...

Pages

Friday, September 25, 2009

Program Kerjasama antara Pusat Khidmat ADUN Batu Maung, Angkatan Muda Bayan Baru dan Muslim Aid Asia Youth sempena Ramadan-malaysiakini


Di Kampung Binjai Sdr Azrizal Kt AMK Bayan Baru yang juga pembantu Khas ADUN Batu Maung bersama AJK JKKK Kampung Binjai Kak Rashidah dan Sdr Amir -Nelayan sepenuh masa

Wakil dari Muslim Aid Asia Youth Sdr Yusof dan Pengerusi Biro Kebajikan JKKK Kampung Binjai Kak Ina

Sdr Asri dari Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan Sdr Hj Saaroni Pengerusi JKKK Kampung Permatang Damar Laut bersama penerima sumbangan di Kampung Permatang Tepi Laut

Di rumah salah seorang penerima sumbangan Kak Bee

Penyokong tegar UMNO juga tidak dilupakan untuk dihulurkan bantuan

Haji Saaroni dan Sdr Yusof di rumah salah seorang penerima sumbangan

Pada 18 hb Sept 2009 Ketua Angkatan Muda Bayan Baru, Sdr Azrizal Tahir bersama wakil dari GEMADA Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan MAAYOUTH Muslim Aid Asia Youth telah bersama dengan Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut, Sdr Haji Saaroni Hassan dan Pengerusi Biro Kebajikan Kampung Binjai, Kak Rashidah menyusuri kedua-dua kawasan JKKK menyampaikan bantuan berupa keperluan harian kepada beberapa penerima yang layak.
Bantuan yang disampaikan merupakan sumbangan dari Pejabat ADUN Batu Maung dan sumbangan dari GEMADA Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan MAAYOUTH Muslim Aid Asia Youth .
Sdr Asri Abd Hamid mewakili Gemada dan Sdr Md Yusof Idris mewakili MAAYOUTH.
Keesokan harinya sejumlah 12 set barangan berupa keperluan harian disumbangkan kepada JKKK Teluk Kumbar dimana Pak Musin Che Mat dan Kak Noryine bt Abd Majid AJK JKKK Teluk Kumbar telah diamanahkan untuk menyelaraskan sumbangan tersebut.

Di JKKK Sungai Batu Sdr Jamil Noordin Pengerusi JKKK Sungai Batu telah diamanahkan untuk menyelaraskan sebanyak 20 set barangan bantuan, manakala di Bukit Mertajam Sdr Din Binjai telah membantu menyelaraskan bantuan untuk 4 buah rumah ibu tunggal disana.


Ibu tunggal Puan Zaiton ini mempunyai 5 orang anak dan seorang daripadanya adalah kanak-kanak istimewa (gambar di atas). Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 3 tahun yang lalu. Beliau terpaksa bekerja sebagai pencuci Flat Taman Janggus di Cherok To'kun Atas untuk menyara keluarganya. Pendapatannya cuma RM500 sahaja. Jika anda berniat membantunya bolehlah menghubungi beliau di talian 017 - 416 2648.


Ibu tunggal puan Azizah pula mempunyai 11 orang anak. Puan Azizah malu untuk bergambar. Cikgu Piza (berbaju kuning) merupakan guru kepada anaknya di Sekolah Kebangsaan Kebun Teh, Machang Bubuk turut hadir menemani saya untuk menghulurkan sumbangan. Puan Azizah hanya mengambil upah mengasuh 2 orang kanak-kanak untuk menyara anak-anaknya seramai 11 orang. Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 2 tahun yang lalu. Jika anda ingin membantunya, hubungi 017 - 499 1625


Manakala Puan Norlela pula adalah ibu tunggal kepada 8 orang anak. Beliau kehilangan suaminya setahun yang lalu akibat serangan jantung. Suaminya adalah ahli Jemaah Tabligh. Kak Lela tinggal di Cherok To'kun. Anda boleh hubungi beliau di talian 019 - 545 8294.

Adalah besar harapan saya sekiranya anda sudi menghulurkan sumbangan anda terus kepada mereka. Saya sedia membantu anda sekiranya anda perlukan. Semoga dengan sedikit bantuan anda, mudah-mudahan ia dapat meringankan bebanan mereka.

No comments:



KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT