...

Pages

Wednesday, December 23, 2009

Salleh Man - Tuntutan UMNO sudah terlambat

GEORGETOWN - Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Salleh Man menyifatkan tuntutan UMNO Pulau Pinang terhadap jawatan Pengerusi BN negeri dari tangan Gerakan sebagai ‘sudah terlambat’ dan hanya bertujuan untuk menipu orang Melayu di negeri ini bertujuan meraih sokongan mereka semata-mata.

Mohd Salleh juga mendakwa, UMNO pernah menggunakan taktik yang sama sewaktu berkempen pada pilihan raya umum 1986 apabila parti itu berjanji akan menjadikan seorang wakil mereka Ketua Menteri jika memenangi 12 kerusi yang dipertandingkan meskipun mereka mengetahui jawatan Ketua Menteri masih tetap akan dipegang oleh Gerakan.

“Sudah terlambat untuk UMNO Pulau Pinang membuat tuntutan sebegitu kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah sedar akan temberang mereka yang cuba mencetuskan propaganda hanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu semata-mata, meskipun mereka menyedari Gerakan tidak akan sesekali memberi peluang kepada UMNO untuk mengetuai BN peringkat negeri.

“Mungkin UMNO sebelum ini rasa berkuasa sebab mereka satu-satunya parti komponen BN yang memenangi kerusi pilihan raya umum lalu hingga berani mengemukakan tuntutan sedemikian, namun mereka harus sedar, kemenangan yang dikecapi mereka bukan disebabkan kekuatan UMNO sendiri, namun disebabkan oleh pengaruh BN yang masih kukuh,”katanya.

Mohd Salleh berkata, pergolakan yang berlaku dalam BN Pulau Pinang sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada PR kerana rakyat Pulau Pinang kini sudah mula buka mata akan situasi sebenar BN yang semakin parah dan berpecah-belah.

Sementara itu, DAP menyifatkan tuntutan jawatan Pengerusi BN negeri oleh UMNO Pulau Pinang daripada Gerakan tidak akan mengubah persepsi rakyat negeri ini terhadap kepimpinan BN yang tidak telus dan lemah.

Setiausaha DAP Negeri, Ng Wei Aik berkata, tuntutan UMNO jelas memberikan gambaran sebenar kepada rakyat bahawa parti itu rakus untuk membolot jawatan yang ditawarkan di peringkat negeri, meskipun ianya sebelum ini dipegang oleh rakan parti komponen yang lain sekali gus menyerlahkan lagi sikap diktator parti itu.

Menurutnya, perbalahan yang tercetus antara UMNO dan Gerakan bukan perkara baru memandangkan sebelum ini pernah berlaku kejadian koyak gambar Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon oleh beberapa ahli UMNO pada tahun lalu dan tindakan Gerakan meminta maaf kepada UMNO meskipun berlaku provokasi ke atas parti itu menunjukkan ia parti yang lemah dan terpaksa mengikut telunjuk UMNO.

“Sebagai sebuah parti yang kononnya sudah mengepalai kepimpinan BN di Pulau Pinang selama 35 tahun, mengapa Gerakan masih lagi berdiam diri dan mengeluarkan kenyataan akan menghormati setiap keputusan yang dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak walhal mengetahui beliau juga merupakan Presiden UMNO di samping tidak dapat menolak kemungkinan keputusan bakal berpihak kepada UMNO Pulau Pinang.

“Di mana perginya kewibawaan Gerakan yang masih lagi cuba bertolak-ansur dengan UMNO meskipun sedar parti itu banyak kali ‘dipijak’ oleh rakan parti komponennya itu. Senario ini tidak pernah berlaku dalam PR memandangkan setiap parti yang menyertai pakatan menjalinkan kerjasama kukuh dan sentiasa berbincang secara dalaman untuk menyelesaikan masalah,”katanya sewaktu melawat bangunan penjaja yang baru dibina Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Pasar Jalan Anson, di sini, semalam.

Wei Aik berkata, beliau juga bersetuju dengan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa Gerakan sememangnya tidak pernah buat kerja dan jarang turun padang untuk mendekati masyarakat Pulau Pinang dan menjelaskan, masalah itu bukan berlaku sejak dua tahun lalu, malah berlarutan sejak tahun 1980 lagi.

“Sewaktu pemerintahan Gerakan di Pulau Pinang sebelum ini, parti itu tidak pernah mencari inisiatif tambahan untuk menambahkan ‘kantung’ Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya bergantung harap semata-mata kepada peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat.

“Perkara ini berbeza dengan Kerajaan Negeri pimpinan PR yang sering mencari alternatif terbaik untuk menambahkan pendapatan dan saya yakin, jika UMNO Pulau Pinang berpeluang sekalipun untuk menerajui kepimpinan BN di negeri ini, persepsi rakyat terhadap BN tidak akan berubah kerana rakyat kini sudah semakin yakin dengan kepimpinan PR,”katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Knapa nk sbuk hal parti lain?? Parti sndiri pun x btui ada hati nk msuk cmpur parti org.. Saleh Man nie psai pa?? dh brapa belas taun dia dok mrantau mrata tmpat btanding x penah mnang nk ckap byk Last2 dpt jgk glaran YB yg diidamkan slps btanding kat satu2nya kubu kuat PAS di Penang.. Dah 2, org SG Dua tmpat asai dia pun x terima dia..



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT