...

Pages

Wednesday, April 29, 2009

Dr Mansor calon PKR di Penanti-malaysiakini

Seperti yang diduga, Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, 58, tahun dipilih sebagai calon PKR bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bulan depan.

anwar ibrahim dr mansor othman pkr candidate for penanti state seat by election 280409 03Pemilihannya diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi Yayasan Aman, di Penanti malam ini.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Pengerusi PKR negeri yang juga ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohd Hashim; pengerusi DAP negeri dan exco kerajaan negeri, Chow Kon Yeow dan bekas timbalan ketua menteri, Mohammad Fairus Khairuddin.

Sejak Fairus mengosongkan kerusi tersebut pada 16 April lalu, tercetus spekulasi menyatakan bahawa Anwar akan memilih Dr Mansor bertanding di kerusi tersebut.

Dr Mansor, bekas profesor di Universiti Sains Malaysia, merupakan setiausaha politik Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri dalam kerajaan pusat BN.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan 23 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian pada 31 Mei depan.

anwar ibrahim dr mansor othman pkr candidate for penanti state seat by election 280409 01Pada 8 April lalu, Fairus meletakkan jawatan sebagai timbalan ketua menteri 1 selepas beliau disiasat berhubung dakwaan rasuah membabitkan operasi kuari di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPR) menyatakan tidak cukup bukti untuk mendakwa Fairus terhadap tuduhan tersebut.

Minggu lalu, Fairus mengulangi keputusannya untuk meletak jawatan wakil rakyat DUN Penanti.

Wednesday, April 22, 2009

KDN masih rampas akhbar PKR, ugut pengedar-malaysiakini

Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa masih merampas akhbar PKR Suara Keadilan dan mengugut pengedarnya walaupun perdana menteri telah menarik balik penggantungannya awal bulan ini.

Pagi ini, seorang pengedarnya mengadu penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran kementerian itu merampas edisi terbaru mingguan tersebut di beberapa premis di Selayang dan Gombak, Selangor.

Edisi 21-28 April memuatkan laporan muka depan kenyataan profesor undang-undang Dr Aziz Bari yang berpendapat sidang DUN Perak bulan depan "tidak sah" kerana tidak mendapat restu Speaker, V Sivakumar.

Ia juga menyiarkan foto pertemuan exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong - yang berdepan dengan penyebaran foto separuhnya bogelnya - dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang juga mursyidul am PAS.

suara keadilan perak cabar spr ke mahkamah perak state challenge ec in court 110209Sementara seorang lagi pengedar mendakwa menerima aduan daripada beberapa penjual bahawa KDN juga melakukan rampasan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Menurut satu kenyataan Suara Keadilan hari ini, tindakan sama juga dilaporkan di beberapa tempat lain di seluruh negara.

"Dalam rampasan itu, KDN tidak menyatakan alasan secara khusus (alasan tindakannya) melainkan menyatakan bahawa penerbitan Suara Keadilan menyalahi Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 (pindaan 1987).

"Beberapa pembaca juga menghubungi pihak kami dan melaporkan para penjual akhbar di Rawang dan Taman Melawati (Ulu Kelang) kini terpaksa menjual Suara Keadilan secara sembunyi-sembunyi (di bawah meja) akibat ugutan daripada KDN," kenyataan sidang pengarang akhbar pembangkang itu dipetik.

"Kami kesal kerana KDN masih melakukan rampasan dan ugutan kepada pengedar kami di seluruh negara."

Usaha menghubungi setiausaha bahagian kawalan penerbitan KDN Che Din Yusuh untuk ulasan lanjut gagal.

Akhbar itu juga mendesak:

bullet buttonKDN berhenti merampas Suara Keadilan kerana ia mempunyai permit penerbitan dan diterbitkan oleh sebuah parti berdaftar.

bullet buttonKementerian menghentikan segala bentuk ugutan terhadap pengedarnya di seluruh negara dan juga syarikat percetakannya.

bullet buttonKDN tidak menyalahgunakan akta penerbitan secara
sewenang-wenangnya untuk menekan penerbitan parti pembangkang. 

bullet buttonMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memastikan pegawainya mematuhi arahan Datuk Seri Najib Razak untuk membenarkan kebebasan akhbar.

Saturday, April 18, 2009

Anwar: Beri Pakatan Rakyat Kemenangan Percuma Di Penanti ~ malaysiakini

oleh Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 18 April (SK) : "Beri Pakatan Rakyat kemenangan percuma. Tindakan ini bukan sahaja dapat menjimatkan dana pembayar cukai, masa dan juga tenaga tetapi ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri Najib Razak."

Kata Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam ceramah beliau di Penanti semalam.

"Kita akan akur dengan kenyataan Perdana Menteri supaya jangan membazir dana awam. Oleh itu saya menyeru pimpinan BN dan Umno supaya tidak meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kecil Penanti," jelas Anwar.

Ini menguji kata-kata Najib mengulas perletakan jawatan ADUN Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin Khamis lalu dan ini membuka jalan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari.

Anwar mencabar Najib supaya jangan meletakkan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari itu.

Ekoran Najib semalam menyatakan bahawa pilihanraya kecil hanya permainan politik Pakatan Rakyat yang membazirkan dana awam. Beliau menyeru rakyat menolak taktik politik sedemikian.

Beliau berkata, kenyataan Najib itu sebenarnya adalah bertentangan dengan tindakannya yang mengatur konspirasi politik di Perak apabila dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno dan BN untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu

Pilihan raya kecil di Penanti adalah yang keenam sejak pilihan raya umum Mac tahun lalu.

Dalam ucapannya Anwar menyifatkan peletakan jawatan Fairus sebagai "tepat dan betul" kerana beliau kini dibelit penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Fairus mungkin tidak didakwa tetapi kepentingan rakyat dan parti mesti didahulukan. Saya menghormati keputusannya meletak jawatan tetapi parti akan memelihara dan melindungi kepentingannya. Kita akan menyediakan bantuan guaman untuknya," kata Anwar.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mengumumkan pada 24 April bila pilihan raya kecil akan diadakan jika disahkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Penanti berlaku.

Komen Najib mengenai isu Penanti ini agak menyimpang daripada kenyataan Timbalannya, Muhyiddin Yassin yang menegaskan bahawa Umno dan BN sudah bersedia menggerakkan jentera pilihan raya bagi merampas kerusi tersebut.

Bagaimanapun akhbar tempatan hari ini segera menyiarkan statistik Polis Diraja Malaysia dan juga SPR untuk membuktikan bahawa kos lima pilihan raya kecil yang dikendalikan sejak pilihan raya umum tahun lalu adalah besar.

SPR dilaporkan membelanjakan RM2.4 juta untuk mengendalikan pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh (RM 409,000); Kuala Terengganu (RM 580,000); Bukit Gantang (600,000) dan untuk dua kerusi dewan undangan negeri Batang Ai (RM400,000) dan Bukit Selambau (RM400,000).

Sementara polis pula berbelanja sejumlah RM31 juta untuk mengawal kententeraman dan keselamatan awam bagi kelima-lima pilihan raya kecil berkenaan.


- sumber : Suara Keadilan Online.


Larangan merokok di bangunan DUN -malaysiakini

GEORGETOWN - Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang kini menjadi kawasan larangan merokok.

Ia menjadi bangunan pertama di negara ini yang mengisytiharkan larangan merokok ke atas semua pengunjung yang berada di dalam bangunan itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain berkata, ia adalah satu langkah keselamatan yang dibuat menjelang persidangan DUN Pulau Pinang pada 20 April ini.

Menurutnya, keseluruhan kawasan termasuk tempat meletak kenderaan dan jalan raya dalam kawasan bangunan DUN adalah kawasan bebas asap rokok.

"Tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melanggar peraturan ini. Peraturan tetap peraturan dan akan diambil tindakan. Malah wartawan juga tidak terlepas daripada dikenakan larangan ini," katanya pada sidang media di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata, kakitangan kerajaan termasuk pasukan beruniform akan dipantau 24 jam bagi memastikan mereka patuh pada perintah larangan merokok.

Beliau berkata, kakitangan kerajaan akan dikenakan tindakan tata tertib serta denda RM500 sekiranya didapati merokok di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok.

"Malah jumlah denda akan dinaikkan lagi sekiranya mereka mengulangi kesalahan yang sama. Jika gagal membayar denda, kes mereka akan dirujuk ke mahkamah," katanya.

Menurutnya, larangan itu sebagai menyokong kempen 'Tak Nak' yang dilancarkan oleh Kerajaan Pusat.

"Tidak kira sama ada kakitangan kerajaan atau wakil rakyat pemerintah mahupun pembangkang, tindakan yang sama tetap akan diambil. Ini adalah salah satu cara untuk menyedarkan orang ramai mengenai bahaya merokok dan kesannya kepada orang ramai," katanya.

Beliau berkata, kawasan empangan juga akan diwartakan sebagai kawasan larangan merokok termasuk Empangan Teluk Bahang, Empangan Mengkuang dan Empangan Air Itam.

Friday, April 17, 2009

Peningkatan Kadar Jenayah Membimbangkan-malaysiakini

Saya terkesan sewaktu dimaklum akan peningkatan kadar jenayah yang mendadak. Tatkala rakyat berdepan dengan kemelesetan ekonomi, ancaman jenayah dan salah laku semestinya menggugat keselamatan.

Kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bahawa kadar jenayah ragut naik sebanyak 99% dalam tempoh empat bulan pertama berbanding tempoh untuk tahun lalu cukup mengejutkan. Ini bermakna kenaikan sebanyak 600 kes, dari 606 tahun lalu kepada 1206 kes pada tahun ini, dan ini merupakan rekod antara bulan Januari sehingga April!

Sekiranya kenaikan tersebut mengejutkan, pastinya ia membuatkan kita bingung dan kecewa. Apa tidaknya, jenayah samun berkumpulan tanpa senjata api mencatatkan kenaikan sebanyak 80.5% bersamaan 1,005 kes. Untuk tempoh empat bulan pertama tahun lepas, 1,249 kes dicatat, manakala untuk tempoh yang sama tahun ini mencatatkan 2,254 kes. Barangkali kenaikan kadar jenayah ini boleh dicatatkan sebagai satu pencapaian dalam The Malaysian Book of Records!

Seringkali kita didendang dengan jaminan keselamatan yang diberikan kepada rakyat Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri serta institusi keselamatan, pun demikian kadar jenayah yang dicatatkan untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini sahaja jelas menunjukkan jaminan itu belum lagi sepenuhnya tertunai.

Saya percaya, seandainya keupayaan institusi keselamatan digunakan untuk memerangi jenayah sepenuhnya — dan tidak dijadikan perkakas untuk membelenggu mereka yang berlainan pendapat dengan elit penguasa — maka keamanan dan ketenteraman dalam negara pastinya dapat dipulihkan.

ANWAR IBRAHIM

Thursday, April 16, 2009

Elizabeth kembali bertugas hari ini -malaysiakini

ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong kembali semula bertugas sebagai exco kerajaan negeri setelah bercuti selama dua bulan selepas tersebar gambar separuh bogelnya kepada umum.

Setibanya di pejabatnya di tingkat dua bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, Elizabeth disambut oleh rakan exconya Ronnie Liu dengan sejambak bunga.

Beliau tiga kira-kira jam 9.30 pagi dan tergesa-gesa untuk menghadiri mesyuarat pelancongan.

ADUN Bukit Lanjan itu merupakan exco pelancongan, pengguna dan alam sekitar Selangor.

Semalam, kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk mengekalkan jawatan Elizabeth sebagai exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.

Elizabeth memberitahu pemberita bahawa beliau bersemangat untuk memulakan tugas hari ini.

Katanya, beliau telah menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi dan telah diberi penerangan berhubung tugas-tugasnya yang tertangguh.

Kira-kira 30 wartawan dan jurugambar menunggu di depan pejabatnya.

Katanya beliau akan menemui pihak media selepas selesai mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun, pegawainya kemudian memberitahu bahawa Elizabeth tidak dapat menemui media kerana terpaksa menghadiri banyak program hari ini.

'Eli aset S'gor

Seorang lagi exco negeri itu, Teresa Kok kelihatan turut mengunjungi Elizabeth kemudiannya dengan membawa buah tangan berupa coklat.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, beliau menyifatkan keadaan rakan exconya itu baik kerana "semua orang bersamanya".

Diminta mengulas tindakan pembangkang negeri yang akan terus membangkitkan isu moral Elizabeth, Teresa berkata:

"BN telah memainkan banyak isu ini tetapi masih gagal. Elizabeth merupakan aset negeri Selangor.

"Sejak setahun lalu, beliau kuat bekerja dan menyumbangkan banyak jasa kepada rakyat. Rakyat tidak buta. Rakyat ada mata," katanya.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo semalam dilaporkan berkata, keputusan kerajaan negeri mengekalkan jawatan Elizabeth menguntung Barisan Nasional (BN).

Katanya, ia akan menjadi isu politik yang berpanjangan dan akan terus dieksploitasikan mereka.

TPM sombong dan bongkak salahkan media Cina-malaysiakini

Jangan salahkan orang ketiga, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin tidak harus sombong dan bongkak menyalahkan media berbahasa Cina dengan alasan salah tafsir kenyataan beliau.

“Beliau seharusnya berani meminta maaf bukannya menunding jari atas kesilapan sendiri,” kata Setiausaha Publisiti DAP Ronnie Liu membidas kenyataan Muhyiddin Yassin yang dipetik dari laporan hari ini.

Beliau meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Perak baru-baru ini.

Muhyiddin berkata “Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya kepada pemberita semalam, lapor Bernama.

MCA dan Gerakan juga dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius,” Muhyiddin berkata.

“Sebagai seorang timbalan perdana menteri, beliau seharusnya berani meminta maaf atas kesilapan diri sendiri. Kenapa salahkan akhbar berbahasa Cina? salahkan dulu akhbar yang telah terdahulu memuatkan berita iaitu Mingguan Malaysia kerana tersalah tafsir kenyataan beliau,” kata Ronnie.

“Muhyiddin merasa amat marah dan kecewa kerana beliau merupakan pengarah pilihanyraya kecil Bukit Gantang dan terpaksa menelan hakikat kekalahan teruk setelah menaburkan wang sebanyak RM1 juta kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina di kawasan itu,” jelas Ronnie lagi.

”Saya nasihatkan beliau jika mahukan undi kaum Cina, jangan hanya mengeluarkan peruntukan semasa pilihanraya sahaja tetapi mendengar keluhan mereka pada setiap masa seperti yang di buat oleh Pakatan Rakyat yang sentiasa mendengar kesusahan rakyat tidak mengira kaum,” jelas Ronnie.

Bernama juga melaporkan bahawa Muhyiddin berkata: “Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolah-olah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai, dalam konteks itu,” katanya.

The Malaysian Insider melaporkan bahawa Muhyiddin berkata:

“If they don’t know Malay, we can send them to school,” said Muhyiddin, who is also the new education minister.

(Jika mereka tidak tahu berbahasa Melayu kita akan hantar mereka ke sekolah,” kata Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran yang Baharu.)

Setiausaha Agong Dap Lim Kit Siang di dalam blognya berkata :

“Who should now be sent back to school, Muhyiddin himself or the Chinese media reporters and editors?”

Siapa yang patut dihantar ke sekolah, Muhyiddin atau wartawan media berbahasa Cina dan editornya?”

Ronnie menegaskan bahawa amat menyedihkan apabila Muhyiddin begitu angkuh dan bongkak untuk melindungi kesilapan dalam kenyataannya sendiri malah dengan begitu bangga menyalahkan pihak lain.

“Muhyiddin seorang pimimpin BN yang langsung tidak ada ciri-ciri seorang pemimpin yang disegani rakyat,” tambah Ronnie


KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT