...

Pages

Thursday, April 16, 2009

Elizabeth kembali bertugas hari ini -malaysiakini

ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kembali semula bertugas sebagai exco kerajaan negeri setelah bercuti selama dua bulan selepas tersebar gambar separuh bogelnya kepada umum.

Setibanya di pejabatnya di tingkat dua bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, Elizabeth disambut oleh rakan exconya Ronnie Liu dengan sejambak bunga.

Beliau tiga kira-kira jam 9.30 pagi dan tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat pelancongan.

ADUN Bukit Lanjan itu merupakan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor.

Semalam, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Elizabeth memberitahu pemberita bahawa beliau bersemangat untuk memulakan tugas hari ini.

Katanya, beliau telah menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi dan telah diberi penerangan berhubung tugas-tugasnya yang tertangguh.

Kira-kira 30 wartawan dan jurugambar menunggu di depan pejabatnya.

Katanya beliau akan menemui pihak media selepas selesai mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, pegawainya kemudian memberitahu bahawa Elizabeth tidak dapat menemui media kerana terpaksa menghadiri banyak program hari ini.

'Eli aset S'gor

Seorang lagi exco negeri itu, Teresa Kok kelihatan turut mengunjungi Elizabeth kemudiannya dengan membawa buah tangan berupa coklat.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, beliau menyifatkan keadaan rakan exconya itu baik kerana "semua orang bersamanya".

Diminta mengulas tindakan pembangkang negeri yang akan terus membangkitkan isu moral Elizabeth, Teresa berkata:

"BN telah memainkan banyak isu ini tetapi masih gagal. Elizabeth merupakan aset negeri Selangor.

"Sejak setahun lalu, beliau kuat bekerja dan menyumbangkan banyak jasa kepada rakyat. Rakyat tidak buta. Rakyat ada mata," katanya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo semalam dilaporkan berkata, keputusan kerajaan negeri mengekalkan jawatan Elizabeth menguntung Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia akan menjadi isu politik yang berpanjangan dan akan terus dieksploitasikan mereka.

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT