...

Pages

Saturday, June 13, 2009

Memaknai Semangat Demokrasi KeADILan


Hari ini, lebih 1000 perwakilan KeADILan hadir ke Kongres Khas di Kolej Universiti Islam Selangor. Hari istimewa ini menjadi asas, inshaallah, dalam melakar masa depan yang gemilang, bukan sahaja untuk memperkasa parti, akan tetapi juga memaknai haluan perjuangan bangsa Malaysia.

Para perwakilan pada sebelah petang nanti akan mula membahaskan usul pindaan perlembagaan, yang sekiranya diluluskan, pasti melonjakkan kedudukan parti serta perjuangan kita ke persada amalan demokratik yang tidak tergugat lagi. Anjakan ini mustahak sekali dijayakan kerana ianya menzahirkan iltizam kita untuk mewakili semangat perubahan yang sekian lama didambakan rakyat.

Pentas ini juga menjadi kesempatan terbaik kepada saya untuk mengingatkan anggota parti agar jangan sesekali mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Mandat dari rakyat lah menjadi dian ilham untuk merumuskan makna Ketuanan Rakyat dan berjuang dalam kerangka muafakat Pakatan Rakyat.

Sudah tentu kita tidak menghalang perbincangan walau dengan pihak mana sekalipun terutama jikalau ianya isu yang berkait rapat dengan kepentingan nasional. Namun pendirian kita jelas, sebarang perbincangan hanya mampu berhasil sekiranya isu asas menjadi keutamaan; kehakiman mesti bebas dari kongkongan penguasa, suruhanjaya pilihanraya serta suruhanjaya pencegahan rasuah harus dikendalikan secara telus dan krisis Perak hanya mampu diselesaikan melalui pilihanraya.

ANWAR IBRAHIM

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT