...

Pages

Sunday, March 3, 2013

Himpunan Jentera Pilihanraya DUN Batu Maung N37

1 Mac 2013 Himpunan Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat DUN Batu Maung N37 di Bilik Gerakan Utaman DUN Batu Maung sebagai persediaan untuk menghadapi Piliharaya Umum 2013. Setiap warga Parlimen Bayan Baru dan Batu Maung yang layak mengundi dalam Pilihanraya Umum yang bakal tiba wajib mempertahankan Kerajaan Rakyat yang ditubuhkan selepas Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Selepas pemerintahan baru, Kerajaan Negeri berjaya dengan cemerlang apabila diiktiraf sebagai negeri yang berjaya menghapus rasuah dan berjaya mendapat pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia. Selain itu, Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat dibawah pimpinan YAB Lim Guan Eng telah berjaya membayarkan hutang kerajaan negeri dari RM 630 juta hinggalah hutang tersebut berbaki lebih kurang RM 30 juta. Himpunan Petugas Pilihanraya DUN Batu Maung juga dihadiri oleh YB Dato' Mansor Othman Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang juga merupakan naib presiden Parti Keadilan Rakyat dan juga Pengarah Pilihanraya Negeri Pulau Pinang PKR Y. Bhg. Dato Mustapha Kamal.

 YB Dato' Abdul Malik memberikan ucapan sempena malam himpunan tersebut

 Antara petugas yang hadir bersama-sama telah bersedia menghadapi Pilhanraya Umum 2013


 Dato Mustapha atau pak Mus turut hadir bersama


 YB Sim Tze Tzin turut hadir dalam bersama-sama merampas kembali Parlimen Bayan Baru













 YB Dato Johari Abdul Ahli Parlimen Sg. Petani hadir dalam program himpunan sebagai ahli majlis pimpinan Pusat  Parti Keadilan Rakyat memberikan ucapan dalam strategik kemenangan rakyat







No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT