...

Pages

Thursday, June 30, 2011

Isu tanah wakaf Masjid Tengah telah di fitnah

Saya menafikan sekeras-sekerasnya fitnah yang dilemparkan pihak tertentu, kononnya kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengambil tanah wakaf Masjid Tengah, Jalan Burma dan menjualnya kepada pihak ketiga.

Tanah Masjid Tengah di Lot 205, Sek. 15 Georgetown, Daerah Timur Laut telah didaftarkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang ( MAINPP) pada 5 Januari 1993. Sehingga kini, tanah wakaf tersebut tetap milik MAINPP.Justeru, pihak tertentu diingatkan agar tidak menjadikan fitnah dan tohmahan sebagai makanan rohani. Kelak mereka akan dipertanggungjawab di depan Allah yang Maha Esa.

Berhubung penutupan jalan belakang ke Masjid Tengah, yang dibantah oleh penduduk baru-baru ini, MAINPP melalui Bahagian Wakaf telah mengadakan siasatan dan lawatan tapak pada 27 Jun 2011.

Siasatan mendapati, sememangnya terdapat kerja-kerja pembinaan struktur separuh konkrit dan berbumbung di atas Lot 206, Sek. 15 Georgetown, Daerah Timur Laut yang dimiliki oleh orang perseorangan (bersebelahan tanah MAINPP).

Malah, pemilik tanah juga didapati menutup laluan belakang ke masjid dengan binaan zink. Tindakan ini telah menyusahkan masyarakat Islam yang menggunakan laluan ke masjid sejak sekian lama. Saya difahamkan, penduduk telah merobohkan halangan binaan zink tersebut.

Saya mahupun Exco Kerajaan Tempatan, MPPP, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( JHEAIPP) dan MAINPP tidak pernah menerima sebarang aduan berkaitan masalah ini, dan menafikan sekeras-sekerasnya tuduhan kononnya saya telah mengabaikan aduan daripada penduduk selama ini. Saya hanya mengetahui masalah tersebut melalui media pada hari Ahad 26 Jun 2011.

Pihak-pihak berkenaan juga telah menuduh MPPP, mungkin terbabit dalam rasuah kerana meluluskan pembinaan bangunan yang sedang dijalankan.

Hakikatnya, premis yang masih dalam pembinaan tersebut dibina tanpa kebenaran MPPP.

Ekoran itu, pada 11 Mei 2011, MPPP telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 72(1) Akta Parit dan Bangunan (AJPB) 1974, supaya menghenti dan merobohkan binaan tersebut.

Bahkan, pada 24 Jun 2011, notis-notis AJPB telah disempurnakan dan tindakan penguatkuasaan akan dijalankan terhadap pihak yang berkenaan.

Sebagai Exco Kerajaan Tempatan dan Lalulintas YB Chow Kon Yeow, yang bertanggungjawab ke atas MPPP, telah melahirkan kekesalannya berhubung tuduhan itu dalam kenyataan medianya pada 28 Jun 2011.

Sebagai kerajaan berjiwa rakyat dan adil untuk semua, kerajaan negeri sentiasa membuka pintu rundingan kepada mana-mana pihak.

Saya difahamkan pada 27 Jun 2011, YB Chow Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota telah mengadakan lawatan dan pertemuan dengan pentadbiran Masjid Tengah dan pihak-pihak terbabit untuk menyelesaikan isu berkenaan.

Demi rakyat, saya yakin masalah yang timbul boleh diselesaikan secara fakta dan berhemah, tanpa perlu melontarkan fitnah kepada mana-mana pihak yang kini sedang menular di kalangan masyarakat dan didokong oleh media tertentu - YB Hj Malik Kassim Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang.

Tuesday, June 14, 2011

Sunday, April 24, 2011

Pemberian Sumbangan Penghargaan Warga Emas KADUN Batu Maung



















Bertempat di Maybank cawangan I-Veneu Bukit Jambul hampir 2000 warga emas dari sekitar DUN Batu Maung dan Bayan Lepas telah datang untuk menerima sumbangan RM100 dari kerajaan negeri.

YB Hj Malik Kasim Adun Batu Maung dan Cikgu Hasnah mantan calon PAS Bayan Lepas turut meluangkan masa hadir dan bermesra dengan Warga Emas.

Rata-rata warga emas yang hadir bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak melupakan mereka dan memberi penghargaan.

Ini adalah tahun ke 2 kerajaan negeri telah memberi sumbangan kepada warga emas dan akan terus memberi jika Pakatan Rakyat masih memerintah Pulau Pinang.

Selain pemberian sumbangan RM100 kepada warga emas yang berdaftar, kerajaan negeri juga telah melaksanakan Khariat Kematian sebanyak RM1000 kepada warga emas yang berdaftar.

Friday, April 22, 2011

Majlis Penghargaan Warga Emas KADUN Batu Maung

Kotakan janji! Sekali lagi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bakal membuat bayaran RM100 kepada setiap warga emas berusia 60 tahun dan ke atas yang berdaftar melalui Program Penghargaan Warga Emas (PPWE) bermula 23 April ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, pembayaran bagi tahun 2011 akan bermula pada 23 April hingga 20 Mei 2011 (secara berperingkat-peringkat) di cawangan-cawangan Maybank terpilih seluruh negeri Pulau Pinang.


"Sehingga kini, seramai 114,668 warga emas telah mendaftarkan diri di bawah program ini.


Ini bermakna, pendaftaran kini telah mencapai 86 peratus daripada jumlah keseluruhan warga emas di seluruh negeri ini,'' katanya pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Cek Bantuan Kepada Sekolah-sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang di sini kelmarin.

G

uan Eng memberitahu, selain wang RM100, Kerajaan Negeri di bawah PPWE turut menyalurkan wang Khairat kematian bernilai RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia.

"

Sejak program ini dilancarkan, sebanyak RM13.6 juta telah dibayar kepada warga emas dan waris yang berdaftar di bawah PPWE,'' jelas beliau.

Dalam pada itu, Guan Eng menegaskan bahawa sumber pembayaran PPWE adalah dibiayai sepenuhnya daripada lebihan belanjawan Kerajaan Negeri.

"

Walaupun sebelum ini ada pihak yang cemburu dan cuba untuk sebotaj pelaksanaan program PPWE dengan mendakwa wang yang disumbangkan adalah dari sumber haram, namun, Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif ini demi kebaikan rakyat.

"Lagipun, sehingga kini, Kerajaan Negeri tidak menerima sebarang pembatalan pendaftar yang telah memperoleh wang ini sebelum ini. Malah, UMNO juga tidak dapat menghantar atau menyerahkan satu nama pun berhubung dakwaan mereka sebelum ini yang menyatakan bahawa terdapat segolongan warga emas ingin mengembalikan wang RM100,'' ujar beliau.

S

ebagai peringatan bersama bahasa pembayaran RM100 Program Penghargaan Warga Emas bagi tahun 2011 akan bermula pada esok (23 April 2011) hingga 20 Mei 2011. Bagi Warga Emag dari KADUN BATU MAUNG Pembayaran akan dijalankan di Maybank cawanganI-VENUE Bukit Jambul ,Pulau Pinang. Sila bawa MY Kad dan surat asal bagi kelancaran proses pembayaran. Terima kasih.





KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT