...

Pages

Thursday, June 11, 2009

Peruntukkan RM213,000 Sempena Ramadhan-malaysiakini


PULAU PINANG Kerajaan negeri Pulau Pinang akan  memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim(foto), berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini. 

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid. 

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran. Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah.

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT