...

Pages

Friday, January 22, 2010

Tindakan Menjadikan Surau Sebagai Sasaran Serangan Dikecam

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 22 Januari 2010


Tindakan Menjadikan Surau Sebagai Sasaran Serangan Dikecam

Saya mengecam keras serangan yang dilakukan terhadap dua buah surau di Muar awal pagi semalam. Surau Silaturrahim dan Surau Kampung Parit Beting masing-masing dipercayai dibakar menggunakan minyak tanah. Setelah berakhir siri serangan terhadap beberapa gereja dan gudwara, kini surau pulau menjadi sasaran.

Pendirian Pakatan Rakyat jelas iaitu kesucian rumah ibadat, walau apapun kepercayaannya mestilah dihormati. Tindakan menyerang rumah ibadat adalah satu tindakan pengecut dan tidak bermoral.

Saya juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar jangan cuba mencetuskan provokasi sehingga menjejaskan keharmonian serta menimbulkan keretakan di kalangan rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sudah lama hidup dalam keadaan rukun dan aman, mereka sudah cukup matang serta bijak untuk meremehkan sebarang usaha jahat demi menguntungkan politik golongan tertentu. Amat dikesali apabila ada pihak yang sanggup membakar sentimen agama hanya untuk laba yang sedikit.


ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT