...

Pages

Tuesday, January 12, 2010

HARGA BARANG NAIK: KERAJAAN BARISAN NASIONAL GAGAL JAGA KEBAJIKAN RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh : 10 Januari 2010

Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menaikkan harga gula dan menarik balik subsidi terhadap roti putih, jelas menunjukkan sikap sebenar BN sebagai pemerintah yang khianat terhadap amanah yang diberikan rakyat. Tak sampai 6 bulan, slogan ’1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ diuar-uarkan; satu lagi bukti retorik yang mengabaikan komitmen untuk mendahulukan kebajikan rakyat.

Dengan keadaan ekonomi dunia yang masih meleset, Kerajaan Barisan Nasional sepatutnya melindungi kehidupan rakyat Malaysia yang selama ini bekerja keras dan membayar cukai untuk tujuan pembangunan negara. Begitu juga hasil minyak yang dibayar royalti oleh Petronas kepada Kerajaan Malaysia bagi pihak semua rakyat negara ini seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat.
Kerajaan Barisan Nasional mengambil mudah impak kenaikan harga gula dan roti putih terhadap kehidupan rakyat. Gula merupakan bahan penting dalam semua jenis makanan di negara ini dan kenaikan harganya akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain secara keseluruhan.

Sikap cuai Kerajaan Barisan Nasional ini adalah sama dengan dosa mereka menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen tidak lama dulu, yang diikuti dengan kenaikan harga barang secara mendadak. Walaupun selepas itu harga minyak dikurangkan; ia tidak berupaya memberi impak menurunkan harga barang. Rakyat terus teraniaya di bawah Kerajaan Barisan Nasional.

Nampaknya Kerajaan Barisan Nasional tidak belajar dari kesilapan lampau dan terus bermaharajalela menekan rakyat jelata.


HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT