...

Pages

Monday, April 27, 2015

Perutusan Hari Pekerja Oleh YB Dato' Haji abdul Malik



Assalamualaikum dan Salam Muhibah.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Pulau Pinang dan khususnya kepada warga pekerja di Dun Batu Maung. Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 1 April 2015 telah menjadi sejarah bagi rakyat Malaysia dimana secara rasminya pelaksanaan GST telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, kesannya telah dirasai oleh seluruh rakyat. Seperti yang diwar-warkan di media massa tentang kebaikan GST, namun realitinya adalah sebaliknya. Saya juga berpendapat bahawa kewujudan GST yang telah dilaksanakan ini hanyalah menambah beban rakyat. Saya juga menegaskan bahawa sebarang perubahan kepada dasar ekonomi atau percukaian negara, mestilah menyumbang kepada penambahbaikan jurang di antara yang kaya dengan yang miskin.
Saya sekali lagi ingin melahirkan rasa simpati terutamanya kepada golongan pekerja berpendapatan rendah. Bukan sahaja mereka terpaksa berhadapan dengan kos sara hidup yang terus melambung tinggi malah nilai wang menyusut atas gaji yang meningkat pada kadar yang sangat perlahan. Walau apa pun, mahu tidak mahu, warga pekerja terpaksa belajar berjimat-cermat dan berbelanja menurut keperluan serta kemampuan sahaja.Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh warga kerja agar sentiasa berusaha menjadi pekerja yang produktif, berhemah dan berintegriti demi meneruskan pembangunan ekonomi negara. Saya juga ingin menyeru pihak majikan, agar memelihara dan menjamin hak pekerja sebaik-baiknya. Apabila hak-hak ini terjamin, pekerja akan lebih berdedikasi dalam menjalankan tugas demi pembangunan dan kesejahteraan negara.

" SELAMAT HARI PEKERJA "

Y.B. Dato Haji Abdul Malik Kssim

1 comment:

Jude W said...

Great reaad thankyou



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT