...

Pages

Saturday, October 24, 2009

Laporan kewangan PP dapat pujian Ketua Audit -malaysiakini

GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng berbangga dengan laporan kewangan negeri yang menunjukkan prestasi yang memberangsangkan berbanding laporan tahun 2007 sebagaimana yang dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dalam pembentangan di Parlimen, baru-baru ini.

:Guan Eng berkata, hasil usaha Kerajaan Negeri dalam menjimatkan kewangan dan menguruskan kewangan negeri dengan bersih menunjukkan bahawa prinsip Cekap, Akaunbiliti dan Telus (CAT) yang dipegang oleh kerajaan menampakkan kejayaan dan perlu dicontohi selepas mendapat pujian daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia dan Ketua Audit Negara.

Menurutnya, sewaktu pembentangan laporan, Ketua Audit Negara menyatakan terdapat peningkatan pada Kedudukan Kumpulan Wang Disatukan Pada Tahun 2008 berbanding 2007.

:“Pencapaian cemerlang ini adalah disebabkan peningkatan aliran wang di dalam Akaun Hasil Disatukan, Kumpulan Wang Amanah Kerajaan, Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan wang Amanah Awam.

“Bagaimanapun, deposit mengalami pengurangan sejumlah RM4.25 juta atau 2.1 peratus berbanding tahun 2007,” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran majalah ‘Penang Economic Monthly’ di sebuah hotel di sini, semalam.

:Guan Eng berkata, terdapat dua perkara yang membolehkan peningkatan kepada jumlah pendapatan negeri iaitu amalan bersih, cekap dan amanah serta usaha penjimatan wang di bawah kepimpinannya sehingga mendapat kepujian bukan sahaja daripada Badan Transparensi Antarabangsa Malaysia malahan laporan Ketua Audit Negara.

Beliau turut menyelar kekangan yang berlebihan yang diharungi media cetak sebagaimana diamalkan oleh Kerajaan Pusat lebih separuh abad hingga menyebabkan rakyat lebih cenderung untuk mendengar pendapat yang tidak berasaskan fakta.

“Hasil maklumat orang awam, saya difahamkan fakta sering kali dilindungi daripada pengetahuan rakyat.

“Lebih teruk lagi, sudah banyak kali fakta tidak sampai ke pengetahuan Kerajaan Negeri,” katanya.

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT