...

Pages

Thursday, April 16, 2009

TPM sombong dan bongkak salahkan media Cina-malaysiakini

Jangan salahkan orang ketiga, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin tidak harus sombong dan bongkak menyalahkan media berbahasa Cina dengan alasan salah tafsir kenyataan beliau.

“Beliau seharusnya berani meminta maaf bukannya menunding jari atas kesilapan sendiri,” kata Setiausaha Publisiti DAP Ronnie Liu membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang dipetik dari laporan hari ini.

Beliau meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak baru-baru ini.

Muhyiddin berkata “Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya kepada pemberita semalam, lapor Bernama.

MCA dan Gerakan juga dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius,” Muhyiddin berkata.

“Sebagai seorang timbalan perdana menteri, beliau seharusnya berani meminta maaf atas kesilapan diri sendiri. Kenapa salahkan akhbar berbahasa Cina? salahkan dulu akhbar yang telah terdahulu memuatkan berita iaitu Mingguan Malaysia kerana tersalah tafsir kenyataan beliau,” kata Ronnie.

“Muhyiddin merasa amat marah dan kecewa kerana beliau merupakan pengarah pilihanyraya kecil Bukit Gantang dan terpaksa menelan hakikat kekalahan teruk setelah menaburkan wang sebanyak RM1 juta kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan itu,” jelas Ronnie lagi.

”Saya nasihatkan beliau jika mahukan undi kaum Cina, jangan hanya mengeluarkan peruntukan semasa pilihanraya sahaja tetapi mendengar keluhan mereka pada setiap masa seperti yang di buat oleh Pakatan Rakyat yang sentiasa mendengar kesusahan rakyat tidak mengira kaum,” jelas Ronnie.

Bernama juga melaporkan bahawa Muhyiddin berkata: “Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolah-olah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai, dalam konteks itu,” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan bahawa Muhyiddin berkata:

“If they don’t know Malay, we can send them to school,” said Muhyiddin, who is also the new education minister.

(Jika mereka tidak tahu berbahasa Melayu kita akan hantar mereka ke sekolah,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang Baharu.)

Setiausaha Agong Dap Lim Kit Siang di dalam blognya berkata :

“Who should now be sent back to school, Muhyiddin himself or the Chinese media reporters and editors?”

Siapa yang patut dihantar ke sekolah, Muhyiddin atau wartawan media berbahasa Cina dan editornya?”

Ronnie menegaskan bahawa amat menyedihkan apabila Muhyiddin begitu angkuh dan bongkak untuk melindungi kesilapan dalam kenyataannya sendiri malah dengan begitu bangga menyalahkan pihak lain.

“Muhyiddin seorang pimimpin BN yang langsung tidak ada ciri-ciri seorang pemimpin yang disegani rakyat,” tambah Ronnie

No comments:

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT