Kerjasama:
- Kerajaan Negeri Pulau Pinang
- Pink Penang
- Penang Sihat
- Penang Women Development Corporation (PWDC)
- BP Healthcare Group
Program
ini dijalankan sepanjang tahun 2015 dengan penglibatan semua 40 Kadun
iaitu 4 kali untuk setiap Kadun. Wanita-wanita di setiap Kadun akan
diberikan peluang untuk menjalankan mammogram secara percuma. Program
ini akan dijalankan pada hari Sabtu atau Ahad sahaja. Setiap satu
hari akan melibatkan 40 peserta wanita yang berumur 35 tahun dan ke atas sahaja. Satu hari akan
dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi tengahari. 20
peserta akan dikumpulkan di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 7.30
pagi (Trip Pertama) dan akan
dibawa ke BP Diagnostic Centre iaitu di Jalan Sultan Ahmad Shah,
Georgetown. Kemudian, lagi 20 peserta yang lain akan dikumpulkan juga
di Pusat Khidmat Batu Maung pada jam 9.30
pagi (Trip Kedua) dan dibawa ke
BP Diagnostic Centre. Sarapan pagi akan disediakan. Taklimat
berkenaan mammogram, barah payudara, osteoporosis, dan lain-lain yang
berkenaan akan dijalankan pada jam 10.30 pagi di BP Diagnostic
Centre. Selepas taklimat tamat, makan tengahari akan disediakan pada
jam 11.30 pagi. Peserta untuk Trip Pertama akan pulang ke Pusat
Khidmat Batu Maung pada jam 12.00 tengahari. Sementara peserta Trip
Kedua akan memulakan pemeriksaan mammogram dan dijangka akan berakhir
pada jam 3.00 petang. Peserta
tidak perlu membuat sebarang bayaran sepanjang program ini
berlangsung. Makanan dan pengangkutan adalah percuma. Setiap peserta
dikehendaki membawa kad pengenalan.
APA
ITU MAMMOGRAM?
Mammogram
ialah pemeriksaan x-ray ke atas payudara. Pemeriksaan ini dilakukan
sebagai salah satu langkah pengesanan awal bagi kanser payudara.
Doctor yang merawat pesakit juga mungkin akan memohon pemeriksaan
mammografi ini sekiranya pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit yang
berkaitan dengan payudara seperti ketumbuhan (lump), kesakitan
payudara (breast pain), nipple discharge dan lain-lain.
PERSIAPAN
SEBELUM MAMMOGRAM
Masa
yang paling sesuai untuk melakukan pemeriksaan mammogram adalah
seminggu selepas haid (selepas mandi hadas) jika mammogram dilakukan
seminggu sebelum haid, dikhuatiri bakal menyebabkan kesakitan ketika
pemeriksaan. Pada hari mammogram pesakit seharusnya TIDAK
hamil dan TIDAK memakai:
- Bedak
- Deodorant (pewangi ketiak)
- Minyak wangi, terutama sekali pada bahagian payudara dan ketiak
JADUAL
MAMMO PENANG UNTUK KADUN BATU MAUNG
Tarikh
|
Hari
|
Masa
|
1 Mac
|
Ahad
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
30 Mei
|
Sabtu
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
23 Ogos
|
Ahad
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
1 November
|
Ahad
|
-
7.30 pagi
- 9.30 pagi
|
PENDAFTARAN
Wanita-wanita
Batu Maung yang ingin menyertai program ini boleh memberikan nama
kepada JKKK untuk kawasan masing-masing ATAU
terus hubungi Pusat Khidmat Batu
Maung di talian 04-6261968.
No comments:
Post a Comment