...

Pages

Friday, September 18, 2009

KEADILAN SOKONG KENYATAAN BERSAMA NGO - TOLAK KEGANASAN POLITIK & RAIKAN PERBEZAAN MALAYSIA


Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh kenyataan dibuat gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang dikeluarkan sempena Hari Malaysia, dan kami sependapat dengan gesaan menjadikan nilai keamanan kukuh sebagai asas hidup masyarakat di negara ini agar semua kita dapat menikmati harga kebebasan sebenar.

Negara kita kini berada di persimpangan. Rakyat sekarang boleh memilih untuk mendapatkan keamanan melalui persefahaman atau keamanan melalui kekerasan. Warga Malaysia kini boleh memilih kebebasan sebenar yang membolehkan negara ini berkembang atau memilih kebebasan palsu pemberian rejim politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Sejak 8 Mac pada tahun lalu, kita telah menyaksikan satu bentuk gerakan penentangan bersifat luahan politik dan aktivisme, yang jelas memberikan petanda baik kepada pembangunan demokrasi kita. Namun malangnya, kita juga menyaksikan beberapa cubaan terdesak dan ganas yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengganggu sesuatu isu, tidak perlu diperjelaskan lagi bagaimana isu perkauman dimainkan oleh pelbagai pihak demi mencapai matlamat politik.

KEADILAN teguh dengan komitmen untuk menyuburkan hak kebebasan bersuara. Bagaimanapun, kami menolak sebarang cubaan untuk mencabuli kebebasan ini demi menyalakan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat. Sebagai sebuah negara bertamadun, kita sepatutnya menerima dengan baik prinsip keamanan tanpa keganasan, sama ada secara fizikal atau politik, dan mengamalkan prinsip tanggungjawab dalam kebebasan yang dimiliki.

Kita juga harus beringat, daripada menjadikan perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai sebab untuk mencetuskan pertelagahan, lebih baik kita melakukan sesuatu untuk memahami dan menghormati perbezaan itu. Kita juga seharusnya perlu meraikan dan menggunakan perbezaan yang wujud dalam kalangan rakyat bagi memenuhi hasrat serta potensi negara untuk menjadi sebuah negara hebat.


JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi

1 comment:

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT