...

Pages

Tuesday, June 29, 2010

Jemputan Ke Program Taqwa



Program TAQWA (2 - 3 Julai 2010) Jumaat & Sabtu

Pelbagai program seperti Forum Perdana, Qiamulai , Kuliah Subuh & Jamuan Rakyat akan diadakan di Masjid Taman Guar Perahu, Penanti, Bukit Mertajam.

Program akan bermula selepas Isyak hingga Solat Subuh.

Semua Muslimin & Muslimat di dijemput hadir.




Monday, June 28, 2010

Sumbangan t-shirt kepada Persatuan Belia Taman Seri Indah






Pada 25 hb Jun 2010 bertempat di Gelangang Futsal Batu Maung, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Malik Kassim ADUN Batu Maung telah menyampaikan sumbangan sebanyak 100 helai baju t-shirt kepada Persatuan Belia Taman Seri Indah Batu Maung. Program itu telah diatur selaras dengan program futsal Pakatan Rakyat sempena Bolasepak Piala Dunia. Wakil dari Persatuan Belia Taman Seri Indah Sdr Zulkifli telah menerima baju t-shirt tersebut bagi pihak Persatuan.

ziarah kematian di Permatang Damar Laut













Pada 24 hb Jun 2010 jam 8.00pm, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Malik kassim ADUN Batu Maung telah menziarahi kematian seorang penduduk berbangsa tionghua. Beliau telah diiringi oleh Sdr Tan Ewe Keat AJK Cabang Keadilan Bayan Baru. Beliau baru sampai dari program di Kuala Lumpur dan terus bergegas ke rumah mendiang setelah mengetahui ada kematian di Permatang Damar Laut.

Sunday, June 27, 2010

Program Penyerahan Sumbangan Pukat di Unit Nelayan Permatang Damar Laut


Penerima sedang menerima sumbangan pukat


Tidak mengira fahaman politik, penyokong tegar UMNO pun diberi sumbangan



Penyokong tegar UMNO



Penghulu Kawasan En Zailani, pengerusi JKKK Batu Maung dan Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut turut sama dalam program tersebut.

Pada 24 hb Jun 2010 Jumaat bertempat di balai nelayan Unit Nelayan Permatang Damar Laut, Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Malik Kassim ADUN Batu Maung telah menyerahkan sumbangan Pukat kepada 70 orang nelayan di kawasan Unit Nelayan Permatang Damar Laut. Program tersebut telah dihadiri sama oleh Penghulu Kawasan En Zailani, Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut Tn Hj Saaroni Hassan , Pengerusi JKKK Batu Maung Tn Hj Yusoff Osmandan Pembantu Khas ADUN Batu Maung, Sdr Azrizal Tahir. Program bermula pada jam 6pm berakhir pada jam 6.40pm.

Nelayan yang hadir dan menerima sumbangan tersebut melahirkan rasa gembira diatas ingatan dan rasa perihatin ADUN Batu Maung terhadap nelayan di kawasan tersebut.

Pusat Khidmat ADUN Batu Maung Dan Pusat Khidmat ADUN Pantai Jerejak berkejasama menganjurkan Pertandingan FUTSAL sempena World Cup 2010

Yb Sim bersama Sdr Amir ( Ketua AMK Pulau Pinang ), Sdr Zulkifli Ibrahim ( EXCO AMK Malaysia ) dan Chegu Bard ( Ahli MPP Keadilan Malaysia )
Ketua Pasukan yang bertanding sedang mendaftar dengan pihak urusetia
TKM 1 YB Dr Mansor bersama kepimpinan Keadilan Cabang Bayan Baru
Chegu Bard Turut hadir memberi sukongan kepada anak muda
Yb Sim mengucapkan selamat bermain kepada pemain yang bertanding
Yb Malik sedang berucap
Dr Mansor sedang berucap dan merasmikan pertandingan futsal
Dr Mansor menendang bola menandakan perasmian Pertandingan Futsal
Yb Dr Mansor bersama Yb Sim dan Yb Malik memegang bola futsal menandakan perlawanan dimulakan
Pasukan yang memulakan perlawanan
Pemain dan penyokong sedang menyaksikan perlawanan
TKM 1 YB Dr Mansor Bersama Kepimpinan PKR semasa Perasmian Pertandingan Futsal
Timbalan Ketua AMK Malaysia Sdr Faris turut hadi memberi sokongan
Sdr Badrul Hisham @ Chegu Bard turut hadir memberi hadiah kepada pemenang cabutan bertuah




Antara pemenang cabutan bertuah
Urusetia Pertandingan terdiri dari anak-anak muda
NGO dari Suaram ( Suara Rakyat Malaysia ) terut menghantar pasukan
Pasukan Penghulu FC jersi merah dan Pasukan Sri MZ jersi putih bergambar sebelum perlawanan akhir

Antara aksi-aksi menarik perlawanan akhir
Sdr Azrizal Tahir Ketua AMK Bayan Baru telah menyampaikan hadiah kepada pasukan Penghulu FC Juara Pertandingan Futsal sempena World Cup 2010
Sdr Amizudin Ahmad @ Din Binjai Exco AMK Malaysia telah menyampaikan hadiah kepada Naib Juara dari Pasukan Sri MZ FC
Pasukan JNE FC jersi berwarna oren dan pasukan T.P.T FC jersi biru bergambar sebelum perlawanan tempat ke 3 dan ke 4

Aksi menarik perlawanan tempat ke 3 dan ke 4
Naib Ketua PKR Cabang Bayan Baru Sdr Segaran telah menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat ke3
Tn Hj Rashid ( Ketua penerangan PKR Cabang Bayan Baru ) menyampaikan hadiah tempat ke4

Pasukan Penghulu FC telah menewaskan pasukan Sri MZ dengan jaringan 1-0 untuk menjuarai Pertandingan Futsal Sempena World Cup 2010 yang telah dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat Bayan Baru dengan kerjasama Pusat Khidmat Adun Pantai Jerejak ( YB Sim Tze Tzin ) dan Pusat Khidmat Adun Batu Maung ( YB Hj Abdul Malik Kassim ) yang telah berlangsung selama 2 hari di Arena BB Futsal Batu Maung.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM4200 dan juga trofi Piala Dunia telah disertai sebanyak 32 pasukan dari sekitar Bayan Baru dan terdapat juga beberapa pasukan dari luar Pulau Pinang.

Ketua AMK Bayan Baru Sdr Azrizal berkata objektif program ini adalah untuk menarik minat anak-anak muda untuk bersukan daripada membuang masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Di sini dapat kita lihat yang anak-anak muda telah mula mendekati PKR Serta Pakatan Rakyat

Selepas melihat sambutan yang baik dari golongan anak-anak muda pihak penganjur juga bercadang untuk menganjurkan pertandingan paintball dan bola jaring di masa hadapan.

Thursday, June 24, 2010

Dana Awam Jadi Mangsa Bayar Pampasan Kepada PLUS


KUALA LUMPUR 24 Jun - Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mempersoalkan samada dana awam akan digunakan untuk membayar pampasan kepada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pengurangan kadar tol di laluan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia ke Singapura Rabu Selasa lalu.

Menurut beliau pengurangan kadar tol itu adalah disebabkan pengunaannya tidak mencapai tahap yang diperlukan dan terikat kepada perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

"Saya ingin bertanya sama ada kerajaan terpaksa membayar pampasan yang tinggi kepada PLUS disebabkan pengiraan kadar tol tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian yang dimeterai antara dua kerajaan.

"Adakah kerajaan Umno-Barisan Nasional memaksa pihak konsesi supaya menurunkan harga tol dan akibatnya kerajaan perlu membayar pampasan menggunakan wang rakyat," kata beliau pada sidang media di parlimen semalam.

Menurut Tony, soalan berhubung pampasan kepada PLUS berhubung konsesi Link Kedua akan dikemukakan kepada Dewan Rakyat.

Semalam, media melaporkan Malaysia dan Singapura bersetuju mengurangkan kadar tol bagi pengguna Link Kedua sebanyak 30 peratus berkuatkuasa 1 Ogos ini.

Persetujuan itu dicapai dalam perjumpaan antara Najib dan rakan sejawatan beliau dari Singapura Lee Hsien Loong di sini Selasa lepas.

Link Kedua merujuk kepada laluan jambatan yang menghubungkan Singapura dan Malaysia sepanjang 47km dari Tanjong Kupang ke Senai di Johor, dan sebuah jambatan dua tingkat yang merupakan lebuh raya dua hala tiga lorong yang menghubungkan Tanjung Kupang di Johor dan Tuas di republik itu.

Wednesday, June 23, 2010

Lim pertikai kenaikkan tol Jambatan P.Pinang

Lim Guan Eng hari ini mempertikaikan keputusan kerajaan persekutuan untuk menaikkan kadar tol di jambatan Pulau Pinang tetapi pada masa yang sama menurunkan kadar tol di jambatan Link Kedua yang menghubungkan Johor dengan Singapura.


Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata tindakan berkenaan tidak adil kerana diskaun diberikan di jambatan yang digunakan oleh rakyat Malaysia dan Singapura sedangkan kadar tol di jambatan yang digunakan oleh sebahagian besar rakyat negara ini dinaikkan pula.

"Kenapa dalam kes Johor, laluan yang menghubungkan dua negara, kadar tol diturunkan. Di Pulau Pinang, jambatannya menghubungkan tanah besar dengan pulau. Kedua-duanya di negara yang sama - 1 Malaysia - tetapi tol dinaikkan.

"Di Johor, pengurangan tol membawa manfaat kepada rakyat Singapura dan juga Malaysia. Di Pulau Pinang, jika tol dikurangkan, ia memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” kata Lim yang juga ahli parlimen Bagan di lobi parlimen hari ini.

Katanya, kerajaan persekutuan perlu menepati janjinya bahawa melalui konsep 1Malaysia, kerajaan mesti berlaku adil secara menyeluruh kepada semua rakyat.

Kad
ar tol di Link Kedua itu akan dikurangkan berkuatkuasa 1 Ogos ini.

"Kami berharap kerajaan berlaku adil dan akan mempertimbangkan pengurangan kadar tol agar rakyat Pulau Pinang juga dapat menikmati faedah dan kemudahan seperti yang diberikan kepada rakyat Johor,” katanya.

Beliau juga berkata adalah sesuatu yang pelik apabila kerajaan sanggup mengurangkan kadar tol di Link Kedua sedangkan jambatan berkenaan tidak menguntungkan.

Sedangkan, katanya, kos membina jambatan Pulau Pinang sudah dikutip balik, jadi sepatutnya tol perlu dikurangkan dan bukannya dinaikkan.

Kenyataan Akhbar Parti Keadilan Rakyat berkenaan isu Jambatan Pulau Pinang ke-dua




Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.

Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

  • Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.
  • UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)
  • UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.
  • Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.
  • Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
  • Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.
  • Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)
  • Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go

Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch & Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat.

Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.

Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.

Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.

Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut!

Jika gagal berbuat demikian, Parti Keadilan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk membantah kenaikan tol. Kita akan memobilisasikan rakyat Pulau Pinang untuk menghantar mesej yang jelas bahawa Rakyat Pulau Pinang inginkan Cekap, Akauntabiliti dan Telus dalam isu Jambatan Pulau Pinang.

YB Sim Tze Tzin

Ketua Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang

ADUN Pantai Jerejak

YB Yusmadi

Ahli Parlimen Balik Pulau

YB Sivarasa

Ahli Parlimen Subang

Tuesday, June 22, 2010

Thursday, June 10, 2010

Dapat surat ugutan selepas Tazkirah DSAI di Bayan Baru

Pada 6 Jun 2010 Ahad lalu, Anwar dalam rangka kerja lawatan ke P.Pinang, Anwar telah merasmikan surau di tingkat 4 KOMTAR pada sebelah pagi dan bertemu dengan warga kerja kakitangan Kerajaan Negeri P.Pinang di KOMTAR.

Selepas Maghrib, Anwar dijemput untuk memberi tazkirah di Masjid Bayan Baru.

Bila sebut Bayan Baru, semua orang tahu bahawa itu adalah kawasan PEJUANG AGAMA DAN MELAYU TULEN ZAHRAIN AL-KATAK ONN KELAPARAN.


Exco Agama YB Hj Malik Kassim turut bersama mendengar tazkirah Anwar di Masjid Bayan Baru tetapi Zahrain tidak kelihatan, mungkin ke GAZA agaknya. Sekiranya Zahrain datang sudah tentu rakyat nampak sebab badannya terlalu kecil dan bila sendawa berbunyi ong..ong..ongkoooss...

Hj Malik yang membawa Anwar Ibrahim ke Masjid Bayan Baru. Surat Hj Malik disampaikan oleh Hj Rashid Hasnon kepada pengerusi Masjid Bayan Baru.

Rakan-rakan bukan Islam juga turut hadir mendengar tazkirah Anwar di Masjid Bayan Baru.

Gambar dalam bulatan kuning adalah Hj Mohd Rashid bin Hasnon.Beliau adalah mantan Pengerusi Jamaah Islah Malaysia (JIM) P.Pinang, Ahli Jawatankuasa JIM Pusat dan juga Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Agama Islah di Teluk Kumbar.

Laman blognya di
sini.

Sehari selepas Anwar datang ke Masjid Bayan Baru, Hj Rashid Hasnon menerima surat ugutan di rumahnya.

Antara kandungan surat itu berbunyi
"TAHNIAH TUAN HJ RASHID BAKAL MP BAYAN BARU, SEMALAM TUAN BAWA ANWAR IBRAHIM MASUK MASJID KAMI. PUAS KE? KALAU TAHI MASUK RUMAH JANGAN MARAH YE? JAGA JUBUQ! KAMU KURANG AJAR/KAMU PERLU DIAJAR. TUNGGU!! MASANYA....."

Agak-agak siapa punya angkara ini? Zahrain? Perkida? Perkasa? Pemuda UMNO?

Dari dulu lagi sejak tahun 1999, sharpshooter pernah jumpa hampir 10 kali memujuk Hj Rashid untuk bertanding dalam pilihanraya, tetapi beliau menolak dengan baik. Mungkin PRU 13 Hj Rashid akan bertanding di Parlimen Bayan Baru. Beliau kini adalah Ketua Penerangan Keadilan Bayan Baru.

Sehubungan dengan itu, esok selepas Jumaat jam 2.30, Hj Rashid bersama AMK Bayan Baru dan penyokong Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis di balai polis Jalan Tengah.

Semua wartawan, blogger, dan penyokong-penyokong dijemput hadir...

ehsan dari sharpshooter

Monday, June 7, 2010

K'jaan Pulau Pinang Tegas Dengan Pendirian, Tiada Judi Sukan

Kerajaan Pulau Pinang tetap tidak akan membenarkan pertaruhan judi sukan di negeri itu, kata Ketua Menterinya, Lim Guang Eng dan pihaknya telah menghantar surat kepada Ascort Sdn. Bhd. mengenai keputusan kerajaan negeri tersebut.

Bagaimanapun kerajaan negeri terbuka untuk berbincang jika menerima surat rayuan daripada syarikat terbabit, namun katanya kepada pemberita di sini.beliau tidak menerima sebarang surat rayuan daripada syarikat itu, katanya.Guan Eng mengulas laporan ahli perniagaan Vincent Tan berkata Berjaya Corporation Bhd. akan merayu kepada kerajaan negeri pakatan Rakyat agar mempertimbangkan semula keputusan melarang pertaruhan acara sukan di negeri-negeri berkenaan.

Lesen itu diberi kepada Ascort yang dikawal oleh Vincent Tan menerusi pemilikan 70 peratus saham, pada awal tahun ini. Bagaimanapun, Vincent Tan akan menjual sahamnya itu kepada Berjaya Corp. Bhd.


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT