...

Pages

Friday, May 1, 2009

Perutusan Hari Pekerja-malaysiakini

Golongan pekerja merupakan nadi utama yang membina negara Malaysia ini. Mereka bertungkus lumus mencari rezeki dan pada masa yang sama usaha mereka itulah yang menggerakkan negara ini. Setiap cerita kejayaan negara ini yang kita saksi dengan penuh rasa bangga, maka kenanglah setiap titik keringat yang tumpah dari batang tubuh para pekerja yang berkorban untuk hasrat tersebut.

Bila datangnya 1hb Mei setiap tahun, kita mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pekerja. Namun tahun ini kita resah mengenangkan muramnya kedudukan ekonomi negara dan betapa ianya memberi kesan buruk kepada semua pekerja. Kegawatan ekonomi yang melanda serta pengurusan ekonomi negara yang tidak berwibawa hanya menimbulkan keresahan terhadap kedudukan para pekerja. Ekonomi negara yang sama-sama dibangunkan, manifestasi dari harapan untuk mencipta masa depan yang lebih baik, hari ini tidak lagi bermanfaat buat mereka. Kadar pengangguran dijangka mencecah 4.5% tahun ini, bermakna hampir 500 000 individu akan kehilangan pekerjaan.

Oleh itu kita tidak boleh berlengah lagi. Perubahan serta langkah pemulihan yang diwar warkan hanya bersifat runcitan demi mencuri masa yang kian suntuk buat kerajaan bn pimpinan umno. Sudah tiba masanya rakyat Malaysia memilih Perubahan yang sebenarnya, yang tuntas memperjuangkan hak setiap dari warganya termasuklah hak golongan pekerja. Para pekerja, ayoh bersatulah demi mencipta Perubahan!

ANWAR IBRAHIM

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT