...

Pages

Friday, May 29, 2009

UMNO Cipta Sejarah Di DUN Penanti

AHLI Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malek Abul Kasim mendakwa Pilihanraya Kecil DUN Penanti telah mencipta sejarah apabila buat pertama kali dalam sejarah kekuasaan BN/UMNO lebih 50 tahun di negara ini tetapi tidak berani untuk memasuki pilihanraya kecil.

 

Katanya, mereka boleh mencipta apa jua alasan yang penting kerajaan BN/UMNO di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib begitu takut dan gusar menghadapi kebangkitan rakyat khususnya para pengundi di DUN Penanti.



"Walaupun tanpa kehadiran BN/UMNO pilihanraya ini juga amat penting bukan saja kepada Pakatan Rakyat dan rakyat kawasan Penanti malah pilihanraya ini amat penting kepada lanskap politik negara bagi kita terus mengekalkan momentum kemenangan calon Pakatan Rakyat di semua pilihanraya kecil sehingga pilihanraya umum yang akan datang."

 

"Pilihanraya DUN Penanti penting bagi membutikan kepada kerajaan BN/UMNO yang rakyat menolak cara politik yang dimainkan oleh BN/UMNO seperti apa yang berlaku di Perak. Pilihanraya ini juga membeikan isyarat kepada BN/UMNO yang rakyat negara ini benar-benar inginkan perubahan." katanya dalam siri ceramah pilihanraya Kecil DUN Penanti di Homestay Mengkuang Titi semalam.

 

Turut hadir dalam ceramah tersebut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang P.Ramasamy, Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution Ismail, Ustaz Idris Hj.Ahmad dan calon DUN Penanti Dr. Mansor Othman.

 

Abdul Malek Abul Kasim yang juga ADUN Batu Maung mendakwa bahawa kini kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang baik  dengan mengadakan pelbagai program untuk kebaikan rakyat.

 

"Misalnya kita di Pulau Pinang kerajaan negeri telah memberikan rebet air kepada rakyat yang berpendapatan rendah, kita juga telah membasmi 700 lebih kemiskinan tegar di negeri ini dan kini kita sedang mengumpul data untuk memberikan bantuan kepada warga emas."

 

"Tindakan inilah yang sebenarnya mengusarkan BN/UMNO." katanya dihadapan kira-kira 1000 orang

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT