...

Pages

Monday, October 26, 2009

Pakatan Rakyat yakin kerajaan tidak mengambil peluang-malaysiakini

Pakatan Rakyat (PR) yakin kerajaan tidak mengambil peluang ketika proses mahkamah untuk mengenakan tindakan atau penalti terhadap wakil rakyat gabungan pembangkang itu.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Dzulkifly Ahmad berkata, beliau mengharapkan kerajaan mengizinkan proses mahkamah berjalan dengan adil dan berintegriti.

“Biar Mahkamah sendiri yang memutuskannya,” katanya.

Menurutnya, Pakatan berharap kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak seperti sesetengah kerajaan negara lain yang mengamalkan sistem autokrasi.

“Rakyat tidak boleh terima jika kerajaan menggunakan cara tersebut bagi melenyapkan pembangkang. Kes yang melibatkan mereka sedang berjalan di Mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur.

“Pakatan bersedia menghadapinya... peguam kami berhujah dan mengendalikan kes dengan baik di mahkamah,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Kelmarin, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melaporkan kemungkinan sepuluh lagi pilihan raya kecil bakal diadakan berikutan lapan Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan, didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan haram.

Dua daripada mereka yang terbabit perhimpunan itu ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; Bendahari Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli serta beberapa pemimpin lagi.

Berikutan itu, Pemimpin terbabit bakal menerima nasib seperti yang menimpa Tian Chua yang didenda RM3,000 serta 6 bulan penjara atas kesalahan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perarakan ke Parlimen dua tahun lalu.

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT