangan ini perniagan berkenana merosot dan mengalami kerugian.

Datuk I katanya meminta ahli parlimen berkenaan berusaha untuk membayar hutang kalau tidak mereka akan bankrup dan harta benda yang ada di Australia akan dilelong. Dipercayai ahli parlimen berkenaan memilik sebuah rumah di Australia.

Dipendekan cerita ahli parlimen itu berusaha dengan apa cara untuk dapatkan wang bagi menjelaskan hutang berkenaan. Dia ini sanggup lakukan apa saya usaha asalkan dapat wang sebanyak itu bagi menjelaskan hutang. Tekanan dari Datuk I menyebakan ahli parlimen berkenaan semakin pening kepala dan akhirnya mengambil keputusan yang diluar dugaan walaupun mencemarkan maruahnya sendiri.

Masalah dihadapi ahli parlimen berkenaan telah diguna sepenuhnya oleh UBN untuk memancingnya agar meninggalkan parti yang dianggotai. Khabarnya dia ini juga ditawarkan dengan beberapa jawatan yang dikira dapat menyelesaikan hutang berkenaan.

Sebaik dia mengistyharkan diri sebagai ahli bebas katanya satu jawatan di sebuah syarikat kerajaan (GLC) akan diberikan kepadanya. Bagaimana pun kerana untuk mengelakkan ia terkesan oleh umum jawatan itu ditangguhkan buat seketika.

Selain itu dia juga katanya akan dilantik sebagai Duta seperti mana Jamaluddin Jarjis. Beliau kononya antara dua atau tiga ahli politik akan dinaikkan pangkat sebagai Dua. Perlantikan ini kerana kouta untuk jadi menteri atau pun peluang mendapat projek mega sudah tidak ada lagi apabila kerajaan sendiri tidak mempunyai wang.

Tengoklah nanti apakah ahli parlimen berkenaan berjaya mendapat apa-apa tander bagi menyelesaikan masalahnya itu. Atau pun apakah dia akan dilantik menjadi Duta seperti mana Jamaluddin jarjis. Soalnya sekarang ini tander tidak berapa banyak manakala kontraktor dari kalangan kroni ada yang belum mendapat bahagian. Sangatlah mustahil kalau seorang yang masih panas mualaafnya akan diletak menjadi imam sedangkan masih banyak makmum lain dibelakang.

Catatan: Saya tidak akan menjelaskan sumber maklumat ini kerana ianya atas permintaan orang berkenaan. Tetapi beliau akui maklumat ini baru diperolehi dan sayalah orang pertama dieritahunya. Kerana berpegang kepada janji dan etika saya tidak akan mendedahkan sumber berkenaan sehinggalah ia sendiri mengeluarkan dokumen mengenai pemilikan hartanah ahli parlimen berkenaan tidak lama lagi

.http://msomelayu.blogspot.com/

Wednesday, March 17, 2010

GUAN ENG MERASMIKAN MAKMAL SAINS PERTAMA SEKOLAH AGAMA RAKYAT

Permatang Pauh - Ketua Menteri Pulau pinnag YB Lim Guan Eng telah merasmikan makmal sains pertama sekolah agama rakyat di Pulau Pinang. Sekolah agama rakyat Madrasah Al Aminiah tersebut yang terletak di jalan Permatang Nibong Permatang Pauh ini merupakan antara beberapa buah sekolah agama rakyat yang telah menerima bantuan kerajaan negeri.Turut serta dalam majlis gilang gemilang ini ialah EXCO Agama Kerajaan negeri YB Hj Malek Kassim ,Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam negeri Yb Salleh Man ,Yb Lee Hock Seng ,Pengetua Madrasah Al Aminiah Ustaz Hj Azamuddin Alang Hamzah dan para ibubapa dan tetamu .

Dalam ucapan tersebut Lim Guan Eng menjelaskan bahawa tindakan kerajaan negeri membantu sekolah agama rakyat bukan kerana ianya bersifat pekauman atau anti melayu sebagaimana yang di katakana oleh Bn.Menurut beliau sikap kerajaan negeri membantu adalah kerana di dapati kebanyakkan sekolah agama rakyat menghadapi kekurangan kemudahan dan tindakan kerajaan negeri di bawah YB Malek selaku Exco Agama kerajaan negeri ini adalah usaha permulaaan , malah kerajaan negeri juga menambah peruntukan sebanyak RM1. 7 juta pada tahun ini bagi membantu sekolah agama rakyat.YB Lim Guan Eng juga mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah atas usaha Sekolah Agama Rakyat Al Aminiah ini membina makmal sains kerana peruntukan yang di berikan di gunakan dengan telus dan beliau percaya usaha tanpa ketirisan ini membantu meningkatkan lagi kecermalangn sekolah agam dan juga slogan kerajaan negeri “CAT” iaitu ketelusan,akauntabiliti dan telus.

“Kita percaya dan yakin bantuan yang di diberikan kepada sekolah agama rakyat di gunakan dengan telus, dan kita juga percaya ianya di gunakan tanpa sebarang kebocoran.maka kerana itu kita memberi bantuan dan ini adalah bantuan pertama seumpamanya kerajaan ngeri kepada sekolah agama rakyat” demikian jelas guan Eng lagi.

Sekolah agama rakyat in juga , menurut Guan Eng menerima RM 300 ribu bagi membina banggunan baru dan juga makmal sains dan menurut beliau belum ada mana-mana kerajaan negeri yang membantu dan membina makmal sains di sekolah agama rakyat ini.

“Mungkin untuk bertanding dengan sekolah kerajaan yang serba lengkap kita tidak mampu namun dari segi semangat juang dan belajar kita percaya sekolah agama rakyat ini punya kekuatan tersendiri dan dengan bantuan sebegini kita berharap di masa akan datang akan lahir pemimpin seperti YB Sallehman dan lain-lain lagi ilmuan islam di negara kita”

Dalam ucapan penutupnya pula Yb Guan Eng menyampaikan sepatah ungkapan dari Omar Abdul aziz

“Ilmu adalah pakaian jasad orang kaya ,penolong bagi orang fakir .bukan aku menyatakan bahawa ilmu untuk mencari kekayaan tetapi untuk kenaaah. panduan bagi orang miskin”

Smentara itu Yb Salleh Man dalam ucapan alu-aluan juga menjelaskan bahawa, pihak Majlis agama Islam negeri turut merasa bangga kerana selama ini bantuan ke sekolah agama rakyat di sekat. Malah sekolah- sekolah agama terpaksa melancarkan kempen derma bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak yang belajar di sekolah agama. Kini kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat telah memberi bantuan kepada semua sekolah agama bagi meningkatkan kemudahan dan kperluan untuk pembelajaran di sekolah-sekolah agama.

Tuurt sama memberi ucapan dalam majlis tersebeut ialah Yb Hj Malek Kassim yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama. Menurut YB Malek usaha kerajaan negeri ialah bagi membantu sekolah agama semampu mungkin dan akan membantu selagi terdaya. Malah Yb Malek Kassim juga menjelaskan bahawa pruntukan kerajaan negeri dari Rm 1 juta bertambah setiap tahun dan pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menambahkan peruntukan dari 1. juta kepada 1.7 juta bagi membangunkan sekolah agama rakyat. Usaha ini akan berterusan lagi.

Tuesday, March 16, 2010

Guan Eng nafi skim bantuan warga emas untuk beli undi

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan pemimpin BN bahawa skim bantuan RM100 yang diberikan kerajaan negeri itu kepada warga emas bertujuan membeli undi.

Dengan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai usaha memburukkan kerajaan negeri, Lim berkata Program Penghargaan Warga Emas itu merupakan bantuan tahunan, bukan dibuat pada waktu pilihan raya sahaja.



"Kita tidak mengira bangsa, agama dan anutan politik," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya baru-baru ini.

"Malah Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Dato' Dr Teng Hock Nan dan Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Dato' Azhar Ibrahim layak untuk menerima bantuan tersebut jika mereka memohon," sambungnya.

Pentadbiran Lim dikecam hebat oleh Gerakan, MCA dan Umno yang mempersoalkan kejujuran kerajaan negeri dalam memberikan bantuan tersebut.

Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Teong Keong malah berkata, beliau mahu perkara tersebut disiasat SPRM kerana ia dilihat mengandungi unsur rasuah.

Mereka yang berusia 60 tahun ke atas yang berdaftar dengan kerajaan negeri dijangka menerima bantuan tersebut bulan depan.

Dalam perkara lain Lim berkata, semua 283 kontrak yang dianugerahkan bagi projek JKR di Pulau Pinang dalam tahun 2008 dan 2009 diberikan kepada bumiputra.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan Timbalan Menteri Kewangan Dato' Ahmad Husni Mohd Hanadzlah bahawa orang Melayu Pulau Pinang disisihkan.

Sunday, March 14, 2010

5 Janji Anwar yg tidak akan dapat dilaksanakan oleh mana-mana PM


1.Saya akan mendirikan Malaysia sebagai NEGARA MADANI yang menjamin keadilan untuk semua rakyat, menjunjung prinsip-prinsp perlembagaan, mengukuhkan institusi kehakiman dan mengangkat darjat kemulian insan, kebebasan dan haknya.

2. Saya akan melaksanakan AGENDA EKONOMI MALAYSIA agar ekonomi Makaysia muncul kembali menjadi setaraf dengan Singapura, Korea Selatan dan Taiwan; menjamin keadilan sosial supaya tidak ada kelompok atau kaum yang terpinggir dan mundur.

3. Saya akan menyusun semula pasukan polis untuk menjadikannya badan MENCEGAH JENAYAH yang berkesan bersama agensi penguatkuasaan lainnya supaya bebas dari pengaruh politik dan rasuah.

4. Saya akan MENGURANGKAN BEBAN HIDUP rakyat dengan menurunkan harga minyak; tol dan lain-lain tariff; membekal barang keperluan yang mencukupi dan memperjuangkan gaji minima sebanyak RM 1500.

5. Saya akan mencipta HARAPAN BARU UNTUK MASA DEPANMalaysia dengan menjamin pendidikan percuma dan menjadikan mutu sekolah, kolej dan universiti di Malaysia yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Thursday, March 11, 2010

Ramah Mesra Di Sungai Tiram bersama YB Malik



Semua dijemput hadir ke majlis Ramah Mesra bersama YB Malik pada:

Ahad 14 mac 2010

Jam : 5.30 petang

Tempat : Dewan JKKK Sungai Tiram

Tuesday, March 9, 2010

Program Gotong Royong Di Batu Maung



Tarikh: 14 Mac AHAD

Jam : 8.00 Pg

Tempat : Berkumpul Di Pekarangan Masjid Batu Maung

Semua Dijemput Hadir Beramai - Ramai

Monday, March 8, 2010

Pencabulan Hak Asasi Manusia Oleh BN

1. Pihak polis dipergunakan untuk menghalang majlis ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Semua taktik kotor ini mengingatkan kembali rakyat kepada era Reformasi 1998.

2. Rakyat berhak berhimpun secara aman. Mereka juga berhak untuk mendengar pemimpin mereka berucap dan memberi pandangan tentang hal Negara. Ini adalah hak yang asasi dan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Malaysia dan juga diiktiraf di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu.

3. Di Malaysia hari ini pihak Polis telah bertindak menidakkan hak tersebut dan menggunakan kekerasan untuk memecahkan perhimpunan aman ini. Permit untuk berhimpun secara aman tidak diberi dan kalau pun diberi dengan syarat yang tidak munasabah. Lagi pun permit ini ditarik balik tanpa alasan yang munasabah. Adalah jelas pihak polis telah bertindak di atas arahan dan kehendak politik kerajaan BN dan bukan berasakan faktor keselamatan Negara.

4. Oleh itu Pakatan rakyat akan membawa beberapa kes penyalahgunaan kuasa Polis ini kepada SUHAKAM untuk penelitian dan tindakan badan tersebut. Pakatan Rakyat juga akan menyediakan “Dosier” yang lengkap mengenai pencabulan kerajaan Malaysia terhadap hak asasi rakyat Malaysia, bertentangan dengan janji dan persetujuan mereka kapada Prinsip Hak Asasi di bawah piagam Bangsa Bangsa Bersatu untuk dibentangkan kepada International Human Rights Council dan juga kepada European Union Human Rights Council. Wakil-wakil Pakatan Rakyat akan ke ASEAN, New York dan Brussels tidak lama lagi untuk tujuan ini.

YB Salahuddin Ayub
Naib Presiden
PAS

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum
KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung
DAP

Sunday, March 7, 2010

Lawatan Kawasan dan Pengedaran Risalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kawasan DUN Batu Maung


Petugas keselamatan turut hadir memantau keadaan


Pasukan DAP Negeri Pulau Pinang

.
Pasukan Muslimah PAS KAwasan Bayan Baru turut sama


YB Haji Malik beramah mesra bersama penduduk


Penduduk mengajukan pertanyaan kepada YB Haji Malik ketika sessi lawatan dan sebaran risalah

Pada 6 hb Mar 2010, 8 Pasukan Petugas Pejabat ADUN Batu Maung bersama YB Hj Abd Malik Kassim telah mengadakan program penyebaran risalah maklumat kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program ini juga telah disertai oleh Pimpinan PAS Kawasan dan Wakil dari DAP Negeri Pulau Pinang. Antara kawasan yang telah dilawati ialah Pasar Awam Sungai Ara, Pasar Awam Bukit Gedung dan kawasan Pasar terbuka Taman Iping Batu Maung.

Umno jangan mimpi PR retak

BAYAN BARU, 7 Mac: Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya jangan mengimpikan keretakan akan berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) jika hanya segelintir daripada wakil rakyat yang ada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi wakil rakyat Bebas kebelakangan ini.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semasa berucap dalam Majlis Sambutan 2 Tahun Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah di Pulau Pinang yang diadakan di tapak pesta, Sungai Nibong semalam.

Menurut Mustafa lagi, Umno dan BN jangan cuba hendak melaga-lagakan kepimpinan PR dengan memperbesarkan isu Ketua Pembangkang di Parlimen.

"Suka saya tegaskan di sini bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang didokong oleh PAS, PKR dan DAP telah bersepakat dan bersetuju sebulat suara bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Ketua Pembangkang walaupun tidak menguasai kerusi sepenuhnya dalam Parlimen.

“Bukan Umno atau BN yang menentukan siapa yang akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Kami daripada Ahli Parlimen PR yang berhak menentukannya,” katanya.

Oleh kerana itu, katanya Umno dan BN jangan mengharapkan berlakunya perpecahan dalam PR semata-mata dengan isu sekecil itu.

Beliau mengingatkan pemimpin Umno dan BN supaya memperbetulkan masalah dalaman yang berlaku kepada komponen mereka seperti MCA dengan dua presidennya, PPP dengan masalah yang sama antara Kayveas dan Murugiah, Umno dengan masalah dalaman mereka, MIC yang sudah hilang keyakinan majoriti masyarakat keturunan India dan Gerakan yang sudah hilang keyakinan masyarakat kepada mereka.

"Isu keluar parti ini telah lama wujud sejak zaman Umno lagi. Begitu juga yang pernah berlaku semasa Datuk Asri Muda keluar dari PAS bersama 13 orang sahaja yang mengikut beliau tetapi PAS tetap bertahan sehingga sekarang.

“DAP juga pernah mengalami nasib yang sama suatu ketika dulu. Namun ia tetap bertahan sehingga sekarang. PKR yang sedang mengalami isu yang sama juga tetap akan kukuh apabila membersihkan apa yang mengeruhkan parti tersebut," katanya lagi.

Sementara itu, pelbagai kain rentang menghiasi jalan masuk ke tapak pesta yang merupakan salah satu kawasan yang diwakili oleh Datuk Seri Zahrain Hashim yang mendesaknya melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen dengan segera.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman dan kepimpinan PR seluruh negeri.

Friday, March 5, 2010

Sambutan Gilang-Gemilang PR 2 Tahun di Pulau Pinang


Menjelang dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang pada 8 Mac ini, berbagai program telah disusun atur bagi memeriahkan sambutan yang diadakan selama lima hari bermula 6 Mac.

Pengerusi Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Abdul Malek Kasim dalam kenyataan medianya berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diwajibkan berada di setiap program yang melibatkan penyertaan mereka seperti mengedarkan risalah penerangan di beberapa lokasi pasar malam, pasar hari, medan selera, pasar raya dan sebagainya.

Malam kemuncak sambutan turut melibatkan semua pemimpin keempat-empat negeri di bawah Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada 10 Mac bertempat di Tapak Ekspo Seberang Jaya bermula jam 9.00 malam.
Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Tan Sri Khalid Ibrahim
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik
Lim Guan Eng

Mereka ialah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Lim Guan Eng.

"Semua rakyat diminta hadir beramai-ramai untuk mendengar sendiri apa yang diperjuang dan menjadi dasar kerajaan yang ada di bawah Pakatan Rakyat, " tambahnya yang juga Pengerusi Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang.

Menurut beliau yang juga Adun Batu Maung, pada 6 Mac sebelah pagi, semua Adun Pakatan Rakyat akan ke pasar Bayan Baru, Sungai Ara, Taman Lip Sin dan Taman Ipin, Jalan Baru Batu Maung.

Sebelah malamnya pula siri ceramah penerangan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibung dengan menampilkan tiga setiausaha agung parti PR.

Pada 7 Mac, program edaran risalah diteruskan ke pasar Kepala Batas, pasar hari di Penaga, Tasek Gelugor dan Nibung Tebal.
Manakala Majlis Kenduri Rakyat juga diadakan di Bakau Tua pada pukul 12 tengah hari di mana para petugas dan Adun Pakatan Rakyat akan dipertemukan di sana.

Sebelah malam, dua ceramah serentak iaitu di Dewan Millenium yang diuruskan oleh Sekrateriat Wanita Pakatan Rakyat dan debat perdana antara Sekrateriat Pemuda Pakatan Rakyat dengan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim, Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Rizal Faris Mohideen dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zailan.

Pada 8 Mac pula, pukul 4.00 petang taklimat GST oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Kuliah Maghrib khusus menceritakan dasar dan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Masjid Kampung Melayu dan Pusat Pendidikan Padang Menora, Tasek Gelugor.

Malam tersebut juga diadakan dua ceramah serentak iaitu di Padang Menora dan Dewan Serbaguna Nibung Tebal.
Pada 9 Mac, edaran risalah diteruskan di Pasar Chowrasta.

Kuliah Maghrib di Masjid Terapung, Tanjung Bungah manakala ceramah diadakan di Kompleks Sukan, Balik Pulau dan Taman Ciku, Bukit Mertajam.

Pada 10 Mac, semua Adun akan menyedarkan risalah di Pasar Seberang Jaya dan Taman Cermai, Permatang Pauh.

Kuliah Maghrib diadakan di semua daerah di mana kemuncaknya cerama menteri besar dan ketua menteri dari negeri Pakatan Rakyat.

Datuk Kalakau sertai PKR, siapa lagi selepas ini?

KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol mengumumkan penyertaan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28 Februari lalu, iaitu 10 hari selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu, diumumkan beliau di depan ribuan rakyat pelbagai kaum, di Sabah dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat Dap, Lim Kit Siang.

Dalam ucapannya, mantan Ketua Pemuda Upko selama 12 tahun berturut-turut itu menjelaskan, bahawa tujuannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat adalah disebabkan pentadbiran negeri itu tidak terurus sejak Umno dan BN memerintah Sabah sejak 1994.

"Selain itu, wujud isu pencerobohan gereja yang gagal ditangani oleh pemerintah BN," tambah beliau.

Kalakau yang juga bekas Senator memberitahu, bahawa beliau akan bergerak lebih aktif lagi selepas ini, termasuklah mengadakan siri penjelajahan ke seluruh bahagian di Sabah bagi menjelaskan isu-isu penting termasuk hak royalti kempen 'Minyak untuk Sabah' dan isu kempen 'Fitnah 2' yang kini dilemparkan ke atas Anwar.

"Ini bukan lagi masa berbulan madu, ini masa untuk kita semua bangun melaksanakan agenda perjuangan PKR, rakyat ingin berubah dan selama ini Umno-BN tidak pernah berubah," katanya dalam majlis yang berlangsung di Tuaran Sabah pada malam 28 Februari lalu.

Bekas Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) turut merangka program khas pada April depan dengan mengundang Ahli Parlimen (MP) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerangkan isu berkaitan Petronas dan royalti minyak yang sepatutnya dinikmati negeri Sabah.

Turut serta di majlis itu, pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sabah termasuk Ketua Penerangan Pas, Hishamuddin Sulaiman dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Hj Ansari Abdullah dan Pengerusi DAP Sabah, Dr. Hiew King Cheu.

Berikut ialah sebahagian Pimpinan BN yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).

  1. Dr. Streram Sinnasamy yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  2. Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.
  3. Bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng
  4. Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.
  5. Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy. Tindakan itu seterusnya melumpuhkan PPP Negeri Sembilan (N9) kerana kekuatan PPP N9 terletak di Bahagian Teluk Kemang.
  6. Intelektual berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali Sebagai Kim Quek turut menyertai Parti Keadilan Rakyat.
  7. Tokoh Veteran Umno, Dara Ahmad sertai PKR, walaupun bersama Umno selama 55 tahun

Berikut pula ialah bekas pemimpin BN yang pernah menjawat jawatan menteri dan bertaraf pimpinan tertinggi yang berhijrah menyertai PKR setakat ini.

  1. Timbalan Ketua Wanita MCA merangkap Setiuasaha Parlimen dan Dr Tan Yee Kew
  2. Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi serta Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong
  3. Ahli Parlimen Kota Bahru dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim
  4. Menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng
  5. Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam.
  6. Datuk Kalakau Untol, Timbalan Menteri Persekutuan merangkap bekas Senator negeri Sabah sehingga 2005.


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT