YB Abd Malik ADUN Batu Maung dan YB Sim ADUN Pantai Jerjak bersama-sama membuat lawatan di sekitar kawasan Permatang Damar Laut membuat lawatan susulan di beberapa buah rumah. Penduduk kelihatan gembira dan menyayangi kedua-dua pemimpin tersebut lebih-lebih lagi YB Abd Malik kerana beliau adalah ADUN di kawasan tersebut.
Kali ini YB Sim bersama-sama turun ke Permatang Damar Laut untuk mendapatkan sokongan jika beliau di calon dalam pilihanraya Umum ke 13 di Parlimen Bayan Baru. Penduduk di kawasan tersebut berharap kedua-dua mereka dapat duduk di kerusi tersebut mengemudi kerajaan negeri pada masa kini dan mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan pusat.
 |
YB Abd Malik Kassim dan YB Sim Tze Tzin meninjau keadaan rumah yang rosak dan diperbaiki. |
 |
YB Malik sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan untuk memperbaiki rumah mereka |
 |
lawatan sedang bertanya khabar seorang warga emas mengenai program penghargaan Kerajaan Negeri |
No comments:
Post a Comment