Kepada seluruh penganut agama Buddha di Malaysia saya ucapkan selamat
menyambut Hari Wesak, suatu hari yang bermakna khas buat penganut
agama Buddha bagi mengenangkan hari kelahiran, pencerahan dan kematian
Gautama Buddha.
Gautama Buddha seorang anak putera di India ribuan tahun dulu telah
memilih jalan susah untuk menemui makna hidup yang sebenar dengan
menjalankan hidup seperti rakyat biasa. Selama 49 tahun Buddha
menyebarkan ajaran dengan penuh kesabaran dan menjawab segala
persoalan orang ramai dengan bersungguh-sungguh, tanpa kira agama dan
lapisan masyarakat.
Sifat mulia dan kasih sayang sesama manusia yang didukung oleh Gautama
Buddha sepanjang hidupnya merupakan prinsip yang penting diamalkan
oleh seluruh anggota masyarakat kita hari ini, sejajar dengan nilai
yang kami war-warkan selama ini, yakin Kepedulian Rakyat agar hak dan
kebajikan rakyat jelata, khususnya golongan miskin dan susah dijaga.
Sebarang percubaan untuk memprovokasi kemarahan terhadap kaum lain
harus dibanteras sama sekali kerana keadilan sosial dan perpaduan
negara hanya dapat dicapai dengan adanya ruang demokrasi dan kebebasan
untuk berdialog, bukannya tindakan menghina kaum atau agama lain.
Turut dihayati ajaran agama Buddha yang menanjung nilai-nilai insaniah
dan menolak penindasan terhadap manusia.
Maka, kami tekad bersama dengan rakyat dalam perjuangan membebaskan
Negara ini daripada penindasan dan kezaliman, semoga keadilan,
kesaksamaan dan demokrasi dibangunkan.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
No comments:
Post a Comment