Datuk Ibrahim Abdul Rahman,merupakan bapa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal dunia pada 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang, Selangor.
Datuk
Seri Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara, dibenarkan pihak
berkuasa melawat dan menghadiri pengebumian bapanya selepas solat Zohor
tadi.
Menulis di laman Facebooknya, isteri Datuk
Seri Anwar, Wan Azizah berkata ini adalah satu lagi ujian bagi
suaminya kerana semasa kali pertama dipenjarakan, Datuk Seri Anwar
kematian ibunya.
Allahyarham Datuk Ibrahim Abdul Rahman, 96 tahun, pernah menjadi Anggota Parlimen UMNO dari tahun 1959 hingga 1969.
Mereka
yang melawat termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta
isterinya.
Kehadiran Dr Mahathir
agak mengejutkan ramai orang. Namun isteri beliau, Dr Siti Hasmah
berkata mereka sudah lama mengenali Allahyarham Datuk Ibrahim, sejak
sebelum Datuk Seri Anwar berkahwin dengan Wan Azizah.
No comments:
Post a Comment