...

Pages

Sunday, May 3, 2009

Mahu bertanding sikap biasa dalam demokrasi-malaysiakini


 Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim menyifatkan cadangan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin untuk meletakkan calon PAS bagi kerusi Dun Penanti adalah satu sikap biasa dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

Beliau juga berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi sudah pasti keinginan mana-mana pihak untuk bertanding tidak boleh dihalang.

"Namun begitu kesepakatan telah pun dicapai di peringkat pusat antara kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) yang menggabungkan PKR, PAS dan DAP bagi menentukan calon yang layak untuk bertanding atas tiket PR," katanya kepada Siasah.

Abdul Malik yang juga Adun Batu Maung berkata, dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau baru-baru ini sudah ada 13 calon bebas bertanding dan menempa satu sejarah dalam pilihan raya negara.
"Kita tidak menghalang mana-mana pihak untuk bertanding. Itu hak mereka untuk berbuat demikian. Namun begitu sekiranya ada pertandingan di kalangan PR ini menunjukkan ada kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku.

"Ini tidak boleh diteruskan kerana ia dapat menjejaskan kesepaduan dan kesepakatan yang telah lama terjalin sehingga membolehkan PR membentuk kerajaan negeri dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu," katanya.

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT