...

Pages

Saturday, October 10, 2009

YB Abdul Malik Kassim :Petugas MAINPP tidak perlu bimbang dengan pembayaran gaji -malaysiakini

Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sedia ada, Shabudin Yahaya, dan 15 anggota majlis itu masih menjalankan tugas mereka seperti biasa sehingga kerajaan negeri selesai mewartakan pelantikan YDP yang baru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim berkata, ketika ini kerajaan negeri masih menguruskan pelantikan YDP dan ahli majlis yang baru dan akan mewartakannya apabila proses itu selesai.

"Dalam tempoh itu, YDP dan 15 anggota majlis sedia ada masih memegang jawatan mereka sehingga proses pewartaan ini selesai dan boleh menjalankan semua tugas mereka seperti biasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, katanya, masalah pembayaran gaji dan elaun yang sepatutnya diterima 2,273 kakitangan dan petugas MAINPP seharusnya tidak berbangkit kerana YDP sedia ada dan penandatangan cek masih boleh menandatangani semua cek yang dikeluarkan oleh MAINPP bagi tujuan pembayaran gaji, elaun, sagu hati dan perkhidmatan.

Oleh itu beliau berharap semua kakitangan dan petugas MAINPP tidak bimbang dengan pembayaran gaji dan meminta mereka meneruskan tugas seperti biasa.

Semalam, Shabudin membangkitkan masalah 2,273 kakitangan dan petugas yang berkhidmat dengan majlis itu serta pembekal perkhidmatan tidak mendapat gaji dan bayaran mereka bulan ini berikutan tindakan kerajaan negeri tidak mewartakan pengganti beliau dengan segera menyebabkan urusan menandatangani cek bagi tujuan itu terjejas.

Sementara itu, akauntan MAINPP Syahrir Nazim Zakaria ketika dihubungi Bernama berkata, kebanyakan cek dan invois telah disediakan dan sedang menunggu untuk ditandatangan berikutan pembayaran gaji pada bulan ini lebih awal berikutan sambutan Deepavali.

"Ada kakitangan yang menghubungi kita bertanyakan mengenai bayaran mereka dan kita menunggu arahan lanjut daripada YDP dan anggota majlis," katanya. BERNAMA

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT