...

Pages

Saturday, June 27, 2009

Komfom....Fauzi calon PAS di Manek Urai-malaysiakini



PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Fauzi, 50, adalah Bendahari PAS kawasan Kuala Krai.Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Manek Urai sebentar tadi.


Friday, June 26, 2009

Al-Fatihah Buat Allahyaram Ayub Bin Omar dan Mantan Ameer Jama’at Islami Pakistan



Al-Fatihah buat Allahyaram Ayub Bin Omar bapa kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahlli Parlimen Kubang Kerian iaitu Salahuddin Ayub yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 malam tadi.


Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat.

Al-Fatihah Buat Mantan Ameer Jama’at Islami Pakistan

Saya sedih tatkala menerima berita kembalinya Mian Tufail Muahmamd, mantan Ameer Jama’at Islami Pakistan, ke sisi Allah S.W.T. Beliau merupakan tokoh gerakan Islam yang disegani dan terkenal gigih memperjuangkan Islam.

Almarhum Mian Tufail menerima didikan langsung dari Maulana Amin Ahsan Islahi dalam bidang ilmu hadith serta Quran. Beliau menggantikan Sayyid Abul A’ala Maududi, guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada beliau, pada tahun 1972 sebagai Ameer Jama’at Islami.

Masih segar dalam ingatan sewaktu lawatan ke Iran dengan menaiki pesawat khas yang disediakan Allahyarham Presiden Zia-ul-Haq bagi membawa lima tokoh gerakan Islam untuk menemui Imam Khomenei seusai ledakan revolusi.

Antara tokoh-tokoh tersebut ialah Almarhum Mian Tufail dan saya sendiri, selaku Presiden ABIM ketika itu. Kami merupakan delegasi kedua menemui pemimpin Iran tersebut selepas Yasser Arafat. Jelas tertera ruh perjuangan serta ilmu almarhum dalam lawatan tersebut, yang mengharapkan kejayaan hasil pertemuan dengan Imam Khomenei, Perdana Menteri Iran Mehdi Bazargan dan Menteri Lua Ibrahim Yazdi .

Saya dan Azizah mendoakan ruh almarhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Al-Fatihah.

ANWAR IBRAHIM

Ucapan Takziah Dato’ Seri Anwar bagi pihak keluarga dan parti kepada para pimpinan dan pendukung Jama’at Islami Pakistan:

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Innalillahi wainna ilaihiraji ‘un.

We share the loss of a leader and a great mujahid, Almarhum Mian Tufail Muahmamd. ABIM as a new and young Islamic movement benefited from his wisdom and foresight. We were always welcome in Mansurah, endowed with much affection and support.

His resolve and tenacity was brilliantly displayed during our visit to Iran to meet Imam Khomeini soon after the Islamic revolution.

My family and members of Peoples Justice Party of Malaysia express our condolence to the family and friends in Jamaat Islami.

May Allah S.W.T bless his soul. Amin.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, June 25, 2009

Ketua Hakim Syarie terima hadiah RM10 ribu bongkar penyelewengan-malaysiakini


Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Yusof Musa, dipilih sebagai pemenang pertama Hadiah Integriti Pulau Pinang kerana berjaya membongkar penyelewengan seorang kakitangan Mahkamah Syarie negeri itu yang melibatkan RM500,000.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata penyelewengan itu, yang membabitkan bayaran balik bon jaminan, dikesan selepas Yusof meneliti fail sebaik dilantik sebagai Ketua Hakim Syarie awal Februari lalu.

"Selepas meneliti beberapa fail, beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dan terus melaporkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah itu kepada Yusof sempena majlis perhimpunan anggota perkhidmatan awam Pulau Pinang hari ini.

Anugerah itu berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai RM10,000, lapor Bernama.

Lim berkata laporan telah dibuat kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) manakala kakitangan berkenaan dilarang oleh Yusof daripada menjalankan tugas-tugas kewangan jabatan.

"Bagaimanapun, kakitangan terbabit telah menghilangkan diri," katanya.

Lim memuji Yusof kerana berani mendedahkan penyelewengan dan melaksanakan
amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab selain berlaku telus terhadap perkara yang tidak betul.

Yusof, 52, berkata pendedahan penyelewengan itu bukanlah kerana mengharapkan anugerah tetapi menjadi tanggungjawabnya sebagai ketua jabatan untuk memerangi penyelewengan dan rasuah.

"Saya bersyukur kerana diberi anugerah ini. Ini bukanlah kerana wang tetapi sebagai sikap tanggungjawab seorang ketua jabatan yang diharapkan menjadi contoh kepada kakitangan lain," katanya.

Anwar: Pemimpin PAS lebih pintar,UMNO kecundang-malaysiakini



"Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."

Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya.

Wednesday, June 24, 2009

SHAHRIZAT GAGAL MEMBERDAYA WANITA (EMPOWERING WOMEN)-malaysiakini


Kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil bahawa dasar sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dari jumlah kedudukan pimpinan adalah berasal dari beliau, jelas menyalahi fakta, yang dikira menjejaskan imej beliau sebagai seorang yang bertaraf Menteri.

Dasar 30% perwakilan wanita tersebut telah diterbitkan dalam Persidangan Wanita peringkat Dunia di Beijing lebih sedekad yang lalu. Ia merupakan suatu kesepakatan yang telah diterjemahkan dalam Deklarasi Beijing di mana Malaysia menjadi salah sebuah negara penandatangan. Perkara 182 dalam Platform for Action, di mana terdapat kuota minimum 30% itu, adalah perkara khusus yang disebut dalam Deklarasi Beijing.

Walaupun pernah menjawat kedudukan sebagai Menteri dan tergolong di antara pemimpin utama dalam Umno dan Barisan Nasional, Sharizat Abdul Jalil tidak mampu meningkatkan bilangan Menteri dalam Kabinet Umno-BN.

Oleh kerana Pengarusperdanaan Gender (Gender Mainstreaming) dalam sistem pemerintahan Umno-BN tidak berlaku, akibat yang ketara ialah kemorosotan dalam perlaksanaan sekurang-kurangnya 30% perwakilan wanita dalam kepimpinan negara khususnya dalam Barisan Kabinet Menteri. Begitulah prestasi Shahrizat Abdul Jalil dalam menerajui agenda untuk melaksanakan pencapaian 30% perwakilan wanita.

Budaya politik yang mencatas ahli-ahli politik yang berpengalaman dan berwibawa juga telah mengheret Wanita Umno ke kancah kemorosotan bilangan para menteri dan ahli-ahli pimpinan tertinggi dalam Umno. Sewajarnya pemimpin wanita Umno yang berkaliber dan berpengalaman dibawa dalam saf pimpinan untuk meneruskan agenda mengarusperdanakan gender bukan dipinggirkan.

Umno, sebagai parti utama BN telah gagal memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada wanita sebagai agen yang layak dan penting dalam bersama-sama merangka dan menggubal dasar dan keputusan-keputusan penting dalam negara dan parti. Sebagai seorang Menteri, Sharizat Abdul Jalil dikehendaki mengotakan janji beliau dengan bertindak progresif menjadikan dasar 30% perwakilan wanita ini suatu kenyataan dalam pentadbiran negara. Ia harus dilakukan dalam tempoh enam bulan mendatang atau beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN

Tuesday, June 23, 2009

KENYATAAN MEDIA MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT-malaysiakini




Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.


DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
LIM KIT SIANG

Sunday, June 21, 2009

Program Pendaftaran warga emas di Halaman Mayang Bukit Gedung -malaysiakini








Ahad 20hb Jun 2009,AMK JDM Bukit Gedong bersama para petugas ADUN Batu Maung N37 mengerakkan jenteranya dari rumah kerumah di sekitar Bukit Gedong seawal jam 9:00 pagi.

Setakat ini sehingga jam 02:15 petang sebanyak 37 borang telah siap diisi.Disamping itu AMK juga turut membuat bancian kaji selidik bagi menghadapi pilihanraya umum PRU-13 yang akan datang.

Hampir 92% penduduk memberi kerjasama yang baik untuk ditemubual & soal selidik.Boleh dikatakan 78% penduduk di sini rata-rata adalah penyokong kuat UMNO,jika dilihat dari segi respon mereka.

Ada juga para petugas yang dihalau oleh tuan rumah, katanya "kami tak mau bantuan dari Pakatan Rakyat"Walaupun apapun yang dikata atau dihamun,AMK terima dengan hati terbuka,kerana ini semua adalah satu cabaran & dugaan dari Alllah Azza Waja'lla.

Program rumah kerumah yang bermula dari jam 9:00 pagi ini akan berakhir sehingga jam 5:00 petang.Akan tetapi pendaftaran serta aduan penduduk sentiasa akan dibuka kepada orang ramai,terutamanya penduduk Bukit Gedong dari masa kesemasa di One Stop Center ADUN Batu Maung, Bukit Gedong berhadapan rumah saudara Aidil.

Program Di DUN Batu Maung Parlimen Bayan Baru 21 hb Jun 2009- Malaysiakini


Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Delima Sdr Zainudin Haniff menyampai ucapan aluan sebelum gotong royong.

YB Abdul Malik Kassim sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Antara penduduk yang hadir ke program gotong royong

YB Abd Malik kassim , Sdr Azrizal(Ketua AMK Bayan Baru) dan Sdr Hashim (Pembantu YB Malik) sedang berbincang program seterusnya

MPPP menghantar peralatan untuk gotong royong, kelihatan Sdr Fauzi Noordin Pembantu YB Abd Malik Kassim


21 hb Jun 2009- Memandangkan secara drastik peningkatan kes denggi di kawasan DUN Batu Maung, Pejabat ADUN Batu Maung YB Abdul Malik Kassim telah mengadakan program gotong royong bertempat di Kawasan Flet Seri Delima Sungai Ara.

Program ini bermula pada jam 8.30 am dan disertai oleh seramai hampir 50 orang penduduk di Kawasan Flet tersebut.

Pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah menyalurkan bantuan dengan menyediakan peralatan gotong royong seperti bakul rotan, penyodok sampah, cangkul , penyapu, pongkes dan sebagainya.

Manakala pejabat kesihatan daerah telah menghantar wakilnya untuk menyampaikan taklimat pencegahan denggi kepada penduduk setempat.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Abdul Malik Kassim ADUN Kawasan Batu Maung. Turut hadir Ketua Angkatan Muda Bayan Baru Sdr Ahmad Azrizal Tahir dan Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Delima Sdr Zainudin Haniff.

Program gotong royong ini akan diadakan secara berterusan di beberapa kawasan lagi pada setiap minggu dimana kawasan-kawasan terlibat dikenalpasti sebagai kawasan wabak denggi.

Pejabat YB Abd Malik Kassim mengucapkan ribuan terima ksih kepada semua penduduk dan jabatan-jabatan yang terlibat dalam gotong royong tersebut.

Saturday, June 20, 2009

Jemputan ke prog gotong-royong mencegah denggi dan Program Pendaftaran warga emas -malaysiakini



Tarikh: Ahad 21 hb Jun 2009
Jam 8.00 Pagi -
Tempat :Berkumpul di Depan Dewan Seri Delima

Aturcara

8.00pagi : Ketibaan jemputan / penduduk ke Dewan Persatuan Penduduk Seri Delima

8.05pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis

8.10pagi : Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk Seri Delima

8.20pagi : Ucapan Perasmian dari YB Hj Abd Malik Kassim (ADUN Batu Maung)

8.35pagi : Taklimat Kesihatan dari Pegawai Pejabat Kesihatan Barat Daya

9.00pagi : Gotong Royong bermula

12.00pm : Gotong Royong tamat


Anjuran Pejabat ADUN Batu Maung dan Persatuan Penduduk Dri Delima dengan Kerjasama JKKK Sg Ara



Program Pendaftaran warga emas di Halaman Mayang Bukit Gedung



Tarikh: Ahad 21 hb Jun 2009 9am -

Berkumpul di One Stop Center ADUN Batu Maung-Depan rumah Aidil

Masa 9.00am - 5.00pm


Anjuran Pusat Khidmat ADUN Batu Maung.



HARAPAN BARU BATU MAUNG


N37batumaung.blogspot.com

PKR dan PR perlu bersiap sedia tanpa ANWAR-malaysiakini




Anwar Tidak Tolak Kemungkinan Kembali Ke Penjara Kerana Konspirasi Pendakwaan Fitnah


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan pendakwaan fitnah liwat terhadapnya di Mahkamah tinggi Kuala Lumpur akan menyaksikan beliau dijatuh hukuman dengan segera dan dikembalikan ke penjara Sungei Buloh sekali lagi.

Perbicaraan atas tuduhan liwat terhadap Anwar akan bermula pada 1 Julai meskipun dua laporan perubatan membuktikan tidak ada tanda-tanda pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan diliwat sebagaimana yang didakwa beliau.

"Senario terburuk yang mungkin saya hadapi ialah mereka menolak permohonan ikat jamin saya dan segera menjatuhkan hukuman," anwar dipetik berkata oleh agensi berita Peranchis, AFP.

Menurut Anwar, beliau menjangkakan bukti-bukti palsu akan dibentangkan di mahkamah oleh pendakawaan sekali lagi sebagaimana yang dilakukan pada perbicaraan 1998 dalam cubaan UMNO-Barisan Nasional menamatkan kareer politiknya.

"Itu adalah cara termudah bagi Umno untuk menghapuskan saya bagi menyelesaikan masalah politik mereka," tambah beliau lagi.

Anwar, 61, secara konsisten menolak dakwaan yang dilemparkan ke atasnya oleh Saiful dan laporan perubatan Hospital Pusarawi dan Hospital Kuala Lumour yang disahkan oleh tiga pakar perubatan menguatkan hujah Anwar bahawa tuduhan itu satu lagi rekacipta dan konspirasi politik oleh pimpinan tertinggi UMNO.

Saiful membuat laporan polis kononnya beliau diliwat oleh Anwar beberapa hari selepas bertemu dengan Perdana Menteri Najib Razak.

Najib ketika itu sedang mengarahkan kempen untuk menumpaskan Anwar pada pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Najib menggunakan laporan polis itu sebagai modal politik namun rakyat menolak fitnah berkenaan. Anwar menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh dan diangkat menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Meskipun tuduhan liwat oleh Saiful amat rapuh, Najib merestui tindakan Peguam Negara Gani Patail membawa pertuduhan terhadap Anwar ke mahkamah.

Anwar berkata dua laporan perubatan itu harus cukup untuk menyakinkan mana-mana pihak bahawa pertuduhan terhadapnya tidak berasas sama sekali.

"Kes ini tidak harus diteruskan apabila ia begitu jelas dilaporkan oleh pasukan doktor perubatan...yakni pakar perubatan bahawa tidak ada kesan (saiful) diliwat, jadi mengapa mereka tetap meneruskannya kecuali ia adalah menjadi satu konspirasi politik," tambah beliau lagi.

Anwar berkata Parti Keadilan Rakyat akan mengatur langkah secara terancang dan aman untuk menarik perhatian rakyat terhadap cubaan UMNO-Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan institusi-institusi negara untuk memenuhi agenda politik sempit mereka.

"Kita akan lawan dan saya juga kini lebih bersedia, tidak seperti 1998 kerana ketika itu ia berlaku secara mengejut dan tidak sesiapun menjangkakan rancangan jahat sedemikian dirancangkan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata beliau bersedia bersemuka di mahkamah dengan Mohd Saiful.

"Saya tiada masalah berhadapan dengannya. Isunya adalah beliau (Saiful) perlu bersedia dengan semua bukti yang menentang tuduhannya, terutamanya bukti laporan perubatan," tambah beliau lagi.

Anwar berkata perbicaraan itu tidak akan memberi kesan kepada keutuhan Pakatan Rakyat sebagai gagasan berwibawa.

"Pakatan Rakyat bersedia menghadapi hakikat kemungkinan saya dipenjarakan dan sudahpun mengambil langkah yang sepatutnya," tambah beliau.

Friday, June 19, 2009

Program DSAI di Manek Urai-malaysiakini

HARI AHAD, 21 JUN 2009

2.30 Ptg – Ketibaan di Lapangan Terbang Kota Bahru

3.00 – 4.00 Ptg – Perjumpaan dengan YAB Menteri Besar Kelantan – JKR 10

5.00 – 6.30 Ptg – Perjumpaan MPN Kelantan/Trengganu dan Jentera
Pilihanraya PKR – Maahad Rahmaniah Kuala Krai

6.30 – 7.00 Ptg – Ziarah Keluarga Allahyarham Bekas YB Manek Urai

7.15 – 8.40 Mlm – Solat dan Kuliah Maghrib – Masjid Urai Lama

9.00 - 12.00 Mlm – Ceramah Perdana – Kampong Laloh

PENCERAMAH:
YAB TUAN GURU DATO' NIK AZIZ NIK MAT
YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
YB DR HATTA RAMLI
YB SAIFUDDIN NASUTION

Saturday, June 13, 2009

Memaknai Semangat Demokrasi KeADILan


Hari ini, lebih 1000 perwakilan KeADILan hadir ke Kongres Khas di Kolej Universiti Islam Selangor. Hari istimewa ini menjadi asas, inshaallah, dalam melakar masa depan yang gemilang, bukan sahaja untuk memperkasa parti, akan tetapi juga memaknai haluan perjuangan bangsa Malaysia.

Para perwakilan pada sebelah petang nanti akan mula membahaskan usul pindaan perlembagaan, yang sekiranya diluluskan, pasti melonjakkan kedudukan parti serta perjuangan kita ke persada amalan demokratik yang tidak tergugat lagi. Anjakan ini mustahak sekali dijayakan kerana ianya menzahirkan iltizam kita untuk mewakili semangat perubahan yang sekian lama didambakan rakyat.

Pentas ini juga menjadi kesempatan terbaik kepada saya untuk mengingatkan anggota parti agar jangan sesekali mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang dipikul. Mandat dari rakyat lah menjadi dian ilham untuk merumuskan makna Ketuanan Rakyat dan berjuang dalam kerangka muafakat Pakatan Rakyat.

Sudah tentu kita tidak menghalang perbincangan walau dengan pihak mana sekalipun terutama jikalau ianya isu yang berkait rapat dengan kepentingan nasional. Namun pendirian kita jelas, sebarang perbincangan hanya mampu berhasil sekiranya isu asas menjadi keutamaan; kehakiman mesti bebas dari kongkongan penguasa, suruhanjaya pilihanraya serta suruhanjaya pencegahan rasuah harus dikendalikan secara telus dan krisis Perak hanya mampu diselesaikan melalui pilihanraya.

ANWAR IBRAHIM

Friday, June 12, 2009

kongres khas PKR- malaysiakini


PKR akan mengadakan kongres khas pada Sabtu ini (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan. 

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas. 

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR. 

Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.

Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.

Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti.


Thursday, June 11, 2009

Peruntukkan RM213,000 Sempena Ramadhan-malaysiakini


PULAU PINANG Kerajaan negeri Pulau Pinang akan  memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim(foto), berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini. 

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid. 

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran. Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah.

Wednesday, June 10, 2009

Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat -malaysiakini

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Presiden KeADILan Berhubung “Kerajaan Perpaduan” ~ malaysiakini

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA— 8hb Jun 2009

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILan untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Presiden 

Parti Keadilan Rakyat

Saturday, June 6, 2009

Tawar RM10,000 untuk maklumat rasuah:Lim Guan Eng-Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memulakan kempen anti rasuah pentadbiran kerajaannya dengan menawarkan wang tunai RM10,000 kepada kakitangan awam yang bersedia dan mampu memberikan maklumat mengenai kegiatan rasuah di negeri itu.

"Saya mahu menggalakkan orang ramai tampil ke hadapan," kata ketua menteri itu kepada Malaysian Insider dalam satu wawancara melalui telefon.

Dengan menggelarkan skim pemberi maklumat itu sebagai "i-Awards" (Anugerah Integriti), Lim memberitahu beliau telah menerima beberapa laporan tanpa nama daripada kakitangan kerajaan sebelum membuat tawaran tersebut 2 Jun lalu.

Lim bagaimanapun enggan menyatakan berapakah jumlah laporan yang telah diterimanya. Tetapi beliau menambah bahawa beliau akan memberikan ganjaran tersebut "tidak lama lagi".

Selain insentif wang tunai, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, mereka yang membantu pentadbirannya dengan memberikan maklumat akan diberi prioriti untuk kenaikan pangkat.

Dalam perkembangan yang lain, menurut laporan Bernama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyeru Kerajaan Pusat mengadakan tender terbuka bagi penjualan bekalan perubatan di negara ini.

Menurut Lim, negara ini kerugian kira-kira RM10 bilion setahun hasil penglibatan orang tengah dalam industri tersebut.

"Kita mahu membeli produk yang paling berkualiti dengan harga yang paling baik. Saya akan menulis kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kesihatan, menggesa supaya diadakan tender terbuka dalam hal penjualan bekalan perubatan," katanya kepada pemberita di Bayan Lepas baru-baru ini.

Katanya lagi, pihak hospital membayar sehingga lebih 30 peratus untuk bekalan perubatan kerana syarikat perubatan multinasional terpaksa melalui syarikat yang diluluskan untuk menjual produk mereka.

"Adalah lebih murah sekiranya pihak hospital dibenarkan membeli bekalan terus daripada syarikat pembekal," katanya.

Tuesday, June 2, 2009

Ucapan terima kasih untuk semua;Dr Mansor-malaysiakini


Sdr Mansor Othman merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengundi dan petugas penanti yang telah memilih beliau sebagai Wakil Rakyat.

Sebarang pertanyaan atau permasalahan boleh diajukan ke email :adunpenanti@gmail.com

Blog boleh dilayari di : http://mansorothman.blogspot.com

Kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.

Beliau memulakan ucapan denganmegucapkan riuan terima kasih kepada semua pimpinan dalam parti.Rakyat telah memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat dan bersyukur dan ini jelas rakyat penanti memberi satu signal yang jelas. Kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagaimana yang dijelaskan bahawa kerjasama ini adalah satu kerjasama semua pihak dan seluruh kepimpinan.

Penanti akan memeberi satu signal yang jelas kepada umno dan Barisan Nasional,dan kita harap dari menifesto yang saya bawa saya akan dapat laksanakannnya bahawa saya cukup berterima kasih dan segala gerak kerja yang dilaksanaka sejak awal hingga kini, dan saya percaya YB Fauziah berkata model gerak kerja pilihanraya ini di Penanti ini akan di jadikan contoh dan akan merancang semuanya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti untuk di lantik sebagai TKM1 dan saya berkata tanpa tuan -tuan dan puan -puan dengan mesefasto yang dijelaskan, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

Monday, June 1, 2009

TKM1: Mansor Bakal Dilantik Rabu Ini-malaysiakini


Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Mansor Othman bakal menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang bermula rabu ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan perkara berkenaan malam tadi ketika dalam ucapan dihadapan kira-kira 1000 orang di Yayasan Aman.

“Beliau bakal mengangkat sumpah rabu sebagai adun seterusnya akan menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang,” katanya ketika meraikan kemenangan Mansor disini.

Mengulas mengenai kemenangan, Lim berkata beliau berharap agar Mansor mampu bersama-sama beliau mampu menyuarakan suara yang lantang untuk membela seluruh rakyat Pulau Pinang.

Dalam ucapan Lim lagi, beliau berterima kasih kepada semua jentera Pakatan Rakyat yang memastikan kemenangan dan disamping itu beliau turut berterima kasih kepada pihak polis.

“Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat, termasuk kepada pihak polis. Namun saya mahu ingatkan, jangan biarkan anda diperkudakan oleh Barisan Nasional,” katanya yang mengulas tindakan polis yang memanggil beberapa pemimpin Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi, polis tidak seharusnya campur tangan urusan politik negara, dan sekiranya mahu terlibat, Lim mencadangkan agar Ketua Polis Negara bertanding dalam pilihanraya,” katanya lagi.

TAHNIAH -malaysiakini


Yb Dr. Mansor bin Othman
ADUN PENANTI / TKM 1 PULAU PINANG


Dari http://n37batumaung.blogspot.com


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT