...

Pages

Friday, May 28, 2010

Pulau Pinang negeri yang pertama telah haramkan judi bolasepak


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

3 comments:

Qaseh Bonda said...

Budaya rasuah bangsa cina cukup arif memandangkan benua cina benua antara benua tertua.

Jadi Guan Eng lagilah faham nak kuatkan dinasti kena tolak rasuah sungguh2.

Kerajaan BN dah nak tumbang, barah rasuah dah ditahap tenat.

Serupa orang2 tablig umno yang dok melilau kononnya berdakwah padahal anak dan isteri di rumah dah nak mati kebuluran.

Dok gempar kita konon Penang dah jadi hak cina...tiada bezanya tsu koon ngan Guan Eng.

Cumanya Cina Guan Eng cina yang faham konsep mencari,memiliki lalu memberi dengan senang hati.

zane said...

Bravo LGE! Tindakan yang YB ambil mematahkan hujah UMNO/Bn yang judi merupakan buaya orang cina.

Tiada cina yang mengamuk dengan pengharaman ini sebab orang yang berfikir akan tahu bahawa judi hanya membawa kesengsaraan dan kepedihan. Berapa banyak cerita di seluruh dunia menceritakan kesengsaraan hidup akibat berjudi.

Syabas sekali lagi.

lan bg said...

taniah kerajaan pp.macam mana lain2 judi haram yg duk ada di dun n37?



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT