ADUN Batu Maung YB Haji Abdul Malik Kassim hari ini melawat
mangsa kecuaian Doktor swasta yang merawat beliau. Mangsa yang dikatakan sakit
perut telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan pesakit luar. Doktor yang
merawat telah memberi suntikan sehingga menyebabkan jantung beliau berhenti dan
darah yang membawa oksigen tidak sampai ke otak dan menyebabkan beliau lumpuh
YB Hj Abd Malik Kassim telah beberapa kali membuat lawatan
hospital dan rumah beliau. Terkini beliau melawat setelah beliau membina sebuah
bilik untuk mangsa tersebut di rumah beliau untuk memudahkan keluarga
menguruskan kehidupan beliau.
Menurut isteri mangsa yang berada semasa kejadian berlaku di
klinik di Bandar Bayan Baru mendakwa doctor yang merawat beliau tidak mengambil
sebarang langkah pencegahan dan isteri mangsa dengan sendirinya bawa mangsa ke
Hospital Besar Pulau Pinang.
YB Hj Abd Malik Kassim telah berusaha untuk mendapatkan
peguambela berkenaan masalah yang menimpa beliau. Isteri mangsa berasa kecewa
dengan tindakan dari doctor yang merawat beliau mendapatkan sebagai pesakit
luar.
Hj Malik telah menambah sebuah bilik untuk kegunaan mangsa bernilai RM 6,500.00 dan bantuan sara hidup untuk menampung kehidupan |
Hj Malik bersama pimpinan kawasan dan keluarga mangsa |
No comments:
Post a Comment