...

Pages

Saturday, May 30, 2009

Kemiskinan Tegar di PP banyak di Kawasan UMNO-malaysiakini


Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 2, Prof. Dr. Ramasamy berkata dalam masa setahun Pakatan Rakyat memerintah negeri ini, kerajaan telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan tegar di negeri ini berjumlah 720 keluarga.


Menurutnya, Sebahagian besar keluarga yang berada dalam diketogorikan  ini terdiri daripada orang-orang  melayu dan majority mereka  berada dalam kawasan UMNO.

 

“Persoalannya, apa yang para pemimpin Bn/UMNO buat lebih 50 tahun berkuasa? Dan Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat tidak memilih warna kulit untuk menghulurkan bantuan asalkan orang itu layak kita tidak kira samada Melayu, China atau India.”

 

Beliau yang juga ADUN Prai dan Ahli Parlimen Batu Kawan seterusnya memberitahu kerajaan  negeri kini sedang mengumpulkan data warga emas di seluruh negeri ini dan pihak kerajaan akan menimbangkan untuk memberikan bantuan kepada semua warga emas yang berdaftar.

 

“Usaha kerajaan negeri ini sebagai pengiktirafan dan penhormatan kepada warga emas yang telah memberikan pelbagai sumbangan dan pengorbanan mereka kepada keluarga masyarakat, negeri malah negara ini perlu dihargai.

 

“Program dan tindakan kerajaan negeri yang berada di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat kini sedang berjalan dengan lancar dan rakyat kini sudah mula merasakan nikmatnya. Keadaan ini membuatkan kepimpinan BN betul-betul merasa gusar.” Katanya dalam Siri Ceramah Pilihanraya Kecil DUN Penanti di Homestay mengkuang Titi yang dihairi lebih 1000 orang semalam.

 

Turut hadir dalam ceramah tersebut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Ahli Exco Kerajaan Negeri  Pulau Pinang Abdul Malek Abul Kasim, Pengarah Pilihanraya PKR Saifudin Nasution Ismail, Ustaz Idris Hj.Ahmad dan calon DUN Penanti Dr. Mansor Othman.

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT