...

Pages

Friday, August 21, 2015

Majlis Bacaan Yasin & Penyampaian Cenderahati kepada Jemaah Haji



Majlis Bacaan Yasin & Penyampaian Cenderahati kepada Jemaah Haji KADUN Batu Maung yang bakal menunaikan ibadah haji pada tahun ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Abdul Malik Kasssim selaku ADUN Batu Maung.

Majlis yang bertempat di Masjid Permatang Damar Laut bermula selepas solat Asar dengan bacaan Yasin bagi mendoakan bakal-bakal jemaah agar selamat pergi dan pulang serta selamat menyempurnakan ibadah haji mereka. YB Dato Abdul Malik Kassim kemudiannya menyampaikan ucapan nasihat kepada bakal jemaah terutamanya berkaitan penjagaan kesihatan semasa di Tanah Suci nanti.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan berupa kain ihram bagi jemaah lelaki, manakala telekung kepada jemaah perempuan. YB Dato' Abdul Malik Kassim turut memberi duit sumbangan bagi meringankan bebanan jemaah-jemaah haji bagi ADUN Batu Maung N37.

Selamat menunaikan ibadah haji.

"Semoga Mendapat Haji Yang Mabrur"

Thursday, August 20, 2015

Pemberitahuan: Pembukaan Semula Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu


Berikutan kesesakan yang berlaku selepas keputusan penutupan sementara Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu, Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Tuan Lim Guan Eng mengarahkan pembukaan semula lebuh raya tersebut serta merta iaitu pada 18 Ogos 2015.

Berikut adalah kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Menteri di akaun Twitter beliau serta video semasa berlangsungnya sidang media beliau mengenai isu ini.

Twitter

Kenyataan media Ketua Menteri.


UEM mohon maaf.

Thursday, August 6, 2015

Bengkel "Final Countdown UPSR 2015"




Pada hari Sabtu yang lalu, 16 Ogos 2015, satu bengkel ‘Final Countdown UPSR 2015’ telah berjaya dijalankan dengan kehadiran hampir 100 orang pelajar dari sekolah-sekolah disekitar DUN Batu Maung, Pulau Pinang. Pelajar yang hadir telah diberi beg yang berisi fail kertas, A4 dan alatan menulis. Bengkel ini telah berlangsung dari jam 8 pagi hingga 5 petang dan dimulai dengan perasmian oleh ADUN Batu Maung, YB Datuk Abdul Malik Kassim. Beliau telah memberi kata-kata perangsang  dan nasihat berguna kepada semua pelajar yang terlibat.

Sesi bengkel ini telah dimulai dengan ceramah motivasi selama 1 jam, kemudian diikuti dengan bengkel teknik dan panduan menjawab soalan UPSR oleh moderator-moderator yang berkaliber. Pelajar telah mengikuti 4 sesi bengkel yang merangkumi subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia di mana setiap sesi berlangsung selama 1 jam 30 minit.

Penutup bengkel telah diserikan dengan penyerahan sijil penyertaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Semoga perlaksanaan bengkel seperti ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam pecutan terakhir mereka sebelum menjelang peperiksaan UPSR yang sebenar.
Selamat menghadapi UPSR dan selamat maju jaya!



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT