...

Pages

Tuesday, September 29, 2009

Gambar Di Sekitar Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN N37 Batu Maung-malaysiakini




27 Sep Batu Maung :Bertempat di Pusat Khidmad Kadun Batu Maung telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN N37 Batu Maung besempena dengan kedatangan Syawal yang Mulia ini. Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang telah dihadiri oleh hampir 10,00 tetamu yang terdiri dari rakyat yang berbilang bangsa dan dihidangkan dengan bermacam-macam jenis juadah yang disediakan. Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng dan TKM1 Pulau Pinang YAB Tuan Dr Mansor Othman beserta pemimpin dari Kerajaan Negeri dan pemimpin dari PAS, DAP dan PKR juga telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis. Tuan rumah ADUN Batu Maung YB Tuan Haji Abdul Malik Kassim beserta isteri Puan Hajjah Norazlina bt Md Kharsa juga sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir dan turut menyampaikan duit raya kepada hampir 200 kanak-kanak yang hadir.

Friday, September 25, 2009

Program Kerjasama antara Pusat Khidmat ADUN Batu Maung, Angkatan Muda Bayan Baru dan Muslim Aid Asia Youth sempena Ramadan-malaysiakini


Di Kampung Binjai Sdr Azrizal Kt AMK Bayan Baru yang juga pembantu Khas ADUN Batu Maung bersama AJK JKKK Kampung Binjai Kak Rashidah dan Sdr Amir -Nelayan sepenuh masa

Wakil dari Muslim Aid Asia Youth Sdr Yusof dan Pengerusi Biro Kebajikan JKKK Kampung Binjai Kak Ina

Sdr Asri dari Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan Sdr Hj Saaroni Pengerusi JKKK Kampung Permatang Damar Laut bersama penerima sumbangan di Kampung Permatang Tepi Laut

Di rumah salah seorang penerima sumbangan Kak Bee

Penyokong tegar UMNO juga tidak dilupakan untuk dihulurkan bantuan

Haji Saaroni dan Sdr Yusof di rumah salah seorang penerima sumbangan

Pada 18 hb Sept 2009 Ketua Angkatan Muda Bayan Baru, Sdr Azrizal Tahir bersama wakil dari GEMADA Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan MAAYOUTH Muslim Aid Asia Youth telah bersama dengan Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut, Sdr Haji Saaroni Hassan dan Pengerusi Biro Kebajikan Kampung Binjai, Kak Rashidah menyusuri kedua-dua kawasan JKKK menyampaikan bantuan berupa keperluan harian kepada beberapa penerima yang layak.
Bantuan yang disampaikan merupakan sumbangan dari Pejabat ADUN Batu Maung dan sumbangan dari GEMADA Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan MAAYOUTH Muslim Aid Asia Youth .
Sdr Asri Abd Hamid mewakili Gemada dan Sdr Md Yusof Idris mewakili MAAYOUTH.
Keesokan harinya sejumlah 12 set barangan berupa keperluan harian disumbangkan kepada JKKK Teluk Kumbar dimana Pak Musin Che Mat dan Kak Noryine bt Abd Majid AJK JKKK Teluk Kumbar telah diamanahkan untuk menyelaraskan sumbangan tersebut.

Di JKKK Sungai Batu Sdr Jamil Noordin Pengerusi JKKK Sungai Batu telah diamanahkan untuk menyelaraskan sebanyak 20 set barangan bantuan, manakala di Bukit Mertajam Sdr Din Binjai telah membantu menyelaraskan bantuan untuk 4 buah rumah ibu tunggal disana.


Ibu tunggal Puan Zaiton ini mempunyai 5 orang anak dan seorang daripadanya adalah kanak-kanak istimewa (gambar di atas). Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 3 tahun yang lalu. Beliau terpaksa bekerja sebagai pencuci Flat Taman Janggus di Cherok To'kun Atas untuk menyara keluarganya. Pendapatannya cuma RM500 sahaja. Jika anda berniat membantunya bolehlah menghubungi beliau di talian 017 - 416 2648.


Ibu tunggal puan Azizah pula mempunyai 11 orang anak. Puan Azizah malu untuk bergambar. Cikgu Piza (berbaju kuning) merupakan guru kepada anaknya di Sekolah Kebangsaan Kebun Teh, Machang Bubuk turut hadir menemani saya untuk menghulurkan sumbangan. Puan Azizah hanya mengambil upah mengasuh 2 orang kanak-kanak untuk menyara anak-anaknya seramai 11 orang. Suaminya telah kembali ke Rahmatullah 2 tahun yang lalu. Jika anda ingin membantunya, hubungi 017 - 499 1625


Manakala Puan Norlela pula adalah ibu tunggal kepada 8 orang anak. Beliau kehilangan suaminya setahun yang lalu akibat serangan jantung. Suaminya adalah ahli Jemaah Tabligh. Kak Lela tinggal di Cherok To'kun. Anda boleh hubungi beliau di talian 019 - 545 8294.

Adalah besar harapan saya sekiranya anda sudi menghulurkan sumbangan anda terus kepada mereka. Saya sedia membantu anda sekiranya anda perlukan. Semoga dengan sedikit bantuan anda, mudah-mudahan ia dapat meringankan bebanan mereka.

Thursday, September 24, 2009

DSAI Tuntut Pilihanraya Yang Bersih-malaysiakini



Sebaik disinggung tentang Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, persoalan undi pos dibangkitkan.

Ternyata persepsi umum adalah bahawa undi pos tidak bebas dan telus. Kita menjangkakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akan menangkis pantas “tohmahan” tersebut.

Mereka sekonyong-konyong terbabas manakala ditilik semula amanah pembentukan suruhanjaya bagi menjamin pilihanraya bebas dan adil.

SPR perlu memperbaiki sistem dan kaedah pengundian – menjamin kerahsiaan, membenarkan kehadiran wakil calun, mengira pada hari yang sama.

Terlalu banyak bukti yang dikemukakan sabelum ini, tetapi disangkal angkuh tanpa sebarang jaminan perubahan wajar.

Kita ulangi tuntutan supaya pengundian bebas, telus dan adil. Hak rakyat termasuk pasukan keselamatan wajar dihurmati.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, September 22, 2009

PERUTUSAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT, DATO' SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2009/1430H-malaysiakini

Ramadhan telahpun meninggalkan kita dan kini Syawal pula bertamu. Selama sebulan umat Islam berpuasa menahan diri bukan sahaja dari lapar dahaga malah yang lebih utama, menahan nafsu dari segenap aspek kehidupan. Semoga latihan selama sebulan ini telah menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bertaqwa dan pada masa yang sama mengukuhkan iltizam kita untuk terus istiqamah di dalam perjuangan.

Semangat Syawal pada kali ini seharusnya ini menjadi pendorong bagi kita semua untuk terus menyemarakkan obor perjuangan demi mewujudkan sebuah pentadbiran yang adil di negara ini. Apatah lagi Syawal kali ini disambut dalam keadaan kemelesetan ekonomi yang belum menunjukkan tanda-tanda pemulihan. Kerajaan bukan sahaja gagal mengambil langkah-langkah berkesan menanganinya malah dengan sewenang-wenangnya menaikkan harga petrol yang barang pasti melonjakkan harga barang dan meningkatkan kos sara hidup rakyat.

Syawal juga kita sambut dengan turut menginsafi malapetaka yang melanda saudara-saudara kita di seluruh dunia; di selatan Thailand, Palestin dan di Iraq antaranya. Penindasan berterusan terhadap mereka seharusnya menjadi pengajaran kepada kita akan peri pentingnya kita menghargai kemerdekaan yang kita nikmati ini dengan membuka ruang lingkup yang seluas mungkin bagi mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi. Perpaduan kaum adalah inti pati utama bagi sebuah negara merdeka. Justeru parti politik berteraskan kaum serta mengamalkan adu domba berbaur perkauman harus ditolak sama sekali kerana ia bakal mengundang perpecahan dan kehancuran bangsa.

Sempena Syawal yang mulia ini, saya mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitr kepada pimpinan parti, pimpinan Pakatan Rakyat, ahli-ahli dan para penyokong serta seluruh umat Islam. Marilah kita perkuatkan azam dan tekad untuk memperbaharui perpaduan agar dapat sama-sama kita bina sebuah negara demokrasi yang adil, maju, makmur dan sejahtera.

Salam Eidul Fitr. Maaf Zahir Batin.


DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Friday, September 18, 2009

KEADILAN SOKONG KENYATAAN BERSAMA NGO - TOLAK KEGANASAN POLITIK & RAIKAN PERBEZAAN MALAYSIA


Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh kenyataan dibuat gabungan pertubuhan bukan kerajaan yang dikeluarkan sempena Hari Malaysia, dan kami sependapat dengan gesaan menjadikan nilai keamanan kukuh sebagai asas hidup masyarakat di negara ini agar semua kita dapat menikmati harga kebebasan sebenar.

Negara kita kini berada di persimpangan. Rakyat sekarang boleh memilih untuk mendapatkan keamanan melalui persefahaman atau keamanan melalui kekerasan. Warga Malaysia kini boleh memilih kebebasan sebenar yang membolehkan negara ini berkembang atau memilih kebebasan palsu pemberian rejim politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa.

Sejak 8 Mac pada tahun lalu, kita telah menyaksikan satu bentuk gerakan penentangan bersifat luahan politik dan aktivisme, yang jelas memberikan petanda baik kepada pembangunan demokrasi kita. Namun malangnya, kita juga menyaksikan beberapa cubaan terdesak dan ganas yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengganggu sesuatu isu, tidak perlu diperjelaskan lagi bagaimana isu perkauman dimainkan oleh pelbagai pihak demi mencapai matlamat politik.

KEADILAN teguh dengan komitmen untuk menyuburkan hak kebebasan bersuara. Bagaimanapun, kami menolak sebarang cubaan untuk mencabuli kebebasan ini demi menyalakan sentimen perkauman dalam kalangan rakyat. Sebagai sebuah negara bertamadun, kita sepatutnya menerima dengan baik prinsip keamanan tanpa keganasan, sama ada secara fizikal atau politik, dan mengamalkan prinsip tanggungjawab dalam kebebasan yang dimiliki.

Kita juga harus beringat, daripada menjadikan perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai sebab untuk mencetuskan pertelagahan, lebih baik kita melakukan sesuatu untuk memahami dan menghormati perbezaan itu. Kita juga seharusnya perlu meraikan dan menggunakan perbezaan yang wujud dalam kalangan rakyat bagi memenuhi hasrat serta potensi negara untuk menjadi sebuah negara hebat.


JONSON CHONG
Pengarah Komunikasi

Ucapan Aidilfitri 2009 YB Pn. Hjh. Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang & Ketua Wanita KEADILAN


Assalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh.

اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ

Maha suci Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh umat manusia, dan melimpahkan kenikmatan Iman dan Islam kepada kita semua. Alhamdulillah, pada tahun ini kita berkesempatan lagi untuk meraikan Syawal yang mulia, selepas bulan Ramadhan mengasuh diri kita untuk rapat dengan Al-Quran serta menyemarakkan lagi jihad dalam melaksanakan seluruh ajaran Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan madrasah Ramadhan yang baru kita tinggalkan memberi kesan yang cukup bermakna sebagai bekalan menjalani kehidupan selepas ini.

Ambillah peluang terbaik pada kesempatan hari yang mulia ini untuk saling mengunjungi dan bermaaf-maafan serta mengeratkan silaturrahim sesama keluarga, kenalan dan jiran. Raikanlah bulan kemenangan ini dengan memperbanyakan ibadah dan amalan kita sebagai tanda mensyukuri nikmatNya.

Saya juga mengambil kesempatan di hari yang mulia ini untuk menyeru agar umat Islam khususnya di Malaysia untuk kembali mendalami dan memahami ajaran dan tarbiyyah Islam yang sebenar dari kaca mata Al-Quran dan Sunnah. Iaitu bahawa Islam ini adalah syumul dan diperturunkan kepada umat manusia seluruhnya, dengan mengangkat toleransi dan mengutamakan hikmah dalam perlaksanaan dakwah, syariah dan segala perihal urusan sesama manusia. Tidak pernah Islam itu bersikap zalim dan menghina apatah lagi memecah belahkan perpaduan masyarakat dari kalangan penganut yang berbeza fahaman agamanya. Allah s.w.t mengangkat darjat hambaNya dengan ukuran Iman bukan kekayaan, pengaruh apatah lagi kaum dan bangsanya. Jauhilah diri kita daripada menjadi pejuang Asobiyah. Jangan terperangkap dengan jerat perkauman yang membawa derita dunia akhirat. Ingatlah sebuah hadis daripada Jabir bin Mut’im:

قال الرسول e : لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ ولَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ على عَصَبِيَّةٍ و لَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ على عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya: Bukan daripada golongan kami sesiapa yang menyeru kepada asobiyah, bukan daripada golongan kami sesiapa yang berjuang atas dasar asobiyah dan bukan daripada golongan kami sesiapa yang mati atas dasar asobiyah.


Oleh itu, perkukuhkanlah perpaduan kita sesama masyarakat dengan meletakkan keadilan pada tempatnya yang haq. Saya ingin turut mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak terutama sekali para pengundi di kawasan Ampang, Ahli-ahli EXCO Wanita Parti Keadilan Rakyat, Ahli-ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi Parti, Jabatan-jabatan Kerajaan, pihak media dan kesemua pihak yang telah memberi kerjasama terbaik mereka.

Akhir kata, saya selaku Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat dan juga Ahli Parlimen Ampang ingin mengucapkan Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin kepada kesemua rakyat Malaysia. Mudah-mudahan cahaya Syawal pada tahun ini dapat menyerikan dan menambah erat hubungan sesama kita. Sekiranya terdapat keterlanjuran kata ataupun perbuatan yang tidak disengajakan, saya menyusun jari memohon kemaafan daripada semua. Sekian, terima kasih.

“Kullu ‘Am Wa Antum Bi Khair”


HJH ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita KEADILAN
Ahli Parlimen Ampang

Wednesday, September 16, 2009

Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN N37 Batu Maung



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Jemputan Ke Rumah Terbuka Aidilfitri KADUN N37 Batu Maung

Tarikh : 27 Sep 2009 (AHAD )

Jam : 2.00 ptg Hingga 6.00 ptg

Tempat : Pusat Khidmat ADUN Batu Maung , Jln Lintang Bt Maung 1, Tmn Ipin , Bayan Lepas

Semua Di Jemput Hadir Beramai-Ramai

Sunday, September 13, 2009

MPPP janji selesai isu tapak buang sampah -malaysiakini

BATU MAUNG – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berjanji akan menyelesaikan masalah tapak pembuangan sampah di Batu Maung untuk memudahkan proses pelupusan sisa yang semakin bertimbun di negeri ini.

Yang Dipertua MPPP, Tan Cheng Chui berkata, pihaknya memahami masalah yang berlaku di tapak pembuangan sampah itu semakin sempit.

“Tindakan alternatif akan diambil untuk menangani masalah ini. Sampah–sarap dibuang menggunakan dua cara iaitu melalui jalan darat dengan kontena sampah terus ke Pulau Burung untuk dilupuskan. Satu lagi cara ialah dengan mengangkut kontena sampah terus ke sana menggunakan bot,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa MPPP sedang menunggu kelulusan untuk mengangkut sampah menggunakan tongkang bagi melancarkan lagi proses pelupusan.

“Penggunaan tongkang yang ditutupi kanvas lebih mudah kerana mampu membawa muatan sebanyak 300 hingga 400 tan sampah sekali perjalanan berbanding kontena yang hanya mampu membawa 7 hingga 8 tan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau tapak pembuangan sampah di sini, semalam bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow; Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar yang juga Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik. .

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa faktor cuaca memburukkan lagi keadaan di tapak pembuangan sampah tersebut.

“Selain cuaca yang tidak menentu, beberapa jalan yang semakin rosak akibat dilalui kenderaan berat setiap hari juga membuatkan masalah yang dihadapi bertambah rumit. Malah, ada juga lori sampah yang terbalik disebabkan jalan yang tidak elok,” katanya.

Selain itu, beliau akan berbincang dengan syarikat kontraktor, Idaman Bersih mengenai pembukaan tapak baru bagi menampung sampah yang semakin banyak.

“ Pembukaan kawasan baru akan dapat mengatasi masalah ini kerana banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan apabila tapak tersebut berhampiran dengan jeti. Tidak perlu lori sampah berulang–alik untuk membawa muatan sebelum dilupuskan di Pulau Burung,” katanya.

Dua hari lalu, Sinar Harian melaporkan puluhan lori sampah terpaksa membuang sampah di Jelutong kerana pusat pembuangan di Batu Maung ditutup buat sementara waktu.

Kekecohan mulai timbul apabila pemandu lori terpaksa menunggu empat jam sebelum pintu pagar tapak pembuangan sampah dibuka bagi membolehkan sisa pepejal dibuang.

Pengerusi Eurasia Express, Kenny Yeoh pula berkata, masalah yang berlaku di tapak pembuangan tidak menjejaskan jadual kutipan sampah dari rumah ke rumah.

“ Jadual kutipan sampah turut ditingkatkan," katanya.

petikan dari sinar harian

Yb Hj Malik Kassim Berbuka Puasa Bersama Staf-malaysiakini

Yb Haji Abdul Malik Kassim sdg memberi sepatah 2 kata...
orang2 kuat AMK dan staf Pusat Khidmat juga hadir ...
antara pegerusi2 dan s/u JKKK yg hadir...
Antara staf-staf dari pej Exco
antara juadah yang di sediakan untuk tetamu yang hadir...
TERIMA KASIH...

11 Sep. YB Hj Abdul Malik Kassim telah meraikan staf-staf nya yang terdiri dari staf Pej Exco , PA-PA , JKKK sekitar dun Batu Maung dan staf dari Pusat Khidmat Dun Batu Maung berbuka puasa di Pan Mutiara ( curry house ).

Wednesday, September 9, 2009

KENYATAAN MEDIA MENGENAI KEKECOHAN DIALOG DI SELANGOR-malaysiakini


Kekecohan yang dilakukan oleh beberapa individu yang bertindak agresif di majlis dialog mencari jalan penyelesaian isu pembinaan kuil di Seksyen 23, Shah Alam amat mendukacitakan. Sekali lagi, ia dilakukan oleh kelompok yang sama dengan dalam demonstrasi kepala lembu yang lalu. Ia juga dilakukan di bulan Ramadhan Al-Kareem ini yang seharusnya menjadi medan tarbiyyah dan latihan untuk kita bersabar dan bijaksana dalam menyelesaikan segala kekusutan.

Kesempatan beristiqamah membaca Al-Quran pasti mengingatkan kita dengan peringatan dari Allah dalam surahNya, yang bermaksud:
  • “Janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”. (Al-Anfal (8):46).

  • “ Dan orang-orang yang menyambut perintah Tuhannya, serta mereka mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.. “ (Surah As-Syura (42): 38)


Gelagat agresif, provokatif dan minda tertutup yang dipamirkan menggambarkan wujudnya ciri-ciri yang berikut:
  • Sememangnya telah ditanam prasangka buruk (su’ al-zann) lebih awal sebelum dari sesi dialog bermula.

  • Niat mereka menghadirinya bukan untuk mencari penyelesaian. Malah, berkemungkinan besar dengan niat buruk (mala fide) untuk mencemar imej Kerajaan Pakatan Rakyat dan kepimpinan Menteri Besarnya demi tujuan tersirat tertentu pada jangka panjang.

Nyata sekali, sikap Menteri Dalam Negeri yang mempertahankan tindakan mereka, menjadikan mereka lebih ‘besar kepala’ bagaikan ‘kaduk naik junjung.’ Apatah lagi, tindakan mereka yang disokong pula oleh Perdana Menteri sendiri kemudiannya - yang mendakwa bahawa kerajaan Pakatan telah mulai hilang kepercayaan rakyat. (Apakah pula komen Dato' Seri Najib dengan keberanian lebih 20,000 rakyat yang berdemonstrasi secara beradab menyuarakan pandangan mereka dalam ISA baru-baru ini? ).

Kesediaan pihak Tan Sri Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar dan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mengadakan dialog seharusnya mendapat penghargaan sewajarnya. Jelaslah, ia dilakukan dengan niat murni untuk menyelesaikan konflik secara berlapang dada dan bertamadun. Pihak Menteri Besar boleh memilih untuk tidak menghadirinya dan meminta pihak lain sebagai ganti. Mungkin tanggungjawab tersebut lebih sesuai ditangani oleh pihak Mufti Kerajaan Negeri dan Datuk Bandaraya Shah Alam sendiri. Maka, sewajarnyalah peluang seperti ini diambil kesempatan sebaiknya oleh mereka yang tidak puas hati. Prinsip mencari penyelesaian konflik orang Melayu adalah ‘bagaikan menarik rambut dalam tepung; rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.’


Malangnya, ini tidak berlaku. Anehnya, kekecohan dilakukan oleh mereka yang mendakwa diri layak menjadi ‘TUAN’ kepada orang lain berasaskan konsep ‘Ketuanan Melayu’ yang mereka perjuangkan. Bolehkah mereka nanti menjadi adil dan bijaksana andai diamanahkan tanggungjawab lebih besar memimpin negara di masa depan? Apakah mereka sendiri sudah lupa dengan Kempen Budi Bahasa, penghayatan Rukun Negara dan Wawasan 2020 yang dilagangkan begitu gah selama ini? Satu hal lagi, kita tidak pula kedengaran pandangan para mufti dan pemuka agama negara - yang lazim dan aktif memberikan fatwa selama ini - dalam isu demonstrasi kepala lembu ini. Di manakah keadilan kalian? Wallahu a’lam.


DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Monday, September 7, 2009

Kerajaan negeri Pulau Pinang perkenal anugerah hafal Al Quran . -malaysiakini


Kerajaan negeri Pulau Pinang akan memberi penganugerahan kepada penghafal Al Quran seluruh Pulau Pinang. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.
Menurut Abdul Malik satu anugerah khas sebagai tanda menghargai sumbangan penghafaz Al Quran dan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat akan diwujudkan dalam tempoh terdekat tahun ini juga.

Pengiktirafan ini adalah sebagai tanda kerajaan negeri komited dan mengiktiraf para penghafaz Al Quran dalam memacu perkembangan syiar Islam di negeri ini.

Tidak setakat ini sahaja penganugerahan yang kita berikan, malah anugerah kepada Hafiz Termuda akan diberikan kepada penghafaz Al Quran termuda dalam Pulau Pinang.

"Ini termasuk juga satu penganugerahan kepada guru mereka yang akan dianugerahkan dengan Anugerah Guru Al-Hafiz sebagai menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh guru-guru ini bagi melahirkan ramai hafiz di Pulau Pinang," kata Malik.

Abdul Malik juga berkata selain daripada anugerah tersebut ijtimak hafiz akan turut diadakan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat dan rakyat negeri ini mengenai keperluan melahirkan seorang hafiz dalam sebuah keluarga.

"Usaha kita ini akan menjadikan Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat sebagai salah satu tindakan yang membesarkan penghafaz Al Quran. "Masyarakat dapat membuat perbezaan semasa pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada dengan mereka yang pernah memimpin sebelum ini terhadap pengiktirafan terhadap para hafiz di Pulau Pinang," katanya.

Yb Malik Kassim turut serta dalam program Unit Ehsan Pulau Pinang-malaysiakini





Yb Malik Kassim turut hadir membantu Unit Ehsan Pulau Pinang mengagihkan bubur lambuk sempena program Ramadhan di Bayan Baru petang tadi.
Untuk menjayakan program tersebut Yb Malik Kassim turut menyumbang 1 periuk bubur lambuk untuk diagihkan oleh Unit Ehsan Pulau Pinang kepada orang ramai.

Datuk Bandar London gesa bukan Muslim berpuasa


Menurut sebuah akhbar semalam, Johnson membuat kenyataan itu ketika melakukan lawatan ke sebuah masjid dan Pusat Islam London.

Dia berkata, penganut 'di ibu kota itu 'mencabar pandangan tradisional mereka' dengan cuba menjadi sebahagian daripada komuniti arus perdana.

"Itulah sebab kenapa saya menggesa orang ramai, terutamanya dalam Ramadan supaya mengenali lebih lanjut mengenai Islam, tingkatkan pemahaman anda dan pembelajaran (agama Islam), malah berpuasa satu hari dengan jiran Muslim anda serta berbuka puasa di masjid tempatan.

"Saya akan berasa amat terkejut jika anda tidak menemui bahawa anda (sebenarnya) berkongsi banyak persamaan," kata Johnson. - Agensi

Sunday, September 6, 2009

Program Yang Telah Diadakan di dalam DUN Batu Maung:-malaysiakini

LAPORAN BULANAN ADUN BATU MAUNG UNTUK BULAN SEPT 2009

1)7-Jun-09
08.00 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong
Taman Sunway Tunas, Bayan Baru

2)13-Jun-09
09.00 MALAM
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat
Pusat Konvensyen KUIS, Bangi, Selangor

3)21-Jun-09
08.00 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong Flat Seri Delima, Sungai Ara

4)21-Jun-09
09.00 PAGI
Kempen Pendaftaran Warga Emas –Bersama JDM Bukit Gedung Halaman Mayang Bukit Gedung

5)21-Jun-09
09.30 PAGI
Mesyuarat Biro Politik ,Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru

6)28-Jun-09
10.00 PAGI
Mesyuarat Agung Masjid Batu Maung ,Masjid Jamek Batui Maung

7)04 JULAI 2009
04.00 PETANG
Program Ramah Mesra dan Dialog bersama penduduk dan JKKK – Batu Maung ,Dewan JKKK Batu Maung

8)11 JULAI 2009
09.00 PAGI
Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat ,Dewan Seri Pinang

9)12 JULAI 2009
08.00 PAGI
Pelancaran Pasukan Skim Rondaan Sukarela ,Hadapan Surau Bukit Gedung

10)12 JULAI 2009
08.30 PAGI
Gotong Royong di Persiaran Mayang Pasir ,Persiaran Mayang Pasir

11)18 JULAI 2009
09.30 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong Taman Muhibbah, Batu Maung

12)19 JULAI 2009
08.00 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong Tanah Perkuburan Jalan Perak

13)19 JULAI 2009
08.30 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong Desa Wangsa , Permatang Damar Laut

14)19 JULAI 2009
10.30 PAGI
Program Ramah Mesra dan Dialog bersama penduduk dan JKKK – Sungai Tiram ,Dewan JKKK Sungai Tiram

15)20 JULAI 2009
08.30 PAGI
YB HAMDAN (MENINGGAL DUNIA) SPT (BM)

16)22 JULAI 2009
09.00 MALAM
Festival Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang ,Dewan Mutiara , Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas

17)25 JULAI 2009
08.30 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong Permatang Tepi Laut

18)02 OGOS 2009
09.00 PAGI
Teknik Menjawab Soalan UPSR Peringkat DUN Batu Maung – 52 Orang Peserta ,Dewan JKKK Batu Maung

19)02 OGOS 2009
04.00 PETANG
Penutupan Bengkel Khas JKKK ,Kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas

20)09 OGOS 2009
08.30 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong bersama penduduk dan JKKK ,Permatang Tepi Bendang

21)09 OGOS 2009
09.00 PAGI
Kempen Anti Denggi dan Gotong royong bersama penduduk dan JKKK Teluk Tempoyak

22)14 OGOS 2009
04.00 PETANG
Penyerahan Sumbangan 100 buah Kerusi kepada Tokong Sg Ara berhampiran market Sungai Ara,Pekan Sungai Ara

23)16 OGOS 2009
05.00 PETANG
Sumbangan Ramadan kepada masjid /surau dalam DUN Batu Maung ,Permatang Damar Laut

24)16 OGOS 2009
09.00 MALAM
Prog. Penghayatan Ramadan dan forum Perdana Hal Ehwal Islam ,Padang Bola Sepak Permatang Damar Laut

25)19 OGOS 2009
02.30 PETANG
Program Mud-Balls Peringkat Daerah Barat Daya ,Tebing Sungai Kluang , Jalan Tokong Ular, Bukit Gedung

26)25 OGOS 2009
08.30 MALAM
Solat Isyak dan Taraweh ,Surau Taman Iping , Batu Maung

27)26 OGOS 2009
08.30 MALAM
Solat Isyak dan Taraweh,Masjid Batu Maung

28)27 OGOS 2009
07.15 MALAM
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib ,Masjid Sungai Tiram

29)29 OGOS 2009
07.15 MALAM
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib ,Masjid Teluk Tempoyak

30)29 OGOS 2009
08.30 MALAM
Solat Isyak dan Taraweh ,Masjid Permatang Damar Laut

31)30 OGOS 2009
08.30 MALAM
Solat Isyak dan Taraweh ,Surau Kampung Baru, Sungai Ara

32)31 OGOS 2009
08.30 MALAM
Solat Isyak dan Taraweh ,Surau Bukit Gedung

33)1 SEPT 2009
08.30 MALAM
Solat Isyak dan Taraweh ,Surau Permatang Tepi Laut


Pusat khidmad N37 Batu Maung


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT