...

Pages

Monday, May 27, 2013

KEMPEN 1 JUTA LAPORAN POLIS DAKWAT TIDAK KEKAL

Dakwat kekal yang tidak kekal bakal menjadi petanda bahawa PRU13 yang dikendalikan oleh SPR adalah tidak telus dan dipenuhi penipuan. Tuntutan untuk menggunakan dakwat kekal adalah untuk mengelakkan pengundi hantu atau pengundi mengundi lebih dari sekali akibat kecurigaan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih. Pelbagai bukti-bukti telah dikeluarkan dari semasa ke semasa yang menunjukkan bahawa daftar pemilih adalah tidak bersih dan memungkinkan pengundian dua kali. Hakikat bahawa SPR tidak dapat menunaikan janjinya bahawa dakwat tersebut akan kekal sekurang-kurangnya 5 hari dari tempoh pengundian melunturkan keyakinan rakyat bahawa SPR di bawah pimpinan sedia ada berwibawa untuk mengendalikan pilihanraya yang bersih dan adil. Alasan-alasan tidak masuk akal yang diberikan kepimpinan SPR (botol dakwat perlu digoncang terlebih dahulu) membayangkan bahawa kepimpinan SPR sedia ada tidak pun mampu menangani isu semudah dakwat kekal, apatah lagi memenuhi tuntutan reformasi pilihanraya yang disuarakan rakyat dan BERSIH. Oleh itu, kegagalan pelaksanaan dakwat kekal adalah satu simbolisme kegagalan SPR yang perlu ada pertanggungjawaban. #siasatpru13 menggesa rakyat Malaysia untuk turut serta di dalam Kempen Laporan Polis Seluruh Negara membantah dakwat kekal yang tidak kekal dengan melakukan perkara berikut: 1. Setiap rakyat Malaysia membuat laporan polis mengenai dakwat kekal bermula hari ini mengikut teks laporan berikut: “Saya, XXXXXXXXXX yang mempunyai kad pengenalan 680912-XX-XX adalah seorang pengundi berdaftar. Pada 5 Mei 2013, saya telah hadir di tempat mengundi Sekolah XXXXXXXX, Bandar XXXXX untuk membuang undi. Selepas membuang undi, jari saya telah dicalit dengan dakwat oleh petugas di situ. Apabila pulang, dalam tempoh sehari saya mendapati bahawa dakwat itu telah hilang dari jari saya. Saya membuat laporan polis kerana dakwat itu sepatutnya kekal sehingga 5 hari seperti yang diumumkan SPR. Saya bimbang dakwat yang tidak kekal telah menyebabkan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13. Sekian laporan saya.” 2. Hantar satu salinan laporan polis ke email siasatpru13@gmail.com; atau serahkan kepada mana-mana wakil rakyat Pakatan Rakyat di setiap tempat; atau diserahkan di pejabat-pejabat KEADILAN, PAS, DAP; atau dihantar terus ke ibupejabat KEADILAN di alamat A-1-09, Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan 1, 47410 Petaling Jaya, Selangor; atau faks ke nombor 03-78850531 (faks ibupejabat KEADILAN) 3. Orang ramai digalakkan menjadi ejen untuk mengumpul laporan-laporan polis mengenai dakwat kekal ini untuk diserahkan secara pukal kepada KEADILAN atau parti-parti Pakatan Rakyat #siasatpru13 mensasarkan sekurang-kurangnya 100,000 laporan polis dibuat diseluruh negara mengenai dakwat kekal sebagai bukti kemarahan rakyat terhadap kegagalan SPR mengendalikan PRU13 dengan telus dan bersih. Tindakan undang-undang juga akan diambil terhadap SPR mengenai kegagalannya melaksanakan dakwat kekal yang telah merosakkan kewibawaannya di mata rakyat. RAFIZI RAMLI Pengarah Strategi KEADILAN

Tuesday, May 21, 2013

KERAJAAN PULAU PINANG KESAL USAHA BOIKOT BARANGAN KELUARAN CINA BERSTATUS HALAL - ABD MALIK

KENYATAAN MEDIA 20 MEI 2013

DATO' ABDUL MALIK KASSIM

EXCO PERDAGANGAN DALAM NEGERI, HAL EHWAL PENGGUNA, HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG



KERAJAAN PULAU PINANG KESAL USAHA BOIKOT BARANGAN KELUARAN CINA BERSTATUS HALAL


Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang amat kesal dan membantah tindakan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO Melayu) diterajui Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyeru umat Islam memboikot barangan keluaran syarikat milik Cina yang berstatus halal.



Jelas, tindakan itu menunjukkan mereka separuh matang dan kebudak-budakkan, hanya sebagai membalas tindakan majoriti masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat dalam pililihan raya lalu.



Lagipun, soal sokongan mana-mana pihak dalam pilihanraya bukan menjadi kesalahan di sisi undang-undang. Bahkan ia juga bukan suatu kesalahan jenayah sehingga mereka perlu bertindak ke tahap itu.



Sebagai sebuah persatuan pengguna, sewajarnya mereka bergerak memperjuangkan hal-hal kepenggunaan sahaja. Sebelum ini PPIM diketahui umum begitu aktif dalam hal-hal kepenggunaan yang melibatkan halal haram atau tidak sihat sesuatu barangan itu kepada pengguna. Namun, apabila PPIM menyeru orang Melayu memboikot barangan keluaran syarikat Cina atas faktor politik, menunjukkan PPIM telah terkeluar daripada landasan perjuangan yang sebenarnya. Tindakan itu, tidak ubah seperti perjuangan pelampau Melayu - Perkasa.



Ketika kesedaran pengguna dan pengusaha semakin meningkat berkaitan status halal, PPIM bertindak sebaliknya dengan memberikan imej buruk tentang Islam. PPIM seharusnya membantu kerajaan pusat atau negeri dalam memperjuangkan hal-hal kepenggunaan khususnya berkaitan status halal.



Selaku Pengerusi Halal Penang (PIHH) dan Exco Hal Ehwal Agama Islam, sejak tahun 2008 kerajaan negeri telah berjaya meningkatkan syarikat dan barangan berstatus halal di Pulau Pinang sebanyak 605 peratus. Ini bagi memenuhi sebahagian tuntutan persatuan pengguna Islam, demi kepentingan semua pihak, khususnya kepada pengguna Islam.



Sebagai sebuah negara majmuk seperti Malaysia, di mana masyarakat Cina lebih menguasai pengeluaran produk pengguna, sebagai pengguna, tidak mungkin kita dapat mengelak daripada menggunakan barangan bukan Islam.



Selaku Pengerusi Hal Ehwal Pengguna saya menyeru PPIM menfokuskan isu halal haram dan barangan pengguna yang diragui masih banyak perlu diperjuangkan. PPIM sewajarnya memperjuangkan isu ini, lebih daripada memperjuangkan politik adu domba yang akan memecahbelahkan keharmonian kaum negara ini.



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT