...

Pages

Tuesday, August 24, 2010

YB Malik Kassim tidak akan tunduk kepada pemuda umno

Exco Pulau Pinang Abul Malik Kassim tidak akan tunduk kepada gesaan Pemuda Umno Pulau Pinang untuk meletak jawatan, sebaliknya meminta mereka segera bertaubat. Ini kerana beliau tidak melakukan sebarang kesilapan , sebaliknya Pemuda Umno yang membawa fakta salah dalam isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah.

Gesaan Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan meminta Malik meletak jawatan kerana gagal menangani isu penggunaan nama Guan Eng dalam khutbah disifatkan oleh beliau sebagai pendekatan untuk mengalihkan perhatian rakyat ekoran dari kesilapan mereka membuat fitnah adal isu penyebutan nama Guan Eng dalam khutbah Jumaat itu. Beliau yang turut menasihatkan pihak terbabit untuk bertaubat turut menjelaskan khutbah oleh salah seorang khatib, Zakaria Ahmad yang dikatakan mendoakan keselamatan Guan Eng adalah sebaliknya cuma memohon supaya Ketua Menteri Pulau Pinang menerima hidayah-Nya.

Malah menurut beliau lagi, sejak zaman Rasullah SAW lagi, sudah wujud doa supaya pemimpin bukan Islam diberikan petunjuk dan hidayah. Bagi Malik, serangan berterusan ke atas Guan Eng dibuat sebagai tindak balas berikutan Pulau Pinang menjadi negeri pertama mengharam judi bola. Guan Eng dianggap antara pemimpin bukan Islam yang mesra dan akrab dengan umat Islam, malah membawa dasar yang menguntungkan institusi Islam di Pulau Pinang. – FARDILLA DIN/TVSelangor

3 comments:

malaysian said...

Pemuda umno perlu mendesak DS Najib letak jawatan dulu kerana gagal meyekat kecurian engin jet semasa dia menjadi menteri pertahanan. Perlu mendesak Anifa Aman letak jawatan kerana gagal menangani isu kemarahan indonesia. Perlu desak, Zahid hamidi letak jawatan kerana kapal selam tak boleh selam. Perlu mendesak Hisammudin letak jawatan kerana kes Teoh Beng Hock. Perlu suruh Shahrizat letak jawatan kerana banyak kes buang bayi. Perlu suruh Muhyidin letak jawatan kerana gagal kawal pengetua sekolah bersikap rasis. Nampaknya hampir semua menteri.........Elok bubarkan saja parlimen!!!!

UMNO PARTI PENJARA said...

kalau semua letak jawatan, generasi muda akan memerintah negara.

tapi kalau generasi muda memerintah, masih terjadi perkara yang sama, jangan salahkan mereka yang letak jawatan pula..













'Kejutan Besar' Untuk Generasi Muda Sabah Dan Sarawak:-)
>>>Tolong Klik Di Sini<<< ^_^

Anonymous said...

Batu maung kampunt nelayan seramai 100 oeang Melayu bakal lenyap kampung nelayan di Batu Maung...aku tengok utusan muka makcik tu sedih sangan raya yang tiada makna lagi...heheheh nak kata sedih sangat tengok muka makcik tu ada jugak tapi mungkin anak anak depa yang suka cina jadi pemimpin mereka jadi aku rasa tak payah sedih2 sgt lah...dah Melayu Pulau Pinang lagu tu..sejarah Melayu pengkhianat memang banyak dari Pulau Pinang ...kepada makcik dan pakcik dikampung nelayan tu....padan le muka kau...cuba tanya le kat Malik Kassim atau Anwar kot depa nak tulung....pada melayu penang dah layak kau oang terima padah...Selamat Hari Raya..huhuhuhuhuhu padan muka kau..setann



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT