Beliau berkata, setakat ini tidak ada sebarang demonstrasi ataupun kejadian yang tidak diingini berlaku dan penganut Kristian di sini masih selamat untuk menjalankan upacara sembahyang seperti biasa.
Bagaimanapun, beliau menggesa Kerajaan Pusat segera mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengapi-apikan sentimen perkauman, susulan kejadian empat gereja dibakar, baru-baru ini.
“Kerajaan Pusat perlu mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap media dan parti politik yang memainkan isu ini kerana ia adalah isu agama yang menyentuh sensitiviti.
“Saya yakin, sama ada Muslim ataupun tidak, semua mengutuk perbuatan ini kerana ia perlakuan melampau dan memburukkan imej penduduk Malaysia sebagai masyarakat berbilang kaum yang hidup harmoni.
“Sementara itu, saya meminta semua penduduk Pulau Pinang tidak kira bangsa supaya tidak mengikut emosi, sebaliknya perlu menitikberatkan prinsip asas seperti keharmonian, keamanan, keadilan, keselamatan dan keagamaan mengikut kaum masing-masing,” katanya ketika ditemui media di gereja Georgetown Baptist, semalam.
No comments:
Post a Comment